Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansor. Show all posts

Wednesday, 2 January 2013

Deepak Bayar Barang Kemas Rosmah Lebih 13 Juta, Dedah Rafizi

Dari Blog Omak Kau!!!:

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri 

Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;


2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);


3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;


4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;


5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;


6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;


7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);


8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;


9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;


10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan


11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta). 



Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

P/s: Pendedahan demi pendedahan
Harap rakyat Malaysia buka mata
Jangan buat bodoh je!!!



Monday, 17 December 2012

Video: Ratu Bollywood Malaysia


Tak sangka 1st Lady of Malaysia ni pandai menyanyi dan berjoget Hindustan
Walaupun tak la rancak macam real Hindustan
Tapi boleh la kot
Hahaha!!!

BTJ puji satu perkara di sini
Video ini tidak dipadam atau ditarik kembali
Mungkin tiada laporan atau sebagainya
Tidak seperti video seorang ketua Agama Islam yang sambut ulangtahun hari jadi di UK tu
Videonya telah ditarik kembali
Tak percaya boleh klik di sini
Mungkin ada yang membuat laporan
Mungkin atas alasan malu
Seorang Ketua Agama Islam sambut ulangtahun hari jadi ala-ala Barat
Pengampu / pembodek / pencacai mana la yang buat laporan tu
Hahaha!!!


Monday, 10 December 2012

Mari Beli: Buku Biografi Rosmah Mansur Telah Diterbitkan

Belum lagi habis sepenggal menjadi suami Perdana Menteri Malaysia
Sebuah buku biografi dah diterbitkan
Elok la tu
Boleh jadi kenang-kenangan
Hahaha!!!


Berdasarkan info yang BTJ dapat dalam lebai google
Harga buku biografi RM ini berharga RM150
Takde la mahal sangat jika nak dibandingkan dengan beg tangan dan cincin dia
Hahaha!!!

Tambah lagi
Buku di telah dirasmikan oleh Ketua Agama Islam Pahang
Pasti la BTJ bangga
Hahaha!!!


Sumber: http://www.erapasca.com/2012/12/sultan-pahang-bersama-wanita-pertama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EraPasca+%28Era+Pasca%29&utm_content=FaceBook

P/s: Jika BTJ banyak wang
Banyak duit
Macam anak beranak Najib dan Mahathir
Pasti BTJ dah beli
Lepas tu campak kat tengah jalan raya
Tentu ramai pengguna jalan raya yang sanggup dan seronok untuk langgar
Berdosakah BTJ?
Para mufti sila la bagi fatwa
Hahaha!!!

Januari Ini!!!




Friday, 9 November 2012

Bila Najib Bercakap Soal Akidah, Laga Pipi Pun Jadi Tidak Salah

Najib: Tiada kompromi dalam soal akidah - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan soal akidah Islam mesti dipertahankan tanpa kompromi walaupun negara berkongsi nilai sejagat dengan pelbagai bangsa dan masyarakat.

Serentak dengan itu, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman liberalisme dan pluralisme yang dihadapi umat Islam di negara ini.

Menurutnya, fahaman yang sedang menular itu mengancam keharmonian dan kestabilan kehidupan beragama dan bermasyarakat, berikutan silap tafsir mengenai konsep kemajmukan.

Ada pihak tertentu yang ternyata silap mengenai konsep kemajmukan, dan ini menjurus kepada mereka melihat semua agama mempunyai nilai yang sama, katanya pada majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari ini.

Najib berkata: "Sungguh malang kerana ada golongan yang mengamalkan fahaman ini, disokong pula oleh pihak berkepentingan yang bersekongkol dengan golongan yang berfahaman demikian."

Dalam pada itu, Najib berkata mutakhir ini, banyak tuduhan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dibuat pihak tertentu mengenai agama Islam yang tidak berdasarkan ilmu, sebaliknya bagi memenuhi agenda atau kepentingan tertentu.

"Apa yang lebih malang, pengikut mereka pula mudah mempercayai dan mengulangi apa yang didengar tanpa memahami konsep sebenar serta tidak mampu membuat penilaian objektif.

"Disebabkan kurang pengetahuan, salah tafsir tentang konsep atau istilah, atau sengaja diselewengkan, maka ini boleh membawa kepada ketegangan antara kaum dan penganut agama berlainan," katanya.

Justeru itu, Najib mahu semua pemimpin masyarakat bersikap bijaksana dan berhikmah dalam membicarakan sesuatu isu yang boleh menyentuh perasaan kaum atau penganut agama lain.

Perkara itu elok dibawa berbincang menggunakan saluran yang betul dan forum yang terkawal tanpa melibatkan perasaan marah dan prasangka, katanya.

"Sesungguhnya isu agama merupakan isu yang sensitif. Begitu juga isu berkenaan soal bahasa, pendidikan dan tempat beribadat.

"Janganlah terbawa-bawa dengan sikap liberal dan demokrasi melampau, yang tidak mengambil kira perasaan atau sensitiviti dan ketegangan kaum ketika membicarakan sesuatu isu secara terbuka dan bebas," katanya.

Najib berkata dalam situasi masa kini, "kita perlu kuatkan bidang ekonomi, pendidikan dan sosial dengan mengenepikan segala perbezaan pendapat dan fahaman." - Bernama

Nak bisik-bisik atau laga pipi?
Macam pernah ku lihat
Tapi di mana ya?


Wednesday, 14 March 2012

Hebahan: Rate Harga Untuk Jamuan Di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Ini rate harga untuk jamuan taraf Perdana Menteri Malaysia dengan tetamu jemputan VIP dan VVIP.
Untuk jamuan begini rakyat diketepikan.
Hahahahahaha!!!

Tidak sangka PM Malaysia ini banyak wang untuk membiaya majlis dengan rate sebegitu.
Mungkin ada penaja atau dari mana-mana sumber?
Tidak mengapalah, harap rate ini bleh menjadi rujukan kepada sesiapa yang mahu mengadakan apa-apa jamuan makan di Shangri-La Hotel.
Mungkin lepas ini Hassan Ali akan mengadakan ceramah di sana juga.
Hahahahahaha!!!



Malam Esok Di KLCAH!


Sunday, 18 December 2011

Panas!!!!! Gambar Sang Panglima & Ratu


BTJ sangat terkejut, terpegun dan geli hati dengan video ini. BTJ tak tahu Raja mana yang lantik mereka ni jadi panglima. Hahahahahahahahaha!!

Harap-harap panglima ini semuanya ada tauliah oleh JAIS! Hahahahahahahahahaha!!

Siap penutup dengan takbir tu. Hahahahahahahahahaha!!

Panglima yang pakai baju hitam berbunga duduk sebelah ketua panglima tu kenapa diam je? Panglima Hang Diam ke? Hahahahahahahahahahaha!!

Ini pula gambar Ketua Panglima dengan ratunya. Cun dan seksi tu. Masa ni ingat nak takbir tak wahai panglima? Hahahahahahahahahaha!!


Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=154672017972927&set=pu.128727520567377&type=1&theater

Wednesday, 14 December 2011

Gambar Rosmah Jadi Bahan Lawak Antarabangsa?

BTJ agak terkejut dengan laporan blog ini tentang Rosmah iaitu isteri PM Malaysia yang dilaporkan menjadi bahan lawak laman sesawang antarabangsa.

Jadi, BTJ pun menyelongkar dengan menggunakan google untuk mendapatkan kesahihannya. BTJ sangat tidak percaya dan BTJ rasa malu jika perkara ini benar. Namun, segalanya meleset dan ia adalah benar. Kesian PM ku kerana gambar isterinya telah diperlakukan sebegini rupa.

BTJ yang simpati dengan Najib sebagai PM Malaysia hanya dapat gelak sahaja. Hahahahahahahahaha!

Ini gambar print screen yang BTJ dapatkan.


Kemudian, BTJ klik gambar Rosmah itu untuk diperbesarkan supaya dapat dilihat dengan lebih jelas.


Kerana gambarnya yang agak besar sepertinya juga, maka BTJ terpaksa download gambarnya di sini untuk paparan penuh.


Sekian sahaja laporan dari BTJ, moga Najib tidak terlalu sedih dengan apa yang berlaku ini. Dunia patut memuji isteri beliau kerana berjaya menjadi seorang penabung yang hebat. 

