Tuesday 13 December 2011

Bila MB Pahang Tunjuk Warak

Mkini: MB: Saya tak dapat sebarang habuan dari projek Lynas

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau dan anggota exco kerajaan negeri tidak mendapat sebarang habuan daripada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan.

"Demi Allah, Demi Rasul, saya tidak terima satu sen pun dari Lynas," kata Adnan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 hari ini.

Sebaliknya, "rakan-rakan" kepada wakil rakyat pembangkang yang memperoleh pelbagai projek pembinaan kilang berkenaan, kata Adnan sambil memegang satu dokumen bagi membuktikan bahawa terdapat projek pembinaan berjumlah RM35 juta, RM25 juta dan RM12.4 yang diberikan kepada mereka yang berkaitan dengan wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata isu pembinaan kilang itu telah diputarbelitkan dengan pembohongan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan resah gelisah rakyat terutamanya penduduk di Kuantan.

Adnan berkata tindakannya menerangkan panjang lebar pada sesi penggulungan pada Bajet 2012 yang menyentuh soal kilang berkenaan adalah kerana terdapat persepsi pihak tertentu kononnya beliau banyak "berdiam diri kerana takut" berhubung isu berkenaan.

P/s: Rileks Tok Nan, siapa plak kata kau ada terima 1 sen dari Lynas?

Rileks Tok Nan, takde plak yang kata kau terima lebih dari 1 sen dari Lynas ni!

Orang tak kata, kau plak tiba-tiba terasa ni yang akan buat jadi kantoi! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Dengar-dengar ada yang dapat hotel Lynas bagi, siapa yang dapat hotel ni? Tok Nan boleh jawab? HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Orang Pahang semua kenal kau Tok Nan, tak payah nak tunjuk warak la! Tak payah nak sumpah-sumpah sebab orang tak percaya! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Ambik kau Tok Nan! HAHAHAHAHAHAHA!!





No comments: