J Mizan - Melati Di Tapal Batas
Engkau gadis muda remaja
Bagai sekuntum melati
Engkau semboyan jiwa raga
Ditapal batas berbakti
Engkau dinamakan srikandi
Pendekar putri sejati
Engkau turut jejak pemuda
Turut mengawal negara
Oh pendekar putri nan cantik
Dengarlah panggilan ibu
Sawah ladang rindu menanti
Akan sumbangan baktimu
Duhai putri muda remaja
Suntingan kampung halaman
Kembali kepangkuan bunda
Berbakti kita di laga
"Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka."- Memoir Shamsiah Fakeh
"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita". - Shamsiah Fakeh
No comments:
Post a Comment