Hahahahahahahahaha!





Friday, 2 December 2011

Ayuh Melawan Bersama Pak Samad Esok Di KLCC

Mkini: Pak Samad ketuai protes bantah Akta Perhimpunan

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.

P/s: Ayuh esok anak-anak muda seluruh Malaysia kita banjiri KLCC.

Kita berhimpun dengan bebas tanpa permit polis!

Kita tunjuk kepada kerajaan dan polis bahawa kita adalah rakyat yang merdeka!

BERSIH 3.0!

Program Melawan Hari ini!

Rumah penduduk Kampung Matau akan dirobohkan.

Penduduk kampung Matau akan kehilangan rumah mereka.

Penduduk kampung Matau akan hilang tempat tinggal mereka.

Penduduk kampung Matau akan hilang tempat berteduh.

Penduduk kampung Matau perlukan pembelaan.

Penduduk kampung Matau perlukan sokongan kita.

Ayuh ke perhimpunan petang ini di kampung Matau!





Penduduk kampung Matau akan mengalami nasib yang sama seperti nasib penduduk kampung Berembang ini sewaktu kerajaan Selangor diperintah BN. Sila tonton video!


Lagi kes rumah kena roboh di kampung Rimba Jaya sewaktu Selangor diperintah BN. Sila tonton video!


Kini, penduduk kampung Matau akan menerima nasib yang sama. 

Ayuh, bukan masa untuk kita termenung dan melihat dari jauh. 

Ini masa untuk kita bersatu menentang kezaliman dan penindasan! 

Setiap kezaliman dan penindasan yang berlaku mesti diberi pembelaan! 

Pembelaan ini tanggungjawab kita bersama!

Thursday, 1 December 2011

Shahrizat Belum Selak Kain Dah Nak Tiup Semboyan!

Sinaran Hairan: Cabar Wan Azizah letak jawatan: Sharizat

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya mencabar Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebelum meng­arahkan orang lain berbuat demikian.

Menurutnya, ia adalah kerana suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sendiri didakwa terlibat dengan pelbagai masalah.

Katanya lagi, tindakan Zuraida itu jelas seperti ‘gajah depan mata tidak nampak’ dan memberi amaran keras bahawa beliau langsung tidak takut dengan cabaran tersebut.

“Wahai Zuraida yang biadab, kamu ingat kami takut dengan kamu? Siapa kamu mahu suruh saya letak jawatan? Adakah kerana suami saya Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)?

“Kalau itu dasar dan prinsipnya, saya cabar Zuraida mendesak Presiden PKR meletakkan jawatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhim­punan Agung Pergerakan Wanita Umno di sini semalam.

Shahrizat turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tiada kaitan dengan projek NFC tersebut dan menegaskan bahawa suaminya tidak bersalah.

“Suruh dia desak Wan Azizah letak jawatan kerana suami beliau, ketua umum yang telah dihukum dan disabit kesalahan oleh pelbagai angkara yang saya tak sanggup cakap dengan mulut saya.

“Kalau beliau benar-benar berani, cabar Presiden, barulah benar-benar Zuraida itu jaguh? Saya belum pun tiup semboyan lagi,” katanya.

Zuraida, dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Wanita PKR Kelapan baru-baru ini, meminta Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk menjaga maruahnya sebagai seorang wanita.

P/s: Woit!! Ketua Wanita Umno ni dah teruk meroyan! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Dah takde modal nak serang Zuraida, Wan Azizah dikaitkan! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Zuraida, Wan Azizah dan Anwar takde kaitan dengan lembu. Kau dan suami kau ada kaitan dengan lembu yang pandai melancong, beli tanah dan Benz! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Zuraida, Wan Azizah dan Anwar takde kaitan dalam laporan uadit negara tapi kau dan suami kau ada! Mana pergi RM250 juta? Sila jawab dulu! Takda dapat jawab sila letak jawatan!

Woit!! Sila sedar diri rakyat dah tak pilih kau la! HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Jika suami kau tak bersalah, sila jawab dengan audit negara!

Woit!! jangan tiup somboyan sebab semboyan kau bunyi lembu! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Sebelum tiup semboyan baik kau selak kain dulu! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Ada lembu dalam kain? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

BERSIH 3.0!



