Wednesday 30 January 2013

Malaysia Catat Prestasi Akhbar Paling Buruk, Transformasi Berjaya?

M'sia catat prestasi kebebasan akhbar paling buruk - Mkini

Malaysia mencatat rekod paling buruk dalam Indeks Kebebasan Akhbar tahun ini – dengan menduduki tangga ke-141 daripada 179 negara – sejak indeks tahunan itu diperkenalkan pada tahun 2002.

Reporters Without Borders yang mengeluarkan indeks berkenaan antara lainnya menyebut, kedudukan buruk itu disebabkan tindakan polis ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 pada April tahun lalu.

Malaysia mencatat kedudukan ke-141 pada 2010 dan memperbaikinya ke tangga-122 pada 2011-2012.

Ia juga menyatakan bahawa negara Bangladesh, Libra, Kyrgyzstan, Thailand, Indonesia dan Brunei mencatan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Singapura mencatat kedudukan ke-149 manakala Burma melangkaui 18 kedudukan selepas mengalami "perubahan dramatik" pada tahun lalu.

P/s: Transformasi Najib berjaya lagi
Utusan selalu kena saman
TV3 siarkan berita yang meloyakan
Apa lagi lepas ni?
Nasib baik Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tiada polis kacau
Jika tidak tentu prestasi lagi teruk
Hahaha!!!

Memalukan pengamal media di Malaysia je!!!




Beranikah Ahmad Maslan Terima Cabaran Ini?


Datuk Ahmad Maslan tuduh saya pemfitnah bersiri, sebaris dengan perogol bersiri. Dia tohmah pembangkang punca saham FGVH merudum. 

Dia hentam saya dalam majlis2 di Felda. Guna Jabatan Seranta memburuk2kan saya dan ANAK.

Ahmad Maslan hasut penduduk Kemahang 3 untuk saman peguam mereka sendiri, Wan Rohaimi.

Dia kata saya fitnah isu pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Dia kata saya pembohong besar dalam isu penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi.

Bila ANAK nak buat penjelasan, dia sekat. Kembara Oren dihalang. Ceramah tidak dibenarkan. Peralat Pengurus Felda, kononnya ia di bawah Akta GSA.

Justeru, kalau dia pemimpin yang berani; jom kita berdebat secara terbuka. Buktikan kejantanan kamu wahai Ahmad Maslan.

Buat kali ke 3, saya cabar dia berdebat. Siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat dan petualang Felda.

Oleh kerana sebelum ini, saya minta tarikh dan tempat debat, dia gagal berbuat demikian; kali ini saya pula cadangkan tarikh, masa dan tempat!

Wakil saya akan hantar surat resmi untuk cabaran Debat Terbuka dalam masa terdekat.

Saya akan tunggu dia di Dewan Perdana Felda 16 Februari ini! 

28/1/2013


P/s: Agak-agak korang apa respon Ahmad Maslan?
Kalau ikut rekod sejarahnya.....
Kita kasi booooooooo je la kat dia
Hahaha!!!

Dana Kerajaan Banyak, Hutang Pun Menimbun

Dana kerajaan banyak, tidak diancam kemuflisan, kata Muhyiddin - Sinar Harian


Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan seorang peniaga sayur dan buah-buahan di situ ketika beliau mengadakan 'Walkabout' di Pasar Kota Sentosa Batu 7 di sini, hari ini. - Foto B

SARIKEI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Malaysia sedang menuju kemuflisan.

"Malah, kita ada banyak dana. Tahun lepas, contohnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri memungut RM125 bilion sebagai pendapatan negara. Ini tidak pernah dicapai sebelum ini.

"Jadi, kedudukan kewangan kita sangat kukuh. Kita juga mengurus kewangan kita dengan sangat baik. Belum ada seorang pun penjawat awam yang tidak dibayar gajinya," kata beliau ketika berucap pada majlis bertemu rakyat yang dihadiri lebih 5,000 orang di Pusat Sivik di sini, hari ini.

Beliau berkata, tujuan Anwar menyebar pembohongan itu adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Kata Muhyiddin dengan lebihan dana yang ada, lebih banyak program pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk manfaat rakyat, terutama dalam bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak.

"Sebenarnya, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada rakyat dan amat prihatin tentang kebajikan mereka, bukan seperti pembohongan yang disebar Anwar. Kami juga memberi fokus terhadap usaha membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat, sesuatu yang kami lakukan sejak lama dulu. Kini, kami mencapai kejayaan yang amat besar dalam aspek ini," katanya.

Muhyiddin berkata, tiada rakyat Malaysia yang mati akibat kebuluran, malah ramai daripada mereka obes kerana makanan terlalu banyak, hinggakan perkara ini menjadi masalah besar dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

Di peringkat nasional, kata beliau, kadar kemiskinan hanya tiga peratus, manakala di Sarawak, kadarnya hanya empat hingga lima peratus. 

"Kami ada program seperti e-kasih yang menyimpan data tentang kemiskinan tegar dan bentuk bantuan yang kami hulurkan kepada mereka. Terdapat kira-kira 45,000 isi rumah yang digolongkan sebagai miskin tegar.

"Kejayaan e-kasih diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu kerana tidak banyak negara di dunia, malah dalam kalangan negara maju, yang melaksanakannya," kata beliau.

Muhyiddin berkata kerajaan BN akan meneruskan agenda menolong rakyat dan memastikan negara ini makmur, bersatu padu dan stabil dengan sokongan rakyat, tanpa mengira kaum dan agama.

"Pilihan raya umum adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk menyatakan mereka mahu ia diteruskan dan mencapai lebih banyak kejayaan.

"Pilihan terletak di tangan anda. Sekali lagi, tolong beri mandat penuh anda kepada BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan pemberian geran RM45 juta untuk pembinaan Jalan Bukit Kuang-Tanjung Manis, termasuk sebuah jambatan. - Bernama

P/s: Orang ini nak bodohkan rakyat ke?
Dana kerajaan tu datang dari mana?
Datang dari poket rakyat ke?
Woit!!! Kalau dana kerajaan banyak pun tak guna
Sebab apa tak guna?
Sebab hutang negara pun menimbun berbilion-bilion!!!

Syarikat Menteri Umno Sapu Kontrak Petronas Dagangan Berhad?

Dari blog Addin:

Syarikat Bumiputra Gulung Tikar Kerana Menteri Kabinet Bolot Kontrak


KUALA LUMPUR 29 Jan: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.

Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.

Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).Menurut pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan ‘trip’ perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.

Jesteru, Badrul Hisham dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.“Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan ‘trip’ mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.“Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.

"Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar,” menurut kandungan surat itu.Menurut Badrul, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.

Mengulas isu sama, Badrul Hisham berkata, kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.“STSB ini naik dengan cepat sekali, dari cuma beberapa lori kini dikatakan sudah memiliki 80 lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara,” katanya dipetik MediaSelangorku.

Menurutnya, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.“Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.

"Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh,” katanya lagi.STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.Badrul Hisham yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. ~keadilandaily

P/s: Betul ke ni?
Patut la ramai pemimpin Umno kaya-raya
Banyak projek dan tender yang mereka sapu
Tapi BTJ tak percaya
Mana mungkin BTJ boleh percaya
Umno adalah parti yang terpilih
Parti yang memperjuangkan Islam
Parti yang memperjuangkan Melayu
Semua ini mengarut dan tipu
Semua ini hanya untuk jatuhkan Umno

Memang rakyat nak jatuhkan Umno pun
Hahaha!!!

Rakyat bersatu jatuhkan Umno!!!


Tuesday 29 January 2013

Cakar Sana Cakar Sini, Umno Kedah Bakal Tumbang Sekali Lagi?


PRU13: Anggota parti BN Kedah diminta henti bercakar - Sinar Harian

KULIM - Anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Kedah perlu menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, dan menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM)
tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti.

"Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi.

Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak.

Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut. Turut hadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan dan pemimpin parti komponen BN Bahagian Padang Serai. 

Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti awal kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan RM672,000 kepada 672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan.

Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan. - Bernama

P/s: Apa makna berita ini?
Apa maknanya?
Adakah UmnoBN benar-benar kukuh dan siap sedia untuk PRU 13?
Ramai yang calar kerana bercakar-cakar tu
Hahaha!!!

Setiap kali pilihan raya memang camni
Umno akan bercakaran
Pemimpin yang tidak dicalonkan akan sabotaj parti
Tak percaya tengok la nanti
Hahaha!!!

Rakyat bersatu tolak parti bercakaran!
Hahaha!!!
Orang Lipis wajib turun!


Lagi Kes Pemberian Kontrak "Ikut Pintu Belakang" Akan Didedahkan

[GEMPAR] Sidang Media Anugerah Kontrak Nilai BILION Ikut Pintu Belakang Kepada Syarikat Asing

Kepada semua editor, Mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar wakil membuat liputan program berikut: Sidang Media Khas Pembongkaran Skandal nilai Billion Wang Negara libat syarikat asing Tarikh: 29 Jan 2013 (Selasa) Masa: 11.30pg Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH), KL Pertanyaan: 0102675872 (edy) Orang ramai juga dijemput hadir dalam pendedahan terbesar mutaakhir ini! Sekian, Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sumber:http: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/01/gempar-sidang-media-anugerah-kontrak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29

Saturday 26 January 2013

Jelajah Kumpulan Kartunis Independen

Mari-mari turun bersama
Para kartunis pun tidak ketinggalan dalam agenda perubahan
Para kartunis bersama rakyat dalam melakukan perubahan
Para kartunis akan menghasut dengan lukisan
Menghasut dengan lawak dan gelak
Sebelum kerjaya sebagai kartunis diharamkan di Malaysia
Turunlah bersama mereka
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 22 January 2013

Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi Malam Ini Diteruskan

Sharifah Zohra tidak hadir forum malam ini - Sinar Harian


SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak akan menghadiri forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) malam ini.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SW1M, Ema Lee Abu Samah kepada Sinar Harian semalam.

Ema mendakwa, penganjur forum ini memutar belit fakta dengan mendakwa Sharifah Zohra hadir, sedangkan tiada kata putus dibuat.

Selain Sharifah Zohra, forum tersebut menampilkan KS Bawani, Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

“Dakwaan yang mengatakan beliau (Sharifah Zohra) hadir telah digembar-gemburkan, ia adalah satu fitnah,” katanya.

Selain itu, Ema turut mengesahkan SW1M membuat satu laporan polis terhadap satu NGO yang didakwa menceroboh pejabat mereka beberapa hari lalu.

Katanya, tiga lelaki yang memecah pejabat mereka telah mengambil gambar dan menggunakan cop SW1M tanpa pengesahan.

Sementara itu, Sharifah Zohra berharap isu klip video dirinya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet dihentikan segera.

“Saya harap pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah,” katanya.

Kelmarin, Sharifah Zohra menjelaskan, selain Bawani, beliau telah memaafkan beberapa individu lain yang telah mengkritiknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani ‘bertikam lidah’ dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar.


P/s: Sibuk selesaikan masalah jerung, kucing, anjing dan lain-lain lagi
Sampai tak dapat untuk menghadirkan diri di forum ini
Hahaha!!!

Video Menunjukkan Warga Asing Mengundi Di Sabah


Dari blog Anak Sungai Derhaka:


Video warga asing diberi IC berpusu-pusu keluar mengundi di Sabah didedahkan!!


Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu.

Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika Pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih.

Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.



Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara.

Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata.

Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.

Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor.

Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkausa mula menjual kedaulatan seluruh negara.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya mati dalm lahir di sini.Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka.

Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.

Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan menccetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU.

Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

P/s: Jika UmnoBN menang kerana menipu
Menang kerana undi warga asing
Siap sedialah
Rakyat pasti akan bangkit!!!


Monday 21 January 2013

Saranan Dr. MAZA Kepada Kerajaan Malaysia


BTJ sedut gambar print screen ini dari facebook
Bagus dan sangat bernas saranan Dr. MAZA ini
Puak Umno yang terpekik terlolong tentang isu bible ini sila ambil perhatian

P/s: BTJ pula nak bagi saranan kepada Umno, JATI, Perkasa dan banyak lagi NGO Islam yang lain
Paling kaya Umno
Apa kata korang semua edarkan al-Quran tafsir secara percuma
Semasa Perhimpunan Agung Umno dan ceramah-ceramah Umno
Bukan buat Karnival Janji Ditepati
Joget sana joget sini
Janji sana janji sini
Tapi kosong!!!

Mohon Pantau Majalah Mangga Juga

KDN pantau isu kalimah ALLAH - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau semua perkembangan serta desakan pelbagai dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata KDN akan menilai sama ada isu itu berkemungkinan menjejaskan kestabilan ketenteraman awam di negara ini.

"Kalau sesuatu isu sama ada berkisar kepada politik, agama dan perkauman, yang paling asas adalah bagaimana isu itu boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Itu baru tugas dan tanggungjawab KDN," katanya kepada pemberita selepas Program Rondaan Bermotosikal kawasan Ampang di sini hari ini.

Dua hari lalu Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) mendesak agar pencetakan Bible versi bahasa Melayu dihentikan.

Pembela turut meminta semua pihak menghormati Perlembagaan negara ini yang melarang mana-mana agama menyebarkan dakyah kepada kaum Melayu. - Bernama

P/s: Alamak
Alahai
Dah mula nak jadi baik
Nak jadi alim
Nak jadi warak
Market isu nama Allah di Malaysia sangat tinggi
Jadi sesiapa (NGO / parti politik) yang bercakap tentang isu ini akan mendapat perhatian
Lagi-lagi dah dekat nak pilihan raya ni
Lagi la nak tonjolkan diri
Tapi takde pula pemimpin-pemimpin Umno ni nak cakap pasal "Sharifah Listen"
Kesian Kak Pah
Hahaha!!!

Malam Esok kita listen dan let her speak
Hahaha!!!


Press Statement Sharifah #Listen


P/s: Malam esok kita penuhi Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall
We listen and let her speak
Hahaha!!!


Friday 18 January 2013

Ini Bukan Soal Komunikasi, Ini Soal Agenda Pembodohan

MBM: 'Kontroversi Bawani-Sharifah hanya isu komunikasi' - Sinar Harian


SHAH ALAM - Kontroversi hangat di laman sosial yang digelar 'fenomena listen', membabitkan pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani dan Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin hanya isu komunikasi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kontroversi berkenaan adalah masalah komunikasi antara dua individu terbabit.

Beliau berkata, kejadian sedemikian dapat dielakkan sekiranya individu terbabit mengamalkan sikap profesional dan saling menghormati tanpa dipengaruhi emosi semata-mata.

"Dalam forum itu, Bawani sebagai peserta berhak mengemukakan soalan kepada panelis, namun dia perlu menghormati majlis dengan mengemukakan soalan atau pandangan yang wajar.

"Keadaan buruk dapat dielakkan sekiranya sesuatu pandangan itu disalurkan secara tuntas, matang dan beradab tanpa berniat untuk mencabar mana-mana pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Maliki berkata, sebagai panelis yang dijemput khas, Sharifah Zohra pula perlu bijak, tenang dan profesional serta menunjukkan kematangan dalam menghadapi situasi demikian.

"Dia perlu mengawal perasaan sebaik mungkin dan perlu elak daripada keluarkan pernyataan berbentuk emosi dan berbau sindiran. Ini kerana 'kata-kata adalah pancaran pemikiran' seseorang," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Maliki berkata, pengguna media sosial juga perlu matang dalam mengulas isu berkenaan. Manakala penganjur program perlu memberi penjelasan tentang keadaan sebenar.

"Apa yang kita lihat dalam video yang tersebar di internet itu tidak menggambarkan keseluruhan perjalanan forum berkenaan. Justeru, pihak penganjur perlu beri penjelasan keadaan sebenar," katanya.

Klip video selama 24 minit yang dimuatkan di Youtube itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di dalam forum berkenaan.

