Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

Projek Segera PRU13 Di Selangor Telah Bermula

Inilah tabiat UmnoBN dari dulu hingga kini
Mungkin juga selama-lamanya
Bila nak PRU atau PRK
Macam-macam projek segera akan ditabur
Permohonan yang tertunggak lama akan lulus serta merta
Jika menang tentu projek jalan
Kroni akan berdendang
Jika kalah
Alamatnya tunggu la pilihan raya lain pula
UmnoBN selamanya
Syaitan yang dikenali

Lokasi gambar di atas di simpang masuk ke Taman Kajang Utama

P/s: Tolong la jangan tipu rakyat
Nama projek ada
Apa nama syarikat pemaju?
Apa syarikat jurutera?
Nama kontraktor?
Tarikh mula dan tarikh siap?
Adakah janji ini akan ditepati?
Dari segi undang-undang
Boleh ke pacak papan projek yang tak cukup maklumat ni?

Monday, 25 February 2013

Thursday, 21 February 2013

Operasi Penipuan Pendaftaran Pemilih Baru Bakal Terbongkar



RAHSIA OPERASI PENIPUAN PENDAFTARAN PEMILIH BARU

Akhbar utama melaporkan minggu lepas bahawa ada peningkatan mendadak melibatkan pengundi baru di seluruh negara. SPR tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang luarbiasa dengan mengatakan sebelum ini bahawa walaupun ramai pengundi baru di daftarkan, masih ramai lagi yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Pada hari ini Parti Keadilan Rakyat ingin mendedahkan rahsia disebalik peningkatan pemilih baru yang begitu mendadak. Bahawa jumlah yang sebegitu tinggi dikalangan pengundi baru itu ada menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Akta 5.

Aduan yang pihak PKR terima setakat ini, cukup bukti untuk mengheret penolong-penolong pendaftar dan juga SPR ke mahkamah sekiranya didapati sah SPR bersekoAngkol dengan penolong pendaftar tersebut.

Kami dapati pemilih-pemilih telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, yang membawa maksud, penolong pendaftar telah membawa kenyataan permohonan pendaftaran pemilih palsu.

Ini jelas bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Sect 3(1) (a) di bawah Kesalahan oleh mana-mana orang, yang berbunyi seperti berikut
“Mana-mana orang yang:

(a) dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.
Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya….”

Aduan yang kami terima melibatkan pemilih yang didaftarkan tanpa pengetahuan mereka adalah dari pelbagai latarbelakang.

1) Pemilih merupakan pelajar diluar negara telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
2) Pemilih cukup umur telah di daftarkan tanpa pengetahuan mereka.
3) Orang dewasa yang tidak pernah mendaftar telah didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.
4) Ahli Puteri Umno didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

Didalam kes-kes diatas, pihak yang mendaftar telah melakukan kesalahan jenayah mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya Sect 3(1)(a) dan boleh dihukum sekiranya didapati bersalah. SPR juga harus perjelaskan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori diatas dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil2 kami.

Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan mereka, sila ambil langkah-langkah berikut.

1) Pergi ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka. Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.
2) Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis keatas pendaftar yang telah melakukan kesalahan tersebut.
3) Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. 
Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini.
Saya pohon semua warga Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bebas supaya sebar luas perkara ini dan sama-sama kita bantu banteras penipuan ini.

Saya juga menyeru semua NGO dan semua badan pemerhati pilihanraya untuk terlibat sama didalam kempen mengheret pesalah-pesalah ini ke muka pengadilan.

Saya juga ingin tegaskan supaya SPR beri segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.

Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh BN.
Orang ramai boleh menghantar aduan kepada <aduanspr.pkr@gmail.com>

Sama-sama kita benteras jenayah penipuan pilihanraya ini.

Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice Presiden

Sumber dicedok dari facebook Dato' Tarmizi Mohd Jam

Friday, 15 February 2013

Wednesday, 30 January 2013

Beranikah Ahmad Maslan Terima Cabaran Ini?


Datuk Ahmad Maslan tuduh saya pemfitnah bersiri, sebaris dengan perogol bersiri. Dia tohmah pembangkang punca saham FGVH merudum. 

Dia hentam saya dalam majlis2 di Felda. Guna Jabatan Seranta memburuk2kan saya dan ANAK.

Ahmad Maslan hasut penduduk Kemahang 3 untuk saman peguam mereka sendiri, Wan Rohaimi.

Dia kata saya fitnah isu pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Dia kata saya pembohong besar dalam isu penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi.

Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA.

Justeru, kalau dia pemimpin yang berani; jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu wahai Ahmad Maslan.

Buat kali ke 3, saya cabar dia berdebat. Siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat dan petualang Felda.

Oleh kerana sebelum ini, saya minta tarikh dan tempat debat, dia gagal berbuat demikian; kali ini saya pula cadangkan tarikh, masa dan tempat!

Wakil saya akan hantar surat resmi untuk cabaran Debat Terbuka dalam masa terdekat.

Saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini! 

28/1/2013


P/s: Agak-agak korang apa respon Ahmad Maslan?
Kalau ikut rekod sejarahnya.....
Kita kasi booooooooo je la kat dia
Hahaha!!!

Friday, 11 January 2013

Lagi Fitnah Terhadap PAS Terbarai

Pas menang isu fitnah - Sinar Harian


Nor Azli (empat, kiri) bersama peguam (tiga, kiri) dan penyokongnya melaungkan takbir selepas keputusan kes fitnah berpihak kepadanya di mahkamah sesyen, semalam.

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengarahkan bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011.

Hakim Roslan Abu Bakar turut mengarahkan Fauzi membayar kos tetap sebanyak RM10,000 kepada Nor Azli Musa yang diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Amirul Fairuzin.

Dalam penghakimannya, Roslan berkata, artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 bertajuk ‘Nor Azli Perlu Cermin Diri - Fauzi Muda’ adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.

Artikel tersebut, Fauzi mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 11 Februari 2011.

Selain itu, Fauzi diarahkan supaya membuat permohonan maaf secara bertulis selama tiga hari berturut-turut melalui akhbar yang sama tujuh hari bermula semalam.

Nor Azli ketika ditemui di pekarangan mahkamah bersyukur kerana keputusan kes menyebelahi pihaknya.

“Selepas kemenangan kes ini saya berasa lebih bersemangat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang,” katanya.

Tambahnya, setakat ini beliau masih belum membuat sebarang perancangan ke atas wang ganti rugi yang bakal diterima.

“Bagaimanapun, saya pasti akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membantu jentera parti bagi menghadapi PRU13 ini,” ujarnya.

Sementara itu, Fauzi ketika ditemui berkata beliau akur dengan keputusan yang dibuat mahkamah berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan melalui Norali & Co dalam tempoh terdekat.

“Saya akan serahkan segala-galanya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang hadir ke mahkamah bersama ahli keluarganya.

P/s: Fauzi Muda bekas Ketua Penerangan PKR Perak ni spesis katak ke?
Biarlah katak dengan lompatannya
Kita teruskan perhimpunan bersejarah esok
Sejuta rakyat turun #KL112!!!


Wednesday, 9 January 2013

Blogger Minta Maaf Kerana Fitnah Khalid Samad

Khalid Samad: Minta maaf Dr Norvandri keputusan 'wajar dan waras' - Sinar Harian


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada Dr Norvandri Hasan Basri kerana memohon maaf berhubung satu kenyataan dalam blognya berbaur fitnah ke atas beliau dua tahun lalu.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat berkata, keputusan Dr Novandri satu tindakan wajar dan waras memandangkan fitnah-memfitnah adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

"Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Dr Novandri kerana berani mengakui kesilapan, memohon maaf dan membayar ganti rugi di atas fitnah beliau terhadap diri saya.

"Ini merupakan tindakan yang wajar dan waras memandangkan fitnah memfitnah itu adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan," kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini.

Sehubungan itu Khalid berkata, Malaysia memerlukan corak kepimpinan politik yang menjauhkan diri dari budaya politik fitnah di mana hak rakyat dihormati dan diakui.

"Rakyat perlu diberikan peluang untuk mendengar penjelasan dari semua pihak, menilainya dan membuat keputusan secara bebas berdasarkan maklumat yang tepat.