Wednesday, 30 November 2011

Siapa Pergi Melancong Dengan Lembu?

Mkini: PKR dakwa NFC sering bayar syarikat pelancongan

Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bayaran berjumlah RM455,423 itu dibuat sebanyak 15 kali semenjak Januari hingga Julai 2010 melalui akaun syarikat NFC.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai salah satu daripada senarai dakwaan "perbelanjaan boros dan bersifat peribadi" yang dibuat keluarga Shahrizat.

"Kita tak terkejut sebab bila kita semak tahun 2009 memang dia belanjakan hingga RM800,000 untuk ke luar negara.

"Alasan yang diberi adalah perbelanjaan ke luar negara untuk tengok lembu, lawat lembu, beli lembu dan sebagainya.

"Tapi yang ini lebih ajaib kerana ini adalah pakej percutian," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa, siasatan yang dijalankan PKR menunjukkan syarikat yang menerima bayaran tersebut merupakan syarikat yang menawar pakej percutian ke lokasi popular sekita Asia Tenggara.

"Kalau nak melancong sekali sekala saya fahamlah tapi kalau dua tiga kali sebulan, pelik tu.

"Soalannya, macam mana syarikat yang patut urus ternakan lembu jadikan pakej percutian sebagai pembayaran rutin bulanan?

"Kalau benar pergi bercuti, siapa yang pergi bercuti?," soalnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau membuat pendedahan terbaru itu ekoran tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno pagi ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung dakwaan skandal penyelewengan dana NFC.

P/s: Woit!! Lembu mana plak yang pandai pergi melancong ni?

Woit!! Lembu mana plak yang pandai guna duit banyak sangat ni?

Woit!! Sekarang lembu sudah cerdik! Jadi mungkin akan ada yang kata "cerdik seperti lembu!" HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Jika lembu cerdik, siapa yang bodoh? Yang pasti bukan lembu! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Lembu pergi melancong sorang-sorang ke? Kalau sorang-sorang takkan banyak sangat guna duit! Kalau Rosmah melancong guna duit banyak semua orang percaya! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Habis siapa yang melancong dengan lembu ni? Pasti bukan Shahrizat sebab lembu takut bila dia selak kain! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Semakin Hampir!

Dari Lembu Kepada Benz Dan Tanah

Mikini: PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.

P/s: Hah, nampaknya Shahrizat masih boleh senyum ke? 

Hah, nampaknya kain shahrizat memang dah kena selak!

Hati-hati YB Zuraida..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Apa la Rafizi ni..Shahrizat dah tak larat nak menjawab pendedahan korang.

Nanti Shahrizat nangis siapa yang nak pujuk?

BTJ tahu..lembu la yang kena pujuk!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Kita mesti fikir! Kita mesti Prihatin! Kita mesti ambil tahu! RM250 juta wang rakyat telah dirembat!

Demi negara! BERSIH 3.0!

Umno Dah Makin Parah!

Gambar ini BTJ terlihat di laman sosial facebook. Terus BTJ download dan penting untuk BTJ sebarkan. Biar semua lihat hebatnya puak Umno ini. Harap Melayu tidak akan ditipu dan diperbodohkan lagi. Begitu juga dengan kaum-kaum lain.

BTJ tidak tahu apa motifnya songkok itu diletak logo Umno bersama dengan tulisan Allah dan Muhammad. Umno memang makin parah!


Moga Umno akan kembali ke pangkal jalan.

Ke Mana Perginya RM83.7 Bilion Wang KWSP?

Sinaran Hairan: KWSP beri pinjaman RM83.7 bilion



KUALA LUMPUR - Jumlah pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kerajaan dan institusi korporat setakat Jun 2011 ada­lah sebanyak RM83.7 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, jumlah berkenaan adalah bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman dan sebahagian besarnya adalah jaminan kerajaan.

Menurutnya, nilai tersebut sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan, manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.

“Pinjaman diberikan KWSP adalah dijamin de­ngan sekuriti.

“Dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh berintegriti, telus dan profesional, governance stucture telah dipertingkatkan se­iring pertumbuhan asetnya,” katanya menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) yang ingin me­ngetahui mengenai kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi korporat.