P/s: Tak kisah la masalah apa pun
Hampir 100% mahasiswa/i di Malaysia ni tahu agenda pembodohan yang dilakukan di universiti
BTJ pun kadang-kadang tak faham
Ia sebenarnya sebuah agenda pembodohan atau dasar pembelajaran sememangnya begitu
Ramai juga pensyarah di IPTA / IPTS Malaysia ni yang ego
Jika pelajar bangun bertanya dan menyuarakan kritikan
Dikatakan sudah pandai
Kurang ajar dan macam-macam lagi
BTJ sendiri lulusan IPTA Malaysia
Jadi BTJ tahu apa realiti yang terjadi

Namun, BTJ tetap bersyukur kerana lahir di Malaysia
Mempunyai Presiden Majlis Belia yang baik begini
Jika kata tak baik nanti disuruh tinggal di negara lain pula
Hahaha!!!

BTJ cadangkan supaya Presiden MBM dijemput sebagai panelis di forum ini
Macam mana la penganjur boleh lupa nak jemput
Orang penting dalam NGO belia Malaysia ni
Tak pasal-pasal kena duduk negara lain nanti
Hahaha!!!


Bukti agenda pembodohan di Malaysia

Pelajaran Percuma: Mahathir Mudah Lupa

BTJ sedut gambar ini dari facebook page PAS Selangor
Memang sudah lama janji ini dibuat
BTJ pun belum lahir lagi
Hahaha!!!


BTJ rasa insan dalam keratan akhbar di atas ni pasti Mahathir kan?
Beliau sendiri pun pernah ketengahkan dasar ini
Bukan sahaja ketengahkan
Tetapi dah macam janji
Janji ditepati atau janji dicapati?!!!

P/s: Tetapi realiti sekarang macam mana?
Mahathir masih ingatkah?
Atau sudah lupa?
Atau tak berapa ingat?

Fenomena #listen masih segar dalam ingatan!
Hahaha!!!


Wednesday 16 January 2013

Bekas Pegawai JPN Dedah Komplot SPR

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC - Mkini

Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.

P/s: Patut la UmnoBN boleh memerintah lama
SPR jadi tali barut UmnoBN rupanya
Adakah semua ini akan berulang di PRU13?
Rakyat semua siap sedia
Jika pilihan raya dirancang SPR untuk menipu
Rakyat akan turun ke jalan raya!!!
Ini amaran rakyat!!!



Tragedi 'listen' Menjadi Bukti Kerajaan Kongkong Mahasiswa

Gambar ni macam biasa
BTJ sedut dari facebook
Terima kasih kepada pemilik gambar

Lama dah BTJ tak tengok pensyarah UKM ni di kaca TV
Dulu selalu tengok sebab beliau ni moderator dalam rancangan HUJAH yang disiarkan di TV9
Sekarang ni BTJ tak pasti rancangan tu ada lagi atau tak
Tapi yang BTJ tahu dan pernah tengok
Beliau ni dah tak jadi moderator dalam rancangan tersebut
Rancangan tersebut terus jadi tak menarik untuk ditonton
Sangat membosankan
Tak panas langsung isu-isu yang diketengahkan
Dah macam jadi platform untuk Umno menyebarkan agenda pembodohannya je

Syabas Dr. Agus
Pensyarah-pensyarah lain di Malaysia perlu bangkit
Buktikan bahawa anda semua adalah pensyarah
Bukan pencacai
Bukan kangkong

P/s: Universiti adalah universiti
Bukan sekolah tadika
Hanya duduk dan dengar
Tapi di UUM lain sikit
Duduk dan tepuk tangan
Hahaha!!!



Tuesday 15 January 2013

TV3 Double Standard, Masalah Air Di Rompin Telah Lebih 50 Tahun Tidak Dilaporkan

Ini adalah keratan akhbar Sinar Harian edisi Pahang
BTJ sedut dari facebook
Panas juga hati
Kisah air di Selangor mendapat liputan yang besar
Ada pula NGO yang terlampau cerdik
Air yang tiada, tong dibekalkan
Memang sangat cerdik
Rakyat Malaysia tolanglah jangan dibodohkan puak yang terlampau cerdik ni
Kisah air di Rompin ini pula dipandang sepi
Paling sedih dah kurang lebih 50 tahun takde bekalan air
Jangankan air, tong pun takde yang nak bagi
Listen!
Listen!
Listen!
Let me speak!
Umno bullshit!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Budaya Pembodohan UmnoBN Masih Berleluasa

Gambar ini BTJ sedut dari facebook
Terima kasih kepada pemilik gambar ini


Inilah antara sebab mengapa Stadium Merdeka dipenuhi rakyat masa #KL112
Inilah sebabnya rakyat sudah muak dengan UmnoBN
Inilah sebabnya rakyat sudah menyampah dengan UmnoBN
Inilah sebabnya mahasiswa/i telah bangkit melawan UmnoBN
Inilah sebabnya PRU13 rakyat Malaysia wajib undi selain UmnoBN

Inilah salah seorang yang menjadi agen dalam strategi pembodohan UmnoBN


P/s: Kesian kat cik Pah
Hari ini menjadi terkenal dalam sekelip mata sahaja
#listen
#letmespeak
#poorah!!!
Hahaha!!!


Video: Listen! Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan Rupanya

Mohon tonton video ini dengan senyap dan tumpukan perhatian
Listen! Listen! Listen!
Hahaha!!!


Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan rupanya
Hahaha!!!


P/s: Listen! Listen! Listen!
Yes, listen to me first
Poorah!!!
Hahaha!!!

Monday 14 January 2013

Mari Tengok Gambar #KL112 Versi panorama

Sempat edit jap tadi
Satu gambar BTJ kasi pakej tiga panorama
Lihat dan nilai sendiri
Gambar muka depan Sinar Harian hari memang bukan menipu
Rais Yatim tolonglah percaya dan terima hakikat
Hahahah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Lagi Kes UmnoBN Pergunakan Kanak-kanak


Gambar ini BTJ sedut dari facebook
Terima kasih dan kredit kepada pemilik gambar

Ya, gambar ini memang terbaik
UmnoBN memang mesra dengan kanak-kanak
Sokongan rakyat Malaysia terhadap UmnoBN jelas telah meningkat
Hingga kanak-kanak ini dengan suka dan rela mengangkat bendera BN

Cuma BTJ ada satu soalan
Mana ibu bapa kanak-kanak ini?
Siapa yang bawa kanak-kanak ini?
BTJ pasti gambar ini menunjukkan situasi sebuah perhimpunan
Erm..tak salah pula ada kanak-kanak dalam perhimpunan ini?

P/s: Cuba teka berapa ringgit kanak-kanak tu dapat sebagai upah?
Mengikut pengalaman BTJ
Mungkin dapat mungkin tak dapat!


BTJ Bersama Komrad Dari Temerloh #KL112


Kredit kepada pemilik gambar
Hanya sebaris ayat sahaja untuk gambar ini

Rakyat Pasti Menang!

Sunday 13 January 2013

Stadium Merdeka Dipenuhi Rakyat #KL112

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perbezaan Akhbar Pencacai Dan Akhbar Sebenar

Gambar ni BTJ sedut dari facebook
Sangat jelas
Inilah beza media pencacai dengan media pro rakyat
Bagi BTJ
Wartawan media pencacai mesti dikutuk sekeras-kerasnya
Mereka melanggar etika kewartawanan
Etika kewartawanan ialah menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat
Jadi sekarang telah terbukti berdasarkan gambar di atas
Mana yang benar dan mana yang putar alam
Konklusinya mudah
Kita wajib boikot media pencacai!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Menafikan Laporan Buletin Utama TV3

Terbaiklah!
Tahniah dan syabas kepada akhbar Sinar Harian kerana tidak bias dalam menyiarkan berita
Tidak memutar belitkan fakta
Paling penting
Tidak menipu rakyat
Mavam TV3 dan Utusan
Hahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Sebuah mesej kepada regim
Rakyat sudah bersedia untuk berubah
Jalan raya atau pilihan raya
Ubah tetap ubah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9