Showing posts with label Tukartiub. Show all posts
Showing posts with label Tukartiub. Show all posts

Monday, 26 January 2015

Ceramah Hapuskan Akta Hasutan


Mari rakyat Malaysia di luar sana kita buat ramai
Hasut jiran tetangga dan saudara mara
Hasut rakan sekerja
Hasut orang kampung dan di bandar
Kita sokong hapuskan akta hasutan!

Saturday, 16 March 2013

Malam Ini Ustaz Azhar Idrus, Tukartiub Di Kampung Baru

Mari semua rakyat Malaysia
Kita penuhi Kelab Sultan Sulaiman malam ini
Mungkinkah UAI akan berdebat dengan TT?
Yang mana lebih popular?
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 14 February 2013

Ini Forum Terbaik Untuk Dihadiri - Pastikan Kehadiran Anda!


Rakyat seluruh Malaysia dijemput hadir
Ini forum demi masa depan negara
Masa depan sistem persekolahan di Malaysia
Percayalah
Tidak rugi jika anda hadir!

Nak tahu tentang TFTN?
Sila layari http://teachfortheneeds.org/

Monday, 7 January 2013

Pengumuman Penting Dari Jawatankuasa Himpunan Rakyat #KL112

Dari blog Tukartiub:

PENGUMUMAN 
 JAWATANKUASA
 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT


semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan  ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

 PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman


WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka
NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh


http://facebook.com/HKR.KL112


LAGI PENGUMUMAN PENTING


PAKAIAN
sila pakai seringan mungkin
baju t
seluar
bukan kain ketat
seluar jeans
kasut sneaker kasut getah
bukan kasut tingi tumit
topi kain tudung
bawa towel kecil
gunakan beg selendang melekat ke badan

APA YANG WAJIB DI BAWA 
air dalam botol
garam halus
dan semangat berani melawan
TALIPON BIMBIT
pastikan cukup bateri
pastikan cukup kredit
pastikan dijaga betul betul

DOKTOR BOMOH DAN TABIB
penganjur himpunan telah berkerja sama
dengan satu kumpulan doktor ngo
mereka memasang khemah
mereka memakai pakaian yang AMAT JELAS bertulis
PERUBATAN
JANGAN JANGAN JANGAN
jangan bawa beg duit dengan duit yang banyak
jangan pakai barang kemas
JANGAN JANGAN JANGAN
jangan buat songel
jangan buat pekara TIDAK senonoh arah

IKUT ARAHAN 
sila ikut arahan UNIT AMAL
sila ikut arahan SKUAD AMK
sila ikut arahan PEMUDA DAPSY
sila ikut arahan tim SAMM
anak mahasiswa - sila ikut arahan PEMIMPIN PELAJAR

BERJALAN BERJALAN BERJALAN
himpuan kita santai
berjalan perlahan saperti ditepi laut
berjalan perlahan  saperti pengantin baru

JAGA JAGA JAGA AWAS!
ejen gerombolan
ejen provokasi
ada dimana mana
awas dan waspada
jangan terperangkap

KHABAR ANGIN
ini taktik yang akan digunakan oleh musuh
berita palsu akan disebarkan
jangan terperangkap
tunggu maklumat resmi

LAYARI LAMAN MELAWAN
untuk perkembangan terkini
sila ikuti laman resmi himpunan:

http://facebook.com/HKR.KL112

Thursday, 20 December 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112: Stadium Merdeka, 12 Januari 2013, Jam 2 Petang

Disalin bulat-bulat dan sebiji-sebiji dari Blog Tukartiub: 


LAPORAN TERKINI DARI DEWAN CHINA:

jam 11 pagi ini saudara mat sabu
telah mengumumkan stadium merdeka
sebagai tempat berhimpuan pada
12 januari 2013 - hari kebangkitan rakyat




penguman ini dibuat
di dewan perhimpunan china
kuala lumpur

ditanya oleh wartawan jika tidak dapat
stadium merdeka - saudara mat sabu
telah berkata ' kita akan berhimpun disekeliling
stadium merdeka..."

ditanya lagi apakah satu juta ini akan dapat
mengisi penuh stadium?

saudara mat sabu sebagai pengarah himpunan telah menerangkan
bahawa yang tak dapat masuk akan duduk diluar stadium
yang penting satu juta turun.....'

cik gu ishak surin wakil maufakat juga berjanji
akan menggerakkanseluruh warga kota kuala lumpur
untuk bagun menumbangkan kerajaan yang sebagai satu jalan
untuk memberhentikan rampasan tanah.
rampasan tanah kampong tradisional sedang berluluasa
di kampong railway di sentul
yang berumur 150 tahun adalah contoh
jenayah keerajaan hari ini

wong tuck yang mewakili himpunan hijau
akan melancarkan gerakan jatuhkan kerajaan yang ada sekarang
dan gantikan dengan kerajaan baru
hanya dengan kerajaan baru dapat kilang lynas ditutup

wong tuck dan himpuanan hijau akan berkonvoi pada
31 disember dari kuala lumpur untuk mengepong kilang
lyanas pada malam tahun baru

konvoi berkumpul di markas tarinah pas taman melewar
wong tucuk dan himpunan hijau menjemput semua
warga untuk sama sama bertahun baru di kuantan

SABAH DAN SARAWAK
himpunan kebangktan rakyat akan diadakan:
di miri
di kuching
di kota kinabalu

wartawan juga telah diberitahu
bahawa warga malaysia
di london
di perth
di new york
di hong kong
di melbourne
akan turun sama berhimpun

ANTARA NGO YANG TURUT SAMA
samm
smm
gmi
anak
tanah
universiti bangsar utama
bersih melaka
bersih kuantan
empowwer
dema
gamis
warga aman
maufakat
himpunan hijau
oku
jerit
kase
anti-ppsmi
dewan china selangor
selamatkan jalan sultan
abu

NOTA:
radio bangsar utama
ialah radio resmi hari kebangkitan rakyat


Tuesday, 18 December 2012

Sila Ambil Perhatian, Program Menghasut #KL112 Akan Ke Tempat Anda



JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112 - 1 Juta Rakyat!

Berikut adalah beberapa versi maklumat keseluruhan program Jelajah Anak Muda Menuju #KL112. Maklumat ini adalah muktamad (terdapat 1-2 perubahan dari maklumat yang disebar sebelum ini).

Harapan anak muda agar maklumat jelajah 'countdown HKR' ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara - 1 Juta Rakyat!

1. Maklumat ringkas (Tarikh, Lokasi dan pertanyaan)

Berikut maklumat ringkas tarikh + lokasi + pertanyaan

DISEMBER 26 - TAPAK EXPO, MACHANG, KELANTAN (pertanyaan 019-9317608)

DISEMBER 28 - TAMAN RIA MESRA, GURUN, KEDAH (pertanyaan 017-5568557)

DISEMBER 29 - BUKIT GEDONG, BAYAN BARU P.PINANG (pertanyaan 017-4760274)

DISEMBER 30 - DATARAN DSAI, TAMBUN TULANG, PERLIS (pertanyaan 019-4342244)

JANUARI 1 - KG BUKIT PULAU, BUKIT KATIL MELAKA (pertanyaan 012-2478016)

JANUARI 2 - TAMAN TASEK JAYA, PAROI N.SEMBILAN (pertanyaan 0123696474)

JANUARI 4 - DEWAN DATO FAUZI, SEKINCHAN SELANGOR (pertanyaan 012-3312364)

JANUARI 5 - PADANG PPR, KEMPAS JOHOR (pertanyaan 012-7030747)

JANUARI 6 - TAMAN MUHIBBAH, TEMERLOH PAHANG (pertanyaan 017-9573855)

JANUARI 8 - MARKAS PAS MASJID TINGGI, BAGAN SERAI PERAK (pertanyaan 012-5595258)

JANUARI 9 - DEPAN MYDIN KUALA IBAI, K.TERENGGANU (pertanyaan 019-9809974)

JANUARI 11 - KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU KUALA LUMPUR (pertanyaan 0123696474)


Bawah ini perincian:

DISEMBER 26 KELANTAN [COUNTDOWN 16 DAYS TO #KL112]
Tapak Ekspo, Jalan Machang-T.Merah, Machang
YB Saifudin, Chegubard (SAMM), Dato Che Loh, Ustaz Latif, Ustaz Fadly Shaari, Adam Adli (SMM), Cikgu Man
019-9317608

DISEMBER 28 - KEDAH [COUNTDOWN 14 DAYS TO #KL112]
Taman Ria Mesra Fasa 1, Jalan Jeniang, Gurun
YB Nizar, YB Firdaus, YB Lih Kang, Chegubard (SAMM), Cikgu Faizi (SAMM)
017-5568557

DISEMBER 29 - P.PINANG [COUNTDOWN 13 DAYS TO #KL112]
Bukit Gedong (Jalan pasar malam), Bayan BaruYB Malek, YB Sim, Chegubard (SAMM), Adam Adli (SMM), Aisyah serikandi, Sandrea Ng, Angah Habib (SAMM), Cikgu Faizi (SAMM), Hishamuddin Rais
017-4760274

DISEMBER 30 - PERLIS [COUNTDOWN 12 DAYS TO #KL112]
Dataran Anwar Ibrahim Long Boh, Tambun Tulang
YB Chang Lih Kang, YB Rus'selee Eizan, Chegubard(SAMM), Sandrea Ng, Safwan Anang(SMM), Tengku Nazri, Ustazah Poziyah Hamzah, Zul Ibrahim(SAMM), Cikgu Faizi(SAMM), 
019-4342244

JANUARI 1 - MELAKA [COUNTDOWN 10 DAYS TO #KL112]
Kg Bukit Pulau, Bukit Baru, Bukit Katil
YB Sivakumar, Chegubard (SAMM), Hishamuddin Rais(BERSIH), Adly Zahari, Sheikh Omar (HKR), Adam Adli (SMM), Khalid Ismath (SMM), Law Bing Haw, Rara Young (SAMM)
012-2478016

JANUARI 2 - N.SEMBILAN [COUNTDOWN 9 DAYS TO #KL112]
Pusat Khidmat Adun Paroi, Jalan Bunga Raya 27, Tmn Tasik Jaya, SerembanYB Taufek, YB Lih Kang, CheGubard (SAMM), Hishamudin Rais (BERSIH), Sheikh Omar (HKR), Adam Adli (SMM), Khalid Ismath (SMM),Ustaz Noor Azman Mohammad, Cikgu Faizi (SAMM), Aduka Taruna (R), Tinagaran (JERIT), Benz Ali (PAM)
012-3696474

JANUARI 4 - SELANGOR [COUNTDOWN 7 DAYS TO #KL112]
Dewan Dato Fauzi, Pasir Panjang, Sekinchan
YB Sivakumar, YB Firdaus, YB Izzah, Chegubard (SAMM), Khalid Ismath (SMM), Adam Hamid, Safwan Anang (SMM), Angah Habib (SAMM), Rara Young (SAMM)
012-3312364

JANUARI 5 - JOHOR [COUNTDOWN 6 DAYS TO #KL112]
Padang PPRT, KempasYB Eli Wong, Chegubard (SAMM), Mazlan Aliman (ANAK), Hishamuddin Rais (BERSIH), Suhaizan Kayat (HKR), Sheikh Omar (HKR), Wong Tack (HIJAU), Nazri Deraman(R), Adam Hamid, Anis Afida (Angry Lobster), Edy Noor (SAMM), Zulkifli Ibrahim (SAMM), 
012-7030747

JANUARI 6 - PAHANG [COUNTDOWN 5 DAYS TO #KL112]Jalan Muhibbah 1, Taman Muhibbah (dlm bandar), TemerlohHj Mat Sabu, Chegubard, Datuk Fauzi, YB Ng sue lim, Hishamuddin Rais, Adam hamid, Safwan Anang (SAMM), Edy Noor (SAMM), Cikgu Faizi (SAMM)
017-9573855

JANUARI 8 - PERAK [COUNTDOWN 3 DAYS TO #KL112]
Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai
Hj Mat Sabu, YB Eli Wong, YB Firdaus, YB Ng Sue Lim, YB Lih Kang, Chegubard (SAMM), Kar Hing, Adam Hamid, Edy Noor (SAMM)
012-5595258

JANUARI 9 - TERENGGANU [COUNTDOWN 2 DAYS TO #KL112]
Depan Mydin Kuala Ibai, K.TerengganuYB Syed Azman, YB Azan Ismail, Chegubard(SAMM), Adam Hamid, Ng Chai Heng, Edy Noor (SAMM), Ahmad Amzad (R)
019-9809974

JANUARI 11 - KUALA LUMPUR [FINAL COUNTDOWN 24JAM]Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur 
Tian Chua, Md Sabu, Chegubard, Isham Rais dan semua pimpinan muda lain
010-2675872


Post ini disalin bulat-bula, sebiji-sebiji dari blog Tukartiub


Thursday, 12 July 2012

Video: Rakyat Saudi Telah Bangun Melawan

Rakyat Saudi yang telah bangun melawan pemerintahnya
Dikatakan tidak kurang dari 2 orang yang terbunuh ditembak
Jika rakyat Saudi berani bangun melawan
Rakyat Malaysia mustahil punya rasa takut
Mari lihat video youtube ini




Sumber: Tukar Tiub

Ayuh Sabtu ini rakyat Malaysia tunjukkan kebangkitan!!!























Wednesday, 4 July 2012

Konsert Pemuda BERSIH 3.0 & Anti Lynas Di Melaka

Rakyat Melaka sila turun ramai-ramai
Cuma diingatkan
Dalam konsert ini tiada lagu Umno dimainkan
Hahahahahahaha!!!


P/s: Seperti UmnoBN Melaka akan tumbang pada PRU 13
hahahahahahaha!!!

Tuesday, 13 December 2011

Hishamuddin Rais: Berahi Dan Moral

Setiap kali saya membaca berita mayat bayi ditemui mati - air mata saya akan berlinang. Saya merasa begitu sedih kerana sebagai warga saya merasa sama bertanggung jawab terhadap tragedi ini. Saya merasakan kita semua sebagai warga wajib bertanggung jawab bersama di atas kematian bayi itu.

Kali pertama saya terbaca berita mayat bayi ditemui ialah pada tahun 1995. Ini hanya beberapa bulan setelah saya pulang ke Malaysia setelah tinggal di luar negara selama 20 tahun. Berita yang saya baca itu melaporkan bagaimana mayat bayi ini telah ditemui dalam bakul motorsikal di tempat letak motosikal di wilayah lapangan terbang Subang. Saya terperanjat besar kerana inilah kali pertama saya terbaca berita sedemikian.

Kemudian — selang beberapa bulan - saya terus membaca laporan berita mayat-mayat bayi yang ditemui mati. Ada yang dijumpai tertanam di tepi batang pisang, di dalam tandas, di tempat pembuangan sampah. Akhirnya saya tidak memiliki kesanggupan untuk membaca. Kalau saya ternampak laporan berita tentang janin atau bayi dalam akhbar saya akan menutup akhbar tersebut. Kali akhir saya terlihat gambar mayat bayi yang dibuang mati telah dihurung oleh semut. Saya hampir muntah melihat gambar ini. Saya hairan dan tidak faham apa tujuan akhbar ini memaparkan gambar ini.

Aduh! Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

Saya sering menimbulkan persoalan ini. Dalam tulisan dan dalam forum-forum terbuka saya akan bertanya dan menimbulkan kisah-kisah bayi dibuang. Di forum-forum ini saya akan mendakwah untuk membawa pencerahan kepada warga agar dapat melihat kes bayi dibuang ini dari satu sudut yang berbeza.

Ketika ini saya melihat seolah-olah kita — warga dewasa dan pemimpin masyarakat — telah sampai ke jalan buntu apabila berhadapan dengan kes bayi dibuang. Malah kerana bayi dibuang mati sering dilaporkan maka kita semua telah menjadi lali. Berita sedemikian tidak lagi memeranjatkan kita semua.

Di forum terbuka secara sedar saya memanjangkan leher bersuara untuk mengajukan satu lagi cara memandang masalah yang sama. Saya bukanlah seorang pendakwah moral. Saya berdakwah dengan membuka surah tentang kematian James Bulger. Jimie - nama manja kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun - telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak yang berumur 9 tahun. Tragedi pembunuhan kanak-kanak ini berlaku pada tahun 1993 di Liverpool England. Tragedi ini berlaku ketika itu saya masih lagi warga kota London.

Apabila berita tragedi ini dilapor media — bukan sahaja masyarakat Britain yang terperanjat, malah seluruh warga Eropah terkejut sama. Dari Stockholm hingga ke Sardinia warga Eropah tertanya-tanya. Persoalan muncul: Apa telah berlaku dalam masyarakat British? Dari mana kesilapan ini datang? Apa punca tragedi ini?

Apa yang menarik perhatian saya ketika itu ialah bagaimana satu tragedi ini telah memanggil semua anggota masyarakat untuk mengeluarkan pandangan dan pendapat. Para profesor kaji masyrakat, para akedemia, para agamawan, pekerja sosial, politikus, pemimpin masyarakat, ibu dan ayah — semuanya membincangkan tragedi kematian Jimie. Satu kematian anak kecil ini telah membuka mata setiap warga di Britain. Saya ulangi - hanya satu kes kematian - telah membuka mata seluruh negara.

Bagaimana pula sikap masyarakat Malaysia apabila berhadapan dengan tragedi bayi ditemui mati dibuang. Bukan seorang. Bukan dua. Bukan sepuluh. Jangan terperanjat apabila saya nyatakan statistik rasmi disini.

Dari 2000-2006 seramai 580 bayi telah dibuang. Dari awal tahun hingga bulan Ogos ini seramai 73 bayi telah dibuang. Ada yang dijumpai di tepi tong sampah, dalam tong sampah, tertanam dalam belukar dan ada yang ditemui di rumah kosong. Seramai 29 bayi yang dibuang ini telah ditemui hidup manakala 44 orang telah ditemui mati. Ini angka rasmi dari pihak polis sendiri.

Jangan terperanjat apabila saya berani menyatakan bahawa saya cukup yakin ibu bapa bayi-bayi tersebut pastilah dari anak muda dan gadis Melayu. Melayu yang saya maksudkan di sini pastilah beragama Islam. Bayi-bayi ini lahir dan kemudian dibuangkan adalah hasil dari hubungan seksual di luar nikah.

Justeru, kerana masyarakat terus menganggap bayi-bayi yang dibuang ini bayi Melayu maka yang awal bersuara ialah para agamawan kita. Untuk saya para agamawan ini hanyalah birokrat agama yang mungkin terdidik dalam bahasa Arab di Jordan atau di Mesir. Para birokrat agama ini hanya bersuara dengan membawa hujah-hujah moral. Lalu dijanjikan api neraka sebagai balasan kerana membuang anak yang tidak berdosa.

Para birokrat agama ini menggunakan api neraka, dosa dan pahala sebagai hujah dalam usaha untuk memadamkan keinginan seksual anak-anak muda. Saya menolak hujah moral sebagini. Hujah moral yang dijaja oleh para birokrat agama telah terbukti tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda yang testosterone sedang memuncak.

Saya berani berkata sedemikian kerana dari tahun 2008 — 2010 terdapat 152,000 apa yang dipanggil kelahiran anak di luar nikah. Ini adalah stastik rasmi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Angka ini menunjukan bahawa hujah moral telah tidak berjaya mengurangkan testosterone anak-anak muda yang baru belajar 'mengawan'.

Dari angka-angka ini saya menimbulkan persoalan kenapa hanya bayi Melayu sahaja yang dibuang? Kenapa hanya hanya anak gadis Melayu sahaja yang melahirkan anak di luar nikah. Apakah anak gadis Cina, anak muda India tidak memiliki keupayaan untuk bersenggama?

Saya menimbulkan persoalan ini kerana amat jelas tragedi pembuangan bayi ini rata-rata sedang melanda masyarakat Melayu/Islam. Pembuangan bayi ini adalah manifestasi kesakitan sosial yang sedang melanda masyarakat Melayu.

Cuba bayangkan 580 bayi dibuang mati. Jumlah ini sama dengan satu batalion askar Melayu DiRaja. Cuba bayangkan 73 orang bayi dibuang tahun ini. Jumlah ini sama dengan dua buah kelas darjah satu di Sekolah Kebangsaan Bangsar.

Kerana fakta di atas, saya telah menolak hujah moral. Sebagai ganti saya mengajukan bahawa telah sampai masanya kita menerima hakikat yang masyarakat Melyu tradisional sedang mengalami perubahan struktur sosial. Perubahan sosial masyarakat Melayu ini dibawa datang oleh perubahan asas ekonomi. Kalau dahulu Melayu tradisional bertani di kampong-kampong kini telah wujud generasi kedua Melayu yang hidup memburuh di dalam kota.

Perubahan struktur sosial yang dibawa oleh ekonomi ini juga telah membuka perhubungan sosial yang baru antara anggota masyarakat. Kalau dahulu jejaka dan gadis hanya bertemu ketika kenduri kedara. Gadis pingitan bertemu jejaka di hari perkahwinan hanya tinggal sebagai kisah yang lampau. Hari ini anak gadis dan sang jejaka bertemu siang dan malam.

Saya tidak menolak peranan agamawan tetapi jelas kelihatan pendekatan moral telah meleset dan gagal. Saya juga tidak menolak bahawa pandangan para agamawan ini berniat baik, jujur dan ikhlas. Tetapi di sini yang kita perlukan bukan nait baik atau kejujuran. Niat baik sahaja tidak akan memberhentikan anak —anak muda dari melakukan hubungan seksual.

Berahi seksual dialam remaja tidak hanya dapat dilentur dengan mandi air sejuk atau jampi serapah. Ianya memerlukan satu pendekatan baru. Kepul asap sebagai alat menghantar maklumat tidak mungkin mengatasi maklumat sms dari talipon bimbit.

Justeru, kita wajib berani melihat bayi yang dibuang ini sebagai tanggung jawab kita semua. Para agamawan tidak memonopoli kebenaran. Para politikus wajib lebih berani membuat keputusan. Para ilmuwan dari semua cabang ilmu wajib turut sama memberi pandangan dan pendapat. Tua dan muda wajib berbincang sama hal ini.

Saya yang mendakwah untuk membawa pencerahan mencadangkan anak anak muda kita diberitahu tentang nikmat hubungan seksual. Tidak perlu orang tua-tua — oldtai — berselindung dan cuba menafikan bahawa bersenggama itu memang seronok dan penuh nikmat. Tetapi anak anak muda juga wajib disedarkan bahawa hasil dari hubungan seksual itu memungkin melahirkan seorang insan.

Justeru kita akan memberi tabik hormat jika mereka memilih untuk tidak bersenggama. Tetapi kalau tekanan testosterone cukup merangsang saya mencadangan anak-anak muda menggunakan kondom. Untuk sementara waktu saya berpendapat hanya kondom yang akan dapat mengurangkan bayi dibuang mati. Saya juga berpendapat bahawa orang tua-tua telah kehilangan modal dan hujah untuk melunturkan kemudaan anak-anak muda.

Saya tidak mahu air mata saya terus berlinang membaca berita penemuan mayat bayi yang ditanam di belakang reban ayam. Masanya telah sampai untuk kita semua mendewasa dan bukan terus berselindung dibelakang tabir moral.

Friday, 9 December 2011

Hebahan: Program Melawan Demi Kehidupan Di Kuantan




AKTIVIT SMSL 1211 - DEMI ANAK CUCU KITA

Kenapa aktiviti ini diberi nama 1211?
Jika kita campurkan ke empat angka dalam nombor ini, maka jawapannya ialah 5.

Apa significantnya angka 5?
Dalam Artikel 5 di bawah Perlembagaan Negara Malaysia, semua rakyat mempunyai hak untuk hidup dalam suatu alam sekitar yang sihat dan bebas dari pencemaran . Ia lebih dikenali sebagai hak hidup! Ia juga merupakan sesuatu yang kerajaan harus bertanggungjawab memjamin dan memperliharanya.

Dengan adanya kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, maka hak asasi ini yang termaktub di dalam perlembagaan pasti terjejas dan terancam!

Keadaan ini akan menjadi kenyataan apabila kilang Lynas mula beroperasi. Sisa-sisa toksik yang dihasilkan dalam beribu-ribu ton itu bukan sahaja akan mencemari udara, air dan tanah bahkan seluruh alam sekitar. Dengan secara langsung ia telah mencerobohi hak kita . Kita harus bersama-sama bertindak untuk mencegahnya dari terus merosakkan kualiti alam hidup kita!

Di sini biar kita ulangi pendirian kita. Kita tidak membantah pemerosesan nadir bumi.Kami hanya mahu alam sekita kita tidak digadaikan demi faedah ekonomi segelintir individu.

Hak asasi bawah Artikel 5 di dalam perlembagaan kita harus dijunjung tinggi oleh semua pihak.

Kami menyeru semua penduduk yang tinggal dalam lingkungan 35km di kilang LAMP ini supaya berwaspada dan perihatin tentang kesan yang akan menimpa anak cucu mereka jika sisa buangan yang toksik dan beradioaktif ini di biarkan tikeliling tempat tinggal kita.

Sebarang alasan yang diperkatakan demi faedah ekonomi untuk merasionalkan pembawaan masuk industry toksik sedemikian memang tidak boleh diterima.Dengan mengadaikan kesejahteraan rakyat demi faedah ekonomi adalah suatu penganyiaan besar!

Biar kita semua sedar tentang fakta dan hakikat ancaman keatas hak hidup kita! Aktivit 1211 ini membolehkan kita semua bersuara bersama serta menyampaikan sesej yang jelas keapda pihak-pihak berkenaan tentanh tanggungjawab mereka memperlihara alam sekitar yang sihat bukan saja untuk diri kita bahkan untuk anak cucu kita!

Aktivit 1211 ini juga merupakan aktiviti penutup SMSL untuk tahun ini. Adalah diharap semua penduduk akan turut serta mengambil bahagian dalam aktivit keluarga ini. — Hijrah Ahmad

Hebahan: Himpunan Mahasiswa Melawan!


Tarikh : 17 Disember 2011 (Sabtu)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Masa : 10.00 pagi

Anjuran : Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)


Monday, 5 December 2011

Tukartiub Dulu-dulu

Hishamuddin Rais atau lebih dikenali sebagai Tukartiub yang merupakan seorang aktivis dan blogger tidak lagi asing pada masa kini. Seorang yang mempunyai sejaraihnya yang tersendiri dan selalu dijemput menjadi panel di pelbagai forum.

BTJ mendapat sebuah bahan mengenai beliau dari seorang teman yang suka menyimpan keratan surat khabar. Akhbar Berita Minggu, Ahad, 31 Mei 1998 halaman 16 memuatkan gambar dan kisah beliau ketika menjadi aktivis di Universiti Malaya serta ketika pulang ke tanah air.

Semua pelayar blog boleh membacanya sendiri seperti yang terkandung dalam gambar di bawah.




Friday, 11 November 2011

Forum AUKU Di Kelab 50B Bangsar


Khamis 10 Novermber 2011, bermula sekitar jam 9 malam di Bangsar Utama iaitu Kelab 50B, sebuah forum yang membincangkan mengenai Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran sangat menggalakkan hingga bilik yang menempatkan forum sesak dan ada yang berdiri.

Empat orang panel yang dijemput yang terdiri daripada wakil parti politik, aktivis, ahli akademik dan pemimpin mahasiswa seolah sepakat melalui hujah-hujah mereka bahawa AUKU mesti dimansuhkan dan bukan dipinda. Ini ditegaskan oleh Prof. Abdul Aziz Bari iaitu Pakar Perlembagaan Malaysia dan ahli akademik kontroversi yang didakawa banyak pihak penderhaka kerana mengkritik titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tiga orang panel lain yang turut hadir ialah Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat), Hishamuddin Rais (blogger dan aktivis) dan Hilman Idham (pemimpin mahasiswa). Forum tamat sekitar jam 11 malam.