"Budaya politik fitnah dan penguasaan maklumat di mana rakyat dihalang dari mendapat penjelasan dari semua pihak secara terus adalah corak politik yang ingin menguasai dan mengongkong rakyat. Ia budaya politik lapuk yang tidak mempunyai tempat lagi di Malaysia," katanya.

Laporan media semalam menyebut bahawa Dr Norvandri atau dikenali juga Dr MiM memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop.

Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Beliau melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, beliau mengharapkan bahawa kesediaan Dr Novandri untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf, membayar ganti rugi dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah langkah ke arah corak dan budaya
politik yang lebih matang dan bertamaddun bagi negara ini.

"Budaya politik lapuk yang selama ini mencorakkan politik Umno/BN perlu dikuburkan dan inilah apa yang perlu dilakukan rakyat dalam PRU ke-13 ini.

"Melalui kemenangan PR dalam PRU ke-13, ia akan membuka lembaran baru ke arah politik baru yang akan menjamin terhentinya budaya politik fitnah dan monopoli maklumat, insya-ALLAH," katanya.

P/s: Bagus blogger ni
Akhirnya dia minta maaf
Beberapa hari ni aku tak tengok sangat berita media perdana
Jadi tak tau la kisah blogger minta maaf dengan Khalid Samad ni ada disiarkan atau tak
Kebiasaannya takde kan?
Hahaha!!!

Sabtu Ini kita berdemo
Sejuta rakyat turun #KL112!!!

Tuesday, 1 January 2013

Gambar: Sekitar Ambang Tahun Baru 2013 Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Dari Blog Omak Kau!!!:

KOLEKSI GAMBAR AMBANG 2013 YANG PASTI DIHARAMKAN TERBIT DISEMUA MEDIA ARUS PERDANA MILIK DAN KAWALAN UMNO!!!!!












P/s: Terbukti tidak semua rakyat Malaysia suka hiburan yang melampau
Terutama golongan muda
BTJ puji kerajaan Selangor sebab anjur program begini
Tetapi tak semestinya kerajaan Selangor ini yang terbaik
Banyak juga kelemahan
Hahaha!!!
BTJ ada satu soalan
Jika diberi pilihan, mana satu korang pilih?
Dataran Kemerdekaan Shah Alam atau I-City Shah Alam (Karnival Sayangi Selangor)?

BTJ pilih #KL112
Hahaha!!!

Friday, 21 December 2012

Samseng Umno Kini Sertai PAS, Berita Sedih Buat Umno


Samseng Umno Yang Buat Hura-Hara Dalam Program PAS Kini Sertai PAS - Blog Addin



5 hari demam, terubat dan berasa lega hari ini apabila saya menerima borang PAS dari 78 orang yang sebahagian besarnya bekas pemimpin dan ahli Umno dari Felda Bkt Permai. 

Ketua penaja PAS Cawangan, En Kamal Hamzah mewakili yang lain2 menyerahkan borang kepada saya sambil disaksikan Yang DiPertua PAS Kawasan Kulaijaya, Sdr Hisham Mohd Zin dan Ketua Dewan Pemuda, Sdr Ahmad Tabrani.

Ia disusuli takbir yang bergema beberapa kali mengiringi peristiwa bersejarah tersebut. Hampir 90% peratus yang menyertainya adalah orang muda berusia antara 25-50 tahun.

Ada dikalangan mereka dulunya adalah samseng Umno 'berdengung' yang menghalang PAS daripada apa jua aktiviti.

Kini, kata mereka, kami dah tobat.

Kami mahu mati dalam Perjuangan Islam!

Majlis diselangi dengan sumbangan peralatan sekolah kepada hampir 100 pelajar dari Felda Bkt Permai dan Kg Murni Jaya.

Kalau ramai tokoh2 hebat dah masuk PAS, orang biasa nak tunggu apa lagi?


P/s: Tak disiarkan TV3 pun pasal khabar gembira ini
Mungkin sebab berita sedih bagi Umno kot
Hahaha!!!



Friday, 30 November 2012

Mari Kita Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember Ini




Bangkitlah rakyat Pahang
Bangkit bagai Bahaman menentang penjajah!
Mohon kepada semua untuk sebarkan
Terima kasih

Setelah bangkit kita ke demo ini!



