Friday 31 August 2012

Sekitar Perhimpunan Janji Demokrasi @Dataran Merdeka IV

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sekitar Perhimpunan Janji Demokrasi @Dataran Merdeka III

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sekitar Perhimpunan Janji Demokrasi @Dataran Merdeka II





Published with Blogger-droid v2.0.8

Sekitar Perhimpunan Janji Demokrasi @Dataran Merdeka I

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sang Saka Malaya Berkibar Di Dataran Merdeka

BTJ salute kat anak muda dua orang ni
Tak sangka ada yang berani ke dataran dengan membawa bendera Sang Saka Malaya
Hasil dari keberanian mereka berdua ini
Kebanyakan pelayar media sosial sedang hangat membincangkan tentang isu bendera ini
Secara tidak langsung ramai anak muda kini tahu bahawa Tanah Melayu dahulu punya bendera tersendiri
Motif merah dan putih adalah motif nusantara
Lihat bendera Indonesia dan Singapura

P/s: Mungkinkah Jalur Gemilang akan berubah wajah?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 30 August 2012

Sila Ambil Perhatian Kepada Semua Peserta Janji Demokrasi Malam Ini

Sila salin nombor yang tertera dalam gambar
Jika apa-apa berlaku
Sila hubungi nombor tersebut
Mari kita turun ramai-ramai malam ini
Kira raikan Dataran Merseka dengan jiwa Merdeka!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Malam Ini Rakyat Akan Membanjiri Dataran Merdeka

Ingat temujanji kita malam ini
Tunjukkan semangat kemerdekaan anda semua yang sebenar
Kita jumpa malam nanti di sana
Ayuh semua anak-anak merdeka kita raikan kemerdekaan bersama Janji Demokrasi / Janji Bersih!



P/s: Merdeka Jiwa Rakyat!



Wednesday 29 August 2012

Kakitangan Awam Akan Pilih Perubahan

PM: Beranilah bebas dari pemikiran tradisonal -  Mkini


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa penjawat awam membebaskan diri daripada pemikiran tradisi untuk maju mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Saya selalu menggesa supaya kita mempunyai keberanian untuk memisahkan diri daripada pemikiran tradisional, untuk menjadi berani untuk memecahkan halangan mustahil dan untuk mengasaskan prestasi kita dengan kreativiti dan inovasi," kata Najib.

Perdana menteri berucap demikian dalam ucapannya di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur ketika menyampaikan Anugerah Inovasi Perdana Menteri kepada pusat perubatan itu atas pengurusan cemerlangnya.

Cabaran Malaysia pada hari ini, kata Najib, untuk menjana kekayaan baru dalam dunia yang kompetitif.

P/s: Najib menggesa penjawat awam membebaskan diri daripada pemikiran tradisi
Apa maksudnya ni?
Siapa tahu?
Biar BTJ cuba teka
Ini maknanya kakitangan awam diseru membuat perubahan
Pemikiran tradisi itu merujuk pemikiran tradisi Melayu untuk mengundi UmnoBN
Jadi PRU 13 nanti kakitangan awam mesti berubah
Undilah Pakatan Rakyat!
Hahahaha!!!

Perhimpunan Wajib Hadir Bagi Rakyat Yang Merdeka!!!

Tuesday 28 August 2012

Dataran Merdeka Adalah Milik Rakyat

Mengapa susah sangat nak berhimpun di Dataran Merdeka?
Bukankah itu dataran yang menjadi simbol kemerdekaan bagi rakyat Malaysia yang merdeka?
Mengapa tidak dibenarkan rakyat hendak berhimpun di sana?
Apa maknanya merdeka jika rakyat dilayan sebegini rupa?

Mari kita rakyat Malaysia yang merdeka kita banjiri Dataran Merdeka!
Dataran itu milik rakyat Malaysia yang sah!
Milik rakyat Malaysia yang mencintai kemerdekaan!
Milik rakyat Malaysia yang menghargai perjuangan semua bangsa untuk memerdekakan bumi Malaysia ini!


P/s: Merdeka Jiwa Rakyat!

Mari Semua Ke Himpunan Hijau Raub

Ini himpunan untuk menghijaukan Raub
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Pahang
Ini himpunan untuk menghijaukan bumi Malaysia
Mari turun ramai-ramai sokong himpunan hijau ini


P/s: Sebelum bumi Malaysia ini musnah, mari kita hijaukannya!

Saturday 25 August 2012

Harga Kereta Di US Lebih Murah Dari Harga Di Malaysia?

Biar betul!
Sangat jauh bezanya
Untung kerajaan
Patut la kerajaan Malaysia kaya
Banyak hasil
Semuanya hasil ketuk rakyat!

Sumber: laman sosial facebook

Published with Blogger-droid v2.0.6

Aidilfitri Di Pahang Tanpa Bekalan Air Bersih

Betul ke berita ni?
Berdasarkan berita TV3
Bukankah masalah air tidak bersih ini berlaku di Kelantan?
Masalah tiada bekalan air di Selangor?
Tidak pula pernah dilaporkan masalah air ini juga berlaku di Pahang
Di negeri yang ditadbir UmnoBN
Di negeri PM Malaysia sendiri
Bagaimana masalah seperti ini boleh berlaku di Pahang?
Cadangannya untuk membekalkan air bersih ke Selangor tetapi di negeri Pahang sendiri berlaku masalah
Inikah bukti janji ditepati atau janji diketupati?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 16 August 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri 2012

Ramadhan sudah tiba ke penghujungnya dan Syawal sudah semakin hampir. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Eidulfitri.

Ramadhan kali ini mungkin ada yang menang dan mungkin ada yang tewas. Namun bagi BTJ pula tiada kemenangan atau tewas, hanya merintis pengalaman untuk Ramadhan yang lebih baik tahun yang akan datang.

Di kesempatan ini BTJ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Syawal kali ini disambut dengan kegembiraan dan paling penting diberkati oleh Allah. Di sesetengah tempat umat Islam sedang berdepan dengan kesusahan, BTJ doakan semoga sinar keamanan itu akan kembali menerangi.

Tidak lupa juga, ampun dan maaf BTJ pinta dari semua pembaca jika ada sebarang penulisan dan komentar BTJ yang mengguris atau menyakitkan hati. Ia hanyalah sekadar penulisan dan komentar dan tidak lebih daripada itu.

Akhir sekali BTJ ingin berpesan kepada semua pengguna jalan raya di luar sana, berhati-hatilah di jalan raya.

Salam Eidulfitri.

Batu Tepi Jalan

Wednesday 15 August 2012

Tak Dapat Lawan Jumlah Fake Twitter PM Malaysia


Mengapalah BTJ tidak ramai "pengikut hantu"
9% sahaja tak cukup
Tak dapat nak lawan Twitter PM Malaysia yang begitu popular
Ucapan tahniah BTJ berikan
Hahahaha!!!


Sumber: http://beritasemasa.com/gambar-twitter-pm-najib-razak

Ini Janji Kita!

Ingat Temujanji Kita Merdeka Ini


Adalah diharapkan ini merupakan sambutan kemerdekaan yang berlainan dari tahun-tahun sebelumnya semenjak merdeka
Diharapkan sambutan ini akan mendidik rakyat anak muda untuk menjiwai kemerdekaan
Diharapkan sambutan ini akan mendidik rakyat anak muda untuk mengerti erti merdeka
Diharapkan sambutan ini akan mendidik rakyat anak muda untuk menghayati semangat kemerdekaan

Ayuh anak-anak muda kita banjiri Dataran Merdeka
Dataran itu milik kita rakyat anak muda yang merdeka

Monday 13 August 2012

Inikah Logo Rasmi Hari Kebangsaan Yang Baru?

Malam ini tidak sengaja terbuka siaran RTM2
Terlihat logo kemerdekaan yang lain dari sebelumnya
Mungkinkah ini yang terbaru?
Tetapi hanya ada di RTM2
RTM1 logo lain
Dan TV3 suku terus tidak ada
Nampaknya pelbagai logo digunakan
Namun tetap tidak dapat lawan logo yang digunakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat!
30 Ogos jam 10 malam di Dataran Merdeka kita Janji Bersih!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Apa Itu Seksyen 114A? Mari Kita Bantah!

Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?

Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.

Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.

Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.

Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!



Jika DAP Haram, UmnoBN Haram Jadah?

Tiada tindakan terhadap Abdullah Saamah - Sinar Harian

SHAH ALAM – Majlis fatwa Kebangsaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Saamah berikutan kenyataannya, haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” katanya mengulas saranan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengambil tindakan dan menegur Abdullah Samaah.

Menurut Maszlee, kenyataan itu mencetuskan provokasi dan mungkin membuka jalan kepada ekstremis bangsa serta golongan subversif menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

P/s: Lagi pelik lagi ajaib
Haram bagi umat Islam menyokong DAP
Ini kerana DAP telah menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud

Bagaimana dengan UmnoBN?
Bagaimana dengan MCA?
Ada tak amna-mana mufti atau ulama' Umno yang boleh tampil menjawab dua persoalan ini?

Jika ada yang kata selama ini UmnoBN + MCA memang menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, sila semak daftar warganegara individu tersebut!
Hahahahaha!!!

LCW Dapat RM500 Ribu, Pandelela Bagaimana?

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000 - Sinar Harian

PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.

"Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.

Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata, beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di Sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya. - Bernama

P/s: Wah, untung la LCW dapat durian runtuh
Kalah durian runtuh yang diberi kepada warga Felda
Hahahahahaha!!!
Bagaima pula dengan Pandelela Rinong yang memang pingat gangsa?
Kurang-kurang dapat RM250 ribu
Takkan PM nak buat tak tahu je kot!

Hotel Bajet Diserbu, Hotel Mewah Dilindungi?

Pasangan beri alasan penat, elak dicekup - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah. 

“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

P/s: Sangat pelik dan sangat ajaib..mengapa hotel bajet yang selalu jadi sasaran serbuan?
Hotel yang tak bajet dan mewah berbintang-bintang tu tak serbu ke? Hahahahaha!!!

Friday 10 August 2012

Video: Perompak Bawah Umur Yang Ganas & Bersenjata

Video 1

Video 2


BTJ juga pernah melalui zaman remaja begini
Cuma BTJ bersyukur sebab tidak terlibat dan terpengaruh untuk bersifat ganas begini
Mungkin hati kita marah
Mungkin hati kita geram
Apabila melihat video ini
Cuma kadang-kadang kita perlu memikirkan sebab musabab remaja bersifat begini
Kita tidak tahu akan situasi sebenar mereka
Mungkinkah mereka ini kekurangan kasih sayang?
BTJ bukan hendak membela remaja yang ganas dalam video ini
Cuma BTJ kasihan kerana mereka terjebak untuk berlaku begini
Moga mereka akan sedar dan insaf
Moga Tuhan akan memberi mereka hidayah

Sumber: Youtube

Protes Tolak Syabas

Memanjangkan hebahan di laman sosial facebook

Dari facebook page FREE EO6 - Kembalikan Hak Air Rakyat Sgor - Tolak SYABAS!Jom turun protes & edar risalah 12 Ogos 10am hdpn Pej. SYABAS Kajang (dkt hospital Kajang)



Thursday 9 August 2012

Bersama Pak Samad Di Himpunan Janji Bersih

Lebih 20 NGO anjur Himpunan Janji Bersih - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini.

"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ia nya sekadar janji kosong semata-mata.

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia, berkumpul di setiap pelosok negeri dengan memakai baju tema berwarna kuning tanda meraikan hari kemerdekaan nanti,” katanya.

Samad berkata, pihaknya tidak akan menghantar permohonan mendapatkan permit kebenaran perhimpunan.

“Tujuan perhimpunan ini, bukan untuk mengadakan demonstrasi, sambutan kemerdekaan harus diraikan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, pada malam tersebut beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Kemerdekaan.

Logo Baru Sambutan Kemerdekaan















P/s: Ayuh kita banjiri Dataran Merdeka. Kita Janji Bersih untuk Malaysia!

Logo Rasmi Kemerdekaan 2012

Ini logo yang terbaik
Pereka Malaysia memang berbakat
Sangat sesuai untuk sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini
Marilah kita menggunakan logo ini




P/s: Malam merdeka kita Janji Bersih di Dataran Merdeka :)

Peringatan Kepada Penduduk Putrajaya & Sekitarnya

Awas kepada pemandu kenderaan sekitar Putrajaya
Amaran kepada pemandu kenderaan sekitar Putrajaya
Sila perlahankan kenderaan anda
Jika tidak
Anda akan menjadi penyumbang kepada pendapatan negara
Pendapatan negara ini akan digunakan oleh UmnoBN untuk kempen mereka
Hahahaha!!!


Sumber gambar: Laman sosial mukabuku

P/s: Senanglah kerja polis lepas ni :)

Milik Siapakah Kereta Mewah Dengan Nombor Pendaftaran Ini?

Gambar ini BTJ dapat dari laman sosial mukabuku
Dari info yang diperolehi
Gambar ini baru diambil dari London iaitu sewaktu sukan Olimpik sedang berlangsung
Jadi ada la rakan dari sana mengirim gambar ini kepada pemberi info di laman sosial mukabuku

Dengar khabarnya isteri PM Malaysia telah berlepas ke sana
Untuk menonton Perlawanan badminton Chong Wei bertemu Lin Dan
BTJ ada satu harapan
Harap-harap ini bukan kereta isteri PM Malaysia

Hahahaha!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday 8 August 2012

Mari Janji Bersih Di Dataran Merdeka


KENYATAAN AKHBAR 9/8/12
HIMPUNAN JANJI BERSIH SAMBUTAN MALAM MERDEKA

Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.


Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.


Untuk merayakan tema ‘ JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.

Terima Kasih


NGO YANG TURUT BERSAMA JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Pemuda PRM
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama


NOTA:
esok jam 11:00
sidang akhbar
pak samad dan ngo yang bersama
di dewan china kuala lumpur

Friday 3 August 2012

Kerajaan Kelantan Beri Bonus, Kerajaan Negeri UmnoBN Bagaimana?

Kelantan juga umum bonus Aidilfitri - Sinar Harian

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

“Saya baru sahaja bersetuju dan menandatangi surat tersebut,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Negeri Kelantan yang dikatakan negeri termiskin oleh Najib boleh bagi bonus kepada kakitangan awamnya?
Sungguh tak percaya
sangat tidak percaya
Ini mustahil?!
Hahahaha!!!

P/s: Bila kerajaan negeri UmnoBN nak umumkan pemberian bonus? 
Harap-harap boleh la bagi lebih dari bonus yang kerajaan Pakatan Rakyat bagi
Hahahahaha!!!

Thursday 2 August 2012

UmnoBN Berkempen Dalam Masjid

Buka laman sosial muka buku baru tadi dan jumpa link blog tentang UmnoBN berpolitik dalam masjid
Apa lagi BTJ terus klik untuk lihat
Memang tak sangka
Betul-betul tak sangka
GAPS tak nak buat aduan ke pasal ni?
Takde ke NGO pro UmnoBN nak menyalak pasal ni?
Mungkinkah malam nanti akan muncul di media perdana kisah NGO atau jemaah masjid tidak puas hati pasal ini?
Jauh panggang dari api!



P/s: Selamat berbuka puasa dan jangan gunakan masjid untuk berkempen ye.. :)

Esok Kita Bersolidariti Bersama Umat Islam Rohingya


P/s: BTJ hanya dapat kirimkan doa buat umat Islam Rohingya

Jurufoto: Polis Paksa Saya Padam Gambar Kekerasan - Mkini


Inilah pengakuan dari seorang jurufoto. Bagi BTJ pengakuan ini tidak bias. Beliau hanya seorang jurufoto dan sudah tentu beliau mahu merakam sesuatu yang benar, bukan dusta. Mari baca keratan berita di bawah ini.

Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.

"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...

bersih 3 rally 160512 10"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan.

"Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.

Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.

"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan. - Mkini

P/s: Adakah pihak keselamatan yang bertugas sewaktu BERSIH 3.0 itu telah "menepati janji" mereka? Apakah janji pihak keselamatan? Sila tepuk dada dengan cota tanya Ketua Polis Negara!

Pahlawan Negara Sebenar Terima Anugerah


Pengaman di zaman darurat ini bermakna mereka inilah yang menghalang gerakan rakyat yang bangkit berjuang untuk memerdekakan Malaya.

Sempena Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan yang bakal tiba ini, pasukan yang menetang gerakan rakyat untuk merdeka menerima anugerah dan dianggap berjasa kepada negara.

Bagaimana dengan rakyat yang bangkit berjuang? Pernahkah jasa mereka dikenang?

P/s: UmnoBN tak pandai bezakan penjajah dan pejuang kemerdekaan ke?

Laman Sesawang NFC Di Hack

Berikut adalah gambar-gambar laman web NFC yang telah di hack.









BTJ telah mencuba untuk memasuki laman sesawang NFC buat masa ini tetapi tidak berjaya.
P/s: Bila NFC nak bayar balik wang RM250 juta tu?

Wednesday 1 August 2012

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Baru

Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' - Mkini

Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan juga akan membincangkan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Kita akan bincang (dengan) negeri terlibat dan harap kerajaan (persekutuan) akan guna slogan ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

P/s: Slogan yang agak menarik dan sudah pasti lebih baik dari sloga "Janji Ditepati". Hahaha!!!

Perhimpunan Aman Solidariti Bersama Umat Islam Rohingya

Ayuh semua rakyat Malaysia
Atas dasar kemanusiaan
Atas dasar bahawa bumi ini dicipta untuk semua manusia
Tidak kira bangsa, agama dan warna kulit


Rafizi Ramli Dibicarakan 10 September


Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dibenarkan ikat jamin RM15ribu seorang. Perbicaraan ditetapkan pada 10 September 2012 tetapi tetap di gari walaupun di bantah oleh barisan Peguam!!


Masa Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di hadapkan ke Mahkamah ada tak dia kena gari?

Masa bekas MB Selangor, Khir Toyo di hadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan Rasuah, ada tak korang tengok dia di gari


P/s: Walaupun digari, lawan tetap lawan!!!