Beliau berkata, sistem kawalan pelaburan KWSP mempunyai tiga bahagian ­iaitu pengasingan fungsi front office dan back office, pengurusan risiko dan audit.

“Rangka kerja pengurusan bertindak mengawal selia aktiviti pelaburan dalam meminimumkan kadar risiko dan memastikan simpanan ahli dan aset KWSP terjamin.

“Jabatan Audit pula bertindak mengawal selia proses operasi dengan mengukur pemantauan, keberkesanan, kecukupan dan integriti kawalan dalaman,” katanya.

Menurutnya, keutamaan KWSP ialah preservation of capital, manakala objektif pelaburan KWSP ialah memberi nilai tambah kepada setiap simpanan ahli seperti yang ditunjukkan melalui kadar dividen sebenar iaitu setelah mengambil kira kadar inflasi setiap tahun.

“Simpanan KWSP bukan sahaja sentiasa selamat, malah menjamin pulangan positif yang konsisten dan stabil untuk jangka masa panjang sejajar dengan objektif KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial yang bertanggungjawab untuk menjamin simpanan hari tua ahli,” katanya.

Sementara itu, Awang memaklumkan KWSP tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi tetapi hanya kepada syarikat yang mempunyai kaitan de­ngan kerajaan dan mempunyai aset.

Semua bentuk pelaburan KWSP akan dipantau dan dinilai Panel Pelaburan dan Risi­ko KWSP sebagai jaminan ba­ha­wa pinjaman itu selamat.

“Bagaimanapun keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat kemente­rian. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN Arau).

P/s: Woit!! Orang lain penat bekerja, orang lain penat balun duit caruman pekerja!

Siapa orang lain yang balun ni?

Sila tanya Awang punya Adek! Eh, Adek Awang! Eh, silap lagi..Awang Adek la!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Syarikat korporat tu siapa yang punya?

Sila tanya Adek kepada Awang! Eh, silap lagi..Awang Adek la!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Tak Perhabis Wang Pekerja!

Shahrizat Selak Kain Dedah Kebenaran

Mkini: Projek lembu: Pemimpin PKR diberi amaran keras

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.

P/s: Woit!! Siapa Shahrizat ni yang berani beri amaran?!

Woit!! Patut PM beri amaran sebab mangkuk ni dah perhabis wang rakyat RM250 juta!

Woit!! Siapa yang pilih Shahrizat ni?

Woit!! Macam mana minah ni boleh ada dalam kabinet?

Woit!! Minah ni tak sdar diri ke?

Woit!! Dah kala buat la cara orang kalah!

Woit!! Selak kain nampak lembu nanti!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Demi Rakyat! BERSIH 3.0!



Budak-budak Dipergunakan! Siapa Dalang? TV3suku Yang Lapor!

Ini sambungan kepada post sebelum ini tentang budak-budak yang dipergunakan.


Memang agak "suspicious" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.



Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.

Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan 
TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.

Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/bongkar-modus-operandi-tv3-celaka-buat.html#ixzz1f8sluhHZ

Budak-budak Dipergunakan, Siapa Dalang?


Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.


Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.


Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.


Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.


Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.


Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.


Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.



Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.


Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.


Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".


Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/tiada-sokongan-terpaksa-guna-budak.html#ixzz1f8rI5wlt

Tuesday, 29 November 2011

Salah Wartawan TV3 Tak Pandai Kira Atau Ahli Perkasa Memang Tak Ramai?

Laporan Buletin TV3 mengatakan ahli Perkasa yang datang mungkin dengan tujuan menyaingi perarakan peguam yang diberi nama Walk 4 Freedom itu adalah seramai lebih dari 500 orang. Bagi BTJ ini memang lawak gila!

BTJ tidak la ke sana bersama-sama dengan barisan peguam untuk berarak kerana kekangan tugas. Namun, BTJ dapat sumber yang menjadi bukti bahawa kehadiran ahli Perkasa itu mungkin hanya sekitar 100 orang sahaja. Gambar ini BTJ perolehi di laman sosial facebook ini.

Mari kita lihat gambarnya.


Wartawan TV3 tidak pandai mengira atau ikut telunjuk "pihak atasan" untuk bagi berita jadi gempak?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!