Friday 30 November 2012

Naib Ketua Wanita Umno Semporna Tolak Umno, Anda Bagaimana?

Naib Ketua Wanita Umno Semporna sertai PKR - Sinar Harian


(Dari kiri) Ab Habi, Kalasahan dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.

"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.

Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.

"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.

"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.

AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.

"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.

"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.

Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.

"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.

P/s: Semenjak 2 menjak ni hari-hari serang PKR, PAS dan DAP
Ketua Pemuda sifatkan PR sebagai "Pakatan Durjana"
Presiden Umno minta maaf
Akhirnya Naib Ketua Wanita Umno Semporna sertai PKR
Hahaha!!!




Gambar & Video Di Dalam: Mana Perginya Pembela Melayu Membela Peniaga Danau Kota?


Post ini disalin sepenuhnya dari blog Anak Sungai Derhaka


Akhirnya budi Peniaga Burger depan rumah Ambiga dibalas oleh UMNO.. (Video Inside)


Ingat lagi tak sebuah NGO yang mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga kerana memprotes tindakan Ambiga kerana menggerakkan BERSIH 3.0 dulu?


NGO dengan nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu telah memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Setelah bermati-matian menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO yang menentang BERSIH 3.0 itu.. semalam budi mereka terhadap UMNO telah dibalas oleh UMNO melalui DBKL..

Ini laporan dari KL Today..

DANAU KOTA – Isu Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota semakin panas apabila empat peniaga ditahan polis dalam situasi tegang, malam kelmarin.

Kekecohan yang berlaku hampir dua jam itu melibatkan kira-kira 200 peniaga Uptown Danau Kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas perbincangan berhubung isu penutupan aktiviti berniaga pada hari Isnin dan Selasa menemui jalan buntu.

Sebelum itu, perbincangan berlangsung dalam keadaan tegang antara Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim; Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah 1 Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja (JPPP) DBKL, Saifol Mazli Ahmad.

Keadaan semakin kritikal apabila DBKL mengarahkan tiga gerai yang dibuka pada malam itu ditutup atau berdepan tindakan sita.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga tidak berganjak dan mengancam mahu membakar gerai tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu.

Kedegilan peniaga terbabit bagaimanapun membawa padah apabila pemilik gerai tersebut ditahan polis.

Empat peniaga tersebut di bawa ke Balai Polis Setapak untuk disiasat di atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Ketegangan di situ dileraikan kira-kira jam 11.45 malam hasil kerjasama kira-kira 80 anggota DBKL dan juga anggota polis dari Balai Polis Setapak.

Fauzi menafikan peniaga mahu menentang pihak berkuasa tetapi berasa dimalukan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, apa peniaga mahu tercapai iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat negara ini bahawa peniaga-peniaga Melayu di Uptown Danau Kota kini ditekan dan beliau turut mendakwa terdapat unsur rasuah di Uptown Danau Kota.

“Selama ini apa yang peniaga mahu adalah lanjutan tempoh berniaga sempena cuti sekolah tetapi permohonan kami ditolak dengan alasan aduan penduduk oleh DBKL.

“Walhal masalah ini bukan berpunca daripada peniaga tetapi disebabkan oleh segelintir pihak yang tamak dan wujudnya unsur rasuah sehingga peniaga menjadi mangsa kepada isu ini,” katanya.

Fauzi berkata, peniaga-peniaga tidak akan berganjak dan akan mempertahankan Uptown Danau Kota kerana ia milik rakyat.

Keputusan DBKL jelas

Saifol Mazli berkata, keputusan DBKL tidak membenarkan aktiviti perniagaan pada hari Isnin dan Selasa telah diputuskan.

“Peniaga harus menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

“Pada masa sama, DBKL akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan kepada peniaga yang ingkar,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kira-kira 200 peniaga akan membuat laporan polis bagi menyatakan sokongan kepada pihaknya dalam membantu peniaga di situ.

“Ikhlas tidak akan berganjak dalam isu di Danau Kota dan sekiranya masih tidak selesai, isu ini akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita akan berarak ke Parlimen.

“Ikhlas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam penganjuran bazar di Uptown Danau Kota,” katanya.

Berikut pula adalah video dari Free Malaysia Today..



Kenapa nak marah?? penghargaan dari pemimpin UMNO buat korang tu...

Pasal Apa Najib Minta Maaf?


Sila baca bukan dengan sentimen kasihan
Sila baca dan lihat gambar ini dengan kebijakan
Kemudian timbulkan persoalan
Kenapa Najib minta maaf?

Selama ini yang dipaparkan media arus perdana hanyalah penafian semata-mata
Semuanya hampir 100% baik sahaja
Parti lawan pula yang disifatkan durjana
Tetapi kali ini dia minta maaf

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

P/s: Nak tahu kenapa jom turun Himpunan Kebangkitan Rakyat!
Nak tahu kenapa jom turun demo!
Hahaha!!!







Ada Lihat Wajah Ini Di Pentas Perbahasan Pemuda Umno


Ucapannya bergegar-gegar
Inilah pembela Melayu
Inilah pembela Islam
Tiada niat untuk mengaibkan
Tetapi inilah hakikatnya

P/s: Tak pasti mamat ini Melayu atau tidak. Jika Melayu, apa etniknya?



Mari Kita Ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember Ini




Bangkitlah rakyat Pahang
Bangkit bagai Bahaman menentang penjajah!
Mohon kepada semua untuk sebarkan
Terima kasih

Setelah bangkit kita ke demo ini!



Wednesday 28 November 2012

Video: Sambut Hari Jadi Ala-ala Barat, Apa Komen Mufti & Ulama Umno?


Tak terkejut
Tak terperanjat
Tak melatah
Tak melompat
Tak mencarut
Bila melihat video ini

Tapi aku kisah
Kerana rakyat melarat
Kerana rakyat merana
Kerana rakyat bersusah payah untuk meneruskan hidup
Rakyat disuruh berhutang
Puak elit hidup senang

Lagi aku kisah
Orang-orang ini beragama Islam
Kononnya Ketua Agama
Disifatkan pakar agama pula "bayangan Allah"
Ini bukan sebarang orang
Hendak kenal datanglah ke Pahang






Bina Kem Blockade Anti Lynas Di Balok, Himpunan Hijau Terus Mara

Dari facebook page: Himpunan Hijau 2.0: Langkah Lestari

KENYATAAN MEDIA HIMPUNAN HIJAU
28 November 2012

21 November 2012 merupakan hari yang menyedihkan bagi negara kita. Sempena rakyat berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka untuk mempertahankan hak kehidupan mereka, Lynas yang bersekongkol dengan pihak berkuasa telah mengancam tanah air kita. Pada lewat malam yang penuh dengan kerahsiaan itu, mereka telah membawa masuk lebih 100 kontena yang mengandungi bahan mentah ke Malaysia. Yang betul-betul menyakitkan hati rakyat adalah agensi kerajaan seperti pihak pelabuhan, kastam dan polis telah melanggar semua prosedur operasi biasa dengan memudahkan pengimportan bahan-bahan toksik ini ke tanah air kita.

Rakyat yang bertanggungjawab tidak akan bertoleransi dengan gejala yang mengancam kedaulatan dan maruah kita seperti ini.

Perbuatan sebegini jelas menunjukkan salahlaku secara konsisten oleh korporat asing bernama Lynas ini. Syarikat tersebut memasuki Malaysia melalui pintu belakang. Orang awam hanya mengetahui projek ini selepas liputan dibuat oleh New York Times, selepas projek pembinaan sudah hampir disiapkan.

LAMP diluluskan secara luar biasa dan melanggar semua prosedur dan peraturan biasa. Kajian Impak Alam Sekitar (DEIA) tidak dirangkumi dalam proses kelulusan.

Di bawah bantahan rakyat yang kuat selain sebelum mematuhi semua peraturan dan prosedur, TOL sudah dianugerah melalui cara yang meragukan. Sekarang, bahan mentah juga diimport melalui kaedah yang tidak jauh berbeza. Daripada salahlaku korporat yang konsisten ini, tidak hairan jika pembuangan sisa radioaktif juga dibuat melalui cara yang sama.

Selepas rakyat menyempurnakan perjalanan mereka pada 26 Nov 2012, jawatankuasa Himpunan Hijau telah mengadakan beberapa mesyuarat yang padat. Jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mempergiatkan kempen menentang LAMP dengan mendirikan Kem Pengkalan Blockade Anti Lynas di Balok, Kuantan. Objektif utama kem pengkalan ini adalah untuk menggembeling tenaga rakyat dari seluruh Malaysia untuk mengganggu serta melumpuhkan operasi loji Lynas. Kem Pengkalan ini berperanan sebagai pusat pimpinan dan pelaksanaan kegiatan-kegiatan menentang Lynas, antaranya termasuk penyebaran maklumat, pameran dan pendaftarn untuk pejuang-pejuang hijau. Kam pengkalan tersebut akan diisi oleh petugas-petugas sepenuh masa supaya dapat berfungsi secara efektif.

100 pemimpin utama yang telah berjanji akan bersama rakyat di barisan depan Blockade juga akan menggunakan kem pengkalan tersebut sebagai pusat motivasi dan rekrutan.

Kem tersebut dijangka akan didirikan pada minggu depan. Program dan maklumat lanjut akan diumumkan nanti.

Jawatankuasa Pemandu HIMPUNAN HIJAU





P/s: Bako je kilang Lynas tu

Kita bako je..bako je..





Pendedahan Bekas KPN, Ada Campurtangan Pihak Lain Dalam PDRM


Musa Hassan dedahkan UMNO memperkudakan Polis - Blog Anak Sungai Derhaka


Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

~ The Malaysian Insider

P/s: Dedah jangan tak dedah
Biar sampai terbogel UmnoBN
Hahaha!!!





Tuesday 27 November 2012

Bagaimanakah Cara Dan Adakah Mampu Untuk Hapuskan PTPTN? Ini Jawapannya (Mohon Baca & Sebarkan)


Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN


Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.
Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.
Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?
Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.
Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.
Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.
Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.
Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?
Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.
Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.
Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:
Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.
Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.
Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.
Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.
Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.
Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.
Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?
Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.
PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.
Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.
Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.
Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.
Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.
KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.
Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.
Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:
RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:
 RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.
Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.
Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.
Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.
Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.
Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.
Soal Jawab PTPTN - sila download PDF untuk risalah Soal Jawab

Sumber: http://rafiziramli.com/2012/04/soal-jawab-ptptn-kita-mampu-hapuskan-ptptn/

GEMPAR: LIVE Dari Singapore: Siaran Langsung Taklimat Scorpene Oleh Peguam Perancis Hari Ini @KLCAH Jam 12PM

Post ini BTJ salin bulat-bulat dari blog asal. Sila klik di sini untuk lihat post asal.

[GEMPAR] LIVE Dari Singapore: Siaran Langsung Taklimat Scorpene Oleh Peguam Perancis | 27Nov | 12tgh | KLSCAH |



MEDIA ADVISORY

LIVE dari singapura ‘Siaran Langsung Taklimat Scorpene Oleh Peguam Perancis’

Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 12.00 tghari
Lokasi: KLSCAH (Dewan Himpunan Cina KL/Selangor)

Pertanyaan: 010-2675872

Telah yang dijangkakan, peguam dari Perancis akhirnya tidak diberi laluan untuk membuat taklimat mengenai isu Scorpene di Malaysia dan terpaksa memilih Hotel Changi Village, Singapura sebagai lokasi alternatif menyampaikan taklimat.

Seperti yang dijanjikan, SAMM menyediakan ruangan awam untuk siaran secara LIVE dari Singapura untuk sepanjang sesi taklimat peguam Perancis. Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH jam 12tghari (27nov).

Satu sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat.

ORANG RAMAI DAN SEMUA PENGAMAL MEDIA ADALAH DIJEMPUT HADIR

Mengapa Kerajaan Malaysia Takut Peguam Ini?

Apakah perkara/maklumat terbaru yang bakal disampaikan dalam taklimat peguam Perancis ini??

yang penting untuk diketahui:

1- siapa lelaki ke tiga
2 – apa peranan altanuya
3 – siapa dia aminah abdullah?
4 – siapa dapat passport malaysia?

BAGAIMANA DUIT DIBAYAR
- syarikat siapa?
- alamatt di mana?
- siapa tuan yang ambuil duit?

APA PERANAN NAJIB
- di mana mereka berjumpa?
- kenapa altantuya di bunuh?

SEMUA INI DALAM TANGAN PEGUAM PERANCHIS
- termasuk gambar najib dabn altantuya
- termasuk bil makan dlam restoran
- termasuk bil hotel 

Kenyataan awal SAMM adalah seperti di bawah;

Kenyataan Media
23 November 2012

SAMM Cabar Kerajaan Bagi Laluan Peguam ‘Scorpene’ Perancis Masuk Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada ahli parlimen di Parlimen Malaysia. Ahli parlimen juga tanpa mengira warna kepartian harus bersama mendengar taklimat yang akan disampaikan kerana perkembangan isu Scorpene sangat penting.

Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene. Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang telah diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan.

SAMM sekali lagi ingin menegaskan sekiranya tiada berlaku rasuah atau apa jua kesalahan serius maka tiada sebab untuk peguam dari Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham dihalang untuk masuk ke negara ini. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan takut sehingga peguam yang sama pernah diheret keluar dari negara ini pada 22 Julai tahun lalu?

SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia. Kerajaan juga digesa untuk memberi jawapan kebenaran lebih awal, boleh atau tidak boleh? Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan ‘tidak boleh’.

Untuk memastikan orang ramai mendapat first hand information SAMM akan menyediakan satu ruang awam untuk rakyat ikuti taklimat peguam Perancis di parlimen secara siaran langsung, akan dimaklum dalam sedikit masa. Selain itu, SAMM juga bercadang untuk membawa William Bourdon ke Jelajah Scorpene SAMM-Suaram siri ke-5 di Kuala Terengganu pada 30 November ini.

Kehangatan isu Scorpene berada di kemuncaknya apabila SAMM kini sedang dalam jelajah ke seluruh negara juga dikenali sebagai LeTourDeScorpene dan disambut hebat dalam 4 siri sebelumnya di empat buah negeri, menjadi bukti isu Scorpene adalah isu yang dekat dengan rakyat. Bersekutu dengan Suaram, Jelajah Scorpene kini menuju siri ke-lima di Kuala Terengganu sebelum beberapa siri lagi akan menyusul di Selangor dan Perak.Sekian 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM