Showing posts with label Tolak BN. Show all posts
Showing posts with label Tolak BN. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Budaya Pembodohan UmnoBN Masih Berleluasa

Gambar ini BTJ sedut dari facebook
Terima kasih kepada pemilik gambar ini


Inilah antara sebab mengapa Stadium Merdeka dipenuhi rakyat masa #KL112
Inilah sebabnya rakyat sudah muak dengan UmnoBN
Inilah sebabnya rakyat sudah menyampah dengan UmnoBN
Inilah sebabnya mahasiswa/i telah bangkit melawan UmnoBN
Inilah sebabnya PRU13 rakyat Malaysia wajib undi selain UmnoBN

Inilah salah seorang yang menjadi agen dalam strategi pembodohan UmnoBN


P/s: Kesian kat cik Pah
Hari ini menjadi terkenal dalam sekelip mata sahaja
#listen
#letmespeak
#poorah!!!
Hahaha!!!


Friday, 22 June 2012

Warga Felda Diminta Siap Sedia Untuk Berdemo


Syabas kepada Anak
Teruskan membela warga Felda dan generasinya
Pertahankan mereka dari ditipu oleh UmnoBN dan kroni


Sedarlah wahai warga Felda
Perubahan hanya di tangan anda
Ayuh turun ke jalan 
Nyatakan tuntutan
Nyatakan bantahan


Tanah Felda milik anda semua
Tanpa anda semua Felda tidak mungkin wujud hingga kini

Panduan #Occupy Balok - Gebeng 24 Jam Tolak Lynas

Perhatian kepada peserta
Perhatian kepada demonstrator






P/s: Selamat berjaya kepada semua demonstrator!
Pastikan Lynas blah dari bumi Malaysia
Biar UmnoBN dan kroni gigit jari
Hahahahahahaha!!!

5000 Wakil Pekerja Sambut TPM Di Pulau Pinang


Agak-agak dapat tak jumlah 5000 itu dicapai?
Inilah trend UmnoBN yang sudah hampir karam
Katanya sokongan rakyat sudah kembali kepada BN
Jika melihat pada surat ini tidak menunjukkan sedikit pun sokongan rakyat kepada BN

Berbeza pula dengan Pakatan Rakyat
Rakyat datang berpusu-pusu tanpa diminta atau diwajibkan
Tiada sebarang kemudahan disediakan
Nampaknya boleh dikatakan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin kukuh

UmnoBN gigit jari di PRU 13
Rakyat mesti pastikan!!!

P/s: Gambar ihsan dari blogger Anak Sungai Derhaka

Wednesday, 22 February 2012

Hebahan: Lagi Program Melawan Di Temerloh

Mari orang-orang Temerloh kita ke Sungai Gau.
Mari orang-orang Temerloh kita banjiri Markas PAS Sungai Gau.
Mari orang-orang Temerloh ramai-ramai biar UmnoBN Pahang kecut!
Hahahahahaha

Anak-anak muda wajib datang.
Anak-anak muda tiada alasan untuk tidak hadir.
Anda semua adalah agen perubahan.
Anda semua adalah penentu masa depan negara.
Ajak rodong-rodong.
Bagitahu pada rodong-rodong.
Pastikan UmnoBN tumbang di PRU-13!



Sebelum Itu Kita Ke Kuantan Dulu!



Hebahan: Pelancaran ABU Di Beranang

Kepada orang Beranang dan sekitarnya.
Mesti manfaatkan peluang.
Ini program melawan.
Semua wajib hadir terutama orang muda!


Selepas Itu Ahad Kita Ke Kuantan!


Tuesday, 21 February 2012

Rupanya Surau Juga Roboh Di Negeri Pemerintahan Umno

Harakah Daily: PAS Melaka kesal surau diroboh

MELAKA, 21 Feb:Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana sebuah surau Ujong Pasir dirobohkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

"Umno gagal menjaga Islam, surau dirobohkan adalah bukti kegagalan Umno.

"Menurut penduduk setempat di Ujong Pasir, tapak surau itu telah puluhan tahun diwakafkan," ujar Adly kepada Harakahdaily.

Beliau mempersoalkan mengapa tanah-tanah wakaf sebegitu tidak diselenggara dengan betul dan diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kegagalan kerajaan negeri mewartakan tanah wakaf ini menyebabkan tanah tersebut terjual kepada pihak ketiga.

"Akhirnya surau yang didirikan oleh penduduk kampung di Ujong Pasir itu dirobohkan, atas alasan Pembangunan oleh pemaju," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), penghulu, wakil rakyat dan ketua menteri sendiri tidak dapat menyelamatkan sebuah surau yang menjadi tempat ibadat dan aktiviti lain di kawasan tersebut.

"MAIM dan Ketua Menteri harus bertanggungjawab terhadap perobohan surau ini," tambah Adly.

Surau yang dikenali sebagai Surau Pak Man itu dibina di atas sekeping tanah wakaf tetapi difahamkan ia telah dijual oleh individu yang mendakwa tanah tersebut miliknya kepada pihak ketiga.

Adly dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Harun Mohammed telah membuat lawatan ke surau tersebut baru-baru ini.

Dalam lawatan itu mereka mendapati masih terdapat banyak sejadah dan tikar yang dibiarkan begitu sahaja bersama timbunan batu dan pasir kesan perobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka tidak mengalihkan sejadah yang digunakan ketika operasi merobohkan surau tersebut. Tidak ada langsung rasa hormat kepada rumah Allah.

"Umno sering melaung-laungkan pembela Islam dan agama tetapi mereka sanggup membiarkan surau ini dirobohkan sedangkan mereka adalah parti yang berkuasa," ujar Harun yang juga Penyelia Dun Telok Mas.

Harun berkata Ketua Menteri Melaka, yang juga Pengerusi MAIM; Exco Kerajaan Negeri dan Adun Telok Mas iaitu Datuk Latif Thamby Chik mesti dipertanggungjawabkan kerana gagal menjaga kedaulatan institusi Islam.

"Wakil Rakyat Dun Telok Mas ini langsung tidak bertanggungjawab dan tidak menghalang surau ini tidak dirobohkan.

"Mereka menghentam Kedah kerana merobohkan surau, tetapi di Kedah surau yang dirobohkan diganti dengan surau lebih besar, tetapi di sini surau dirobohkan atas tanah wakaf, ini merupakan suatu penghinaan kepada tanah wakaf orang Islam," tambah Harun.

P/s: Sibuk media UmnoBN mencanang isu roboh madrasah di Kedah, rupanya di negeri pemerintahan UmnoBN sendiri pun ada surau yang roboh.

Woit!!! Mana pergi Perkasa?!

Woit!!! Mana pergi Jati?!

Woit!!! Mana pergi Zul Nordin?!

Semuanya pengecut atau takut hilang sumber penaja?

Hahahahahahaha

Perkasa Melaka taknak demo ke?!

Pemuda Umno Melaka taknak demo ke?

Hassan Ali tak nangis ke?

Hahahahahahaha

Mari Kita Robohkan UmnoBN!


Ahad Ini Di Kuantan!




Saturday, 18 February 2012

Gambar: Sekitar Pelancaran ABU Peringkat Bandar Tun Razak

Gerakan ABU iaitu singkatan bagi "Asalkan Bukan Umno" semakin mendapat tempat di hati masyarakat dalam agenda menumbangkan Umno pada PRU 13 yang semakin hampir ini. Gerakan ini tidak mengira kaum, agama dan ideologi politik. Ia manyatukan masyarakat dengan satu matlamat untuk menghukum UmnoBN yang telah banyak membuat onar di bumi Malaysia ini.

Malam tadi, 17 Februari 2012 telah berlangsung pelancaran ABU peringkat Bandar Tun Razak di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik. Kehadiran yang agak menggalakkan dari penduduk setempat dan juga sekitar Lembah Kelang melihatkan bahawa gerakan ini sudah mula diterima oleh masyarakat.

Penceramah jemputan yang hadir ialah Adam Adli, Pak Samad Said dan juga Mat Sabu. CheguBard dikhabarkan tidak dapat hadir kerana ada program di tempat lain. Penceramah yang hadir begitu bersemangat untuk mengajak rakyat menumbangkan UmnoBN dan juga mengajak rakyat untuk bersama mengubah lanskap politik negara agar lebih celik dalam memilih kerajaan memerintah iaitu berdasarkan prestasi pemerintahan. 

Mat Sabu menegaskan, jika setelah Pakatan Rakyat Memerintah dan melakukan seperti yang UmnoBN lakukan sekarang, maka gerakan ABU juga mesti kekal wujud untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah masa itu. ABU akan menjadi gerakan untuk "check and balance".

BTJ tidak mahu mecoret panjang. Seperti biasa, biarlah gambar menceritakan segalanya. Lihat gambar di bawah.












Ayuh rakyat Malaysia menyokong gerakan ABU. Mari bersama ABU demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Asalkan Bukan Umno!

ABU Bersama Dalam Bantah Lynas!










Thursday, 9 February 2012

Gambar: Sambutan Maulidur Rasul Bersama KM Sarawak

Inilah Ketua Menteri Sarawak bersama dengan isteri barunya.
Memang warak dan alim sebab sambut Maulidur Rasul.
Kaku jari BTJ nak menaip apabila melihat gambar ini.
Korang boleh nilai sendiri.
Hidup BN!
Hahahahahahahahahahahaha.




Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=293794484015329&set=a.102358016492311.3301.102353559826090&type=1&theater

Mari Turun Kuantan 26 Februari