Monday 30 July 2012

Saturday 28 July 2012

Lirik Lagu Haram Jadah

Tak sangka Rais Yatim pandai tulis lirik
Nampak macam menarik tapi haram jadah
Lirik lagu Hari Kebangsaan macam merayu undi
Tolonglah jangan tunjukkan kebodohan anda di bulan puasa ini

Anak-anak seni di luar sana boleh cipta lirik yang lebih baik
Boleh cipta lagu yang lebih sedap didengar

P/s: Berapakah harga untuk lirik lagi ini?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sama Tapi Tak Serupa

Memang pelik
Memang ajaib
Memang nampak sama
Memang takde idea
Memang haram jadah

P/s: Pereka yang buat rekaan logo ni ciplak rekaan gambar kat atas ni ke?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Siapakah Yang Menjadi Wali Kepada Isteri Fazley

Ini bukan BTJ yang kata
Ini orang dalam laman sosial muka buku yang kata
BTJ cuma memanjangkan sahaja

Sumber: laman sosial muka buku

P/s: Jika benar Farid Ismeth suami Rosmah Mansur pun apa salahnya. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday 27 July 2012

Mari Menyumbang Di Program Amal Ini

Program amal sebegini sangat baik dilakukan
Mohon kepada seluruh rakyat Malaysia di luar sana tidak kira siapa
Marilah membuat sumbangan
Sumbangan hari adalah untuk masa depan

P/s: BTJ mohon kepada semua supaya memanjangkan hebahan ini. Terima kasih.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 26 July 2012

Kempen Bantah Judi Anak Muda Pahang

BERSIHKAN BANDAR MUADZAM

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah akan bersama dengan Gabungan Gerakan Membantah Judi bagi memastikan Bandar Muadzam Shah bersih dari anasir perjudian melampau di daerah ini.

Dengan majoriti lebih 90% penduduk muslim di Bandar Muadzam Shah dalam daerah Rompin, tidak sepatutnya mesin judi dibenarkan berada di sini. Tiada tindakkan yang serius di ambil dari PBT Rompin ke atas pengusaha mesin judi 'kuda'. Serbuan sebelum ini menyaksikan hanya 6 mesin judi yang diangkut daripada ratusan mesin judi di beberapa pintu kedai dan tauke mesin judi masih bebas mengaut keuntungan berlipat-kali ganda daripada perniagaan mini kasino yang dijalankan.

Daripada pemerhatian SAMM Muadzam Shah, fