Thursday 29 December 2011

Terkejut!!: Pemuda MCA Pulau Pinang Pula Keluar Parti

Mkini: Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

P/s: Berita ini memang mengejutkan!

Biasa yang dihebohkan di media perdana ahli PAS dan PKR keluar parti beramai-ramai.

Kali ni Pemuda MCA plak keluar parti!

Berita ini sangat dasyat bagi Umno!

Berita ini tamparan hebat bagi Umno!

Parti komponen yang bersekutu dengan Umno dalam BN semakin goyah!

Jika MCA goyah, entah-entah Umno juga goyah! Hahahahahahahahahaha!!

Ini mungkin juga menggembirakan segelintir pemimpin Umno kerana boleh jadi alasan untuk mereka bertanding di kerusi MCA. Bertanding je la tapi belum tentu menang! Hahahahahahahahaha!!

Slogan ABU Di Hati!



No comments: