Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Bekas Pegawai JPN Dedah Komplot SPR

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC - Mkini

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

P/s: Patut la UmnoBN boleh memerintah lama
SPR jadi tali barut UmnoBN rupanya
Adakah semua ini akan berulang di PRU13?
Rakyat semua siap sedia
Jika pilihan raya dirancang SPR untuk menipu
Rakyat akan turun ke jalan raya!!!
Ini amaran rakyat!!!



Wednesday, 3 October 2012

Kemenangan Buat 5 Bekas Tahanan ISA


5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j - Mkini

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.


Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua 
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).

P/s: Ini maknanya apa?
Apa tujuan penahanan 5 individu ini?
Jika tidak bersalah buat apa tahan?
Siapa yang arah penahan dilakukan?
Orang yang menahan tidak didakwa?
Bila orang yang menahan didakwa
Tentu yang memberi arahan akan terlibat sama
Siapakah yang memberi arahan?
BTJ tak tau
Hahaha!!!

Sunday, 8 April 2012

Esok Program Melawan ISA - Wajib Turun!

Mansuh ISA demi Malaysia yang lebih harmoni.
Lepas mansuh ISA kita mansuhkan Najib dan UmnoBN!
Hahahahahahaha!!!


Thursday, 5 April 2012

Dari Tukar Tiub - 9 April Turun Ke Parlimen Tuntut Mansuh ISA!

PM NAJIB MUNGKIR JANJI?- MANSUH ISA SEKARANG!


Salam Perjuangan kepada semua,

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan Protes dihadapan Parlimen pada 9 April 2012, 11 pagi kerana PM Najib dan kerajaan gagal untuk mansuhkan ISA pada bulan Mac seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.

Kami menjemput agar semua kumpulan masyarakat, NGO dan semua rakan-rakan yang menyokong pemansuhan ISA untuk bersama-sama kami di Parlimen untuk menuntut agar ISA DIMANSUHKAN dengan serta merta!

JOM KITA PROTES ISA SERTA MERTA!

Untuk sebarang maklumat sila hubungi Nalini di 019 3758912 atau Syukri 019 8013149.

Bakal Menyusul!























Wednesday, 23 November 2011

Polis Lebih Kuasa, Kuasa Rakyat?

Mkini: Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Seksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:
tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
  • tempat perhimpunan;
  • cara perhimpunan;
  • kelakuan peserta semasa perhimpunan;
  • pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
  • apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
  • kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.

Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

Sebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama, tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan

Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.

Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah
P/s: Berhimpun untuk menari poco-poco boleh la..pasti Ketua Polis bagi permit.

Berhimpun untuk senaman 1Malaysia boleh la..pasti Ketua Polis bagi permit walaupun berkilometer jalan ditutup!

Berhimpun untuk Himpunan Sejuta Belia yang tak sampai 10 ribu belia boleh la..walaupun tutup jalan di Putrajaya!

Berhimpun untuk sokong Lynas mesti boleh juga..sebab nanti MB Pahang takde masyuk!! HAHAHAHAHAHAHA!!

Berhimpun untuk menuntut keadilan? Maaf la ye! Alasan mengganggu ketenteraman awam. Huh!

Mungkin suatu hari nanti kenduri kahwin di kampung pun kena ada permit dari Ketua Polis!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Sokong BERSIH 3.0!




Tuesday, 22 November 2011

Siapa Tidak Percaya ISA Masih Ada Sila Jumpa Najib!

Utusan YangLayu: Akta baru: Tahan tanpa bicara kekal

PUTRAJAYA 21 Nov. - Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berlainan dengan ISA, dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.

Menurutnya, dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.

''Jadi, jangan sesekali mengajar saya tentang apa yang perlu dilakukan jika anda sendiri gagal melakukannya.

''Terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan, jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi kementeriannya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pihaknya akan tetap menggunakan ISA untuk menangani aktiviti pengganas sehingga dua akta baru yang menggantikannya dikuatkuasakan.

''Sekiranya negara kita menjadi sasaran pengganas dan pengebom, rakyat akan marah kepada kerajaan.

''Segelintir orang bagaimanapun mempertikaikan tangkapan yang dilakukan, kita akan beri penjelasan lebih teliti apabila keadaan mengizinkan dan orang ramai akan tahu bahawa tangkapan dibuat bersandarkan kepentingan orang ramai," katanya.

Mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, beliau berkata, proses penggubalannya oleh Jabatan Peguam Negara telah memasuki peringkat akhir dengan sumbangan input daripada polis dan Kementerian Dalam Negeri.

''Kita sedang lihat undang-undang baru mengenai perhimpunan aman, penerbitan dan berkenaan darurat. Kita ke arah membenarkan perhimpunan aman yang tidak menjejaskan keselamatan dan tidak menyusahkan orang ramai," katanya.

P/s: Ucapan PM malam sebelum 16 September 2011 telah dilacurkan.

Kata Pak Sham ISA ini masih digunapakai untuk membanteras keganasan dan militan. Mana pengganas? Mana militan? Pengedar dadah yang ramai tak nak pula tahan guna ISA!

Ganas sangat ke rakyat Malaysia ni? Jika ganas dah tentu British tak berani nak jajah!

Pak Sham nak sabotaj PM kita ke? Sambil nyelam minum air ni. HAHAHAHAHAHAHA

Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang lebih bijak dan pandai dari pemimpin-pemimpin UmnoBN kot?

Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang rajin beramal dan selalu ke rumah ibadat kot?

Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang menuntut keadilan kot?

Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang tidak membodek UmnoBN kot?

Mungkin yang ganas ni Saifuddin sebab pemimpin Umno ni tegas berjuang mansuhkan AUKU kot?

Tapi ada 1 pasukan pengganas yang bukan kot, siapa???? Cuba teka????

Pembayangnya ialah pakai baju biru, ada bom asap dan air pemedih mata. Ini memang sah pengganas!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!


Pasti BERSIH 3.0!




Thursday, 17 November 2011

Gempar: 13 Orang Ditahan Bawah ISA Di Sabah

Malaysiakini: Polis sahkan tahan 13 bawah ISA


Pihak polis mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah bawah Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November (semalam).

NONE

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, risikan, siasatan dan pemantauan rapi mendapati ada usaha menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

"Kegiatan mereka jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti 13 orang yang ditahan itu.













Malaysiakini: ISA di Sabah: TPM tutup mulut

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini enggan mengulas berhubung penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap sekumpulan lelaki yang dituduh militan di Sabah.

NONEDitanya pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur, beliau meminta perkara itu diserahkan kepada ketua polis negara untuk menanganinya.

Walaupun perdana menteri mengumumkan akan memansuhkan ISA September lalu, akta itu dilaporkan terus digunakan di Sabah pada minggu ini.

Memetik sumber, laporan akhbar tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu.













P/s: Siapa kata ISA sudah dimansuhkan? Memang sah ISA masih wujud dan digunakan oleh pihak berkuasa sesuka hati mereka.

Percayalah, ISA masih punya kuasa dan fungsi!
Percayalah, selagi ISA ada, pihak berkuasa dan kerajaan akan menggunakannya sesuka hati!
Percayalah, selagi ISA ada, maknanya UmnoBN masih memerintah!
Percayalah, selagi ISA ada, UMNOBN pun takut nak bagi parti lain memerintah!



BTJ menunggu saat dan ketikanya, BERSIH 3.0!