Friday, 9 November 2012

The Ubah Dream Machine

Jika PKR dengan basnya
DAP pula tampil dengan tralernya
PAS mungkin akan tampil dengan kenderaan lain?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 16 October 2012

Lagi Kegagalan Negeri Selangor, Umno Siap Sedia Untuk Ganti


Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.


Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan. Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta ~ Selangorku

P/s: Berangan la Umno nak ganti PR memerintah di Selangor
Sudah terbukti PR mentadbir lebih baik
Hahaha!!!

Monday, 15 October 2012

86 Ahli PR Sertai Umno Di Pahang Hanya Sebuah Pembohongan?

Inilah modal setiap kali hampir dengan pilihan raya
Ada sahaja berita ahli parti lawan menyertai UmnoBN
Tapi berita ahli parti UmnoBN menyertai Parti lawan akan dirahsiakan sebaik mungkin
Para pengamal media seolah-olah terkunci bagai telah dipukau

Hanya media alternatif yang giat menjalankan kerja
Segala jenis berita akan disebarkan
Ada media alternatif yang bebas
Ada media alternatif yang berpihak kepada mana-mana parti

Terpulang kepada masyarakat untuk menilai
Terpulang kepada masyarakat untuk memilih

P/s: Berita begini sudah tidak laku
Jika dikumpulkan dari dulu, agak-agak berapa kerat je ahli kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang tinggal?
Cuba fikir-fikirkan

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 4 October 2012

Perbezaan Penjimatan Antara Bajet pakatan Rakyat Dan Bajet UmnoBN

Anda semua bebas untuk memilih selaras dengan prinsip demokrasi


P/s: Pilih lah yang terbaik :)

Mari Menonton Video #BorakAnwar

Rupanya Anwar Ibrahim lebih dahulu menggunakan saluran Google Hangout untuk berborak atau berinteraksi dengan rakyat Malaysia
Mari kita menonton video ini untuk lebih kefahaman mengenai dasar Pakatan Rakyat
Moga kita akan memperolehi pencerahan



P/s: Adakah Najib meniru lagi?
Abaikan sahaja lah!!!
Hahaha!!!

Saturday, 22 September 2012

Gambar: TG Nik Aziz Pijak US & Israel

BtJ tak suka sangat adegan pijak memijak ni
Tapi BTJ puji kerana ini satu langkah yang berani
Cuma BTJ rasa ada lagi satu yang tertinggal untuk TGNA pijak sebaris dengan US dan Israel
Agak-agak korang apa?
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 13 September 2012

Ratusan Ribu Bakal Berhimpun Di Bukit Jalil 3 November Ini

Konvensyen Pakatan Rakyat 3 Nov - Sinar Harian Online

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Mega Pakatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Nov ini.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yang mengesahkan hal itu berkata konvensyen tahunan itu kali ini akan memberi fokus yang lebih kepada persiapan pilihan raya umum ke-13.

Katanya pihaknya yakin pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini, sebaliknya menjangka ia akan diadakan tahun depan.

"Ia mungkin bulan Mac atau April tahun depan. Itu ramalan kami.

Bagaimanapun, sekiranya diadakan juga tahun ini, maka akan ada negeri-negeri di bawah pakatan yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

"Bagaimanapun, mengenai Kelantan (pembubaran DUN serentak dengan Parlimen) kita akan bincang balik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tema konvensyen kali ini adalah 'Selamatkan Malaysia' dan menyasarkan penyertaan kira-kira 100,000 orang.- Bernama

P/s: Kita lihat dengan jelas
Kita dengar dengan terang
Adakah perhimpunan ini akan diluluskan di Stadium Bukit Jalil?
Harap sesuai la dengan tema kemerdekaan, Janji Ditepati!
Hahahaha!!!

Saturday, 8 September 2012

Mari Kita Ke Himpunan Hijau Peringkat Daerah Bera

Mari orang-orang bera kita ke Himpunan Hijau
Terutama anak-anak muda
Pak cik dan mak cik Felda wajib hadir
Nanti ada yang akan terangkan pasal FGVH
Masa tu pak cik dan mak cik Felda akan tahu bahawa dah kena tipu
Datang jangan tak datang!

Published with Blogger-droid v2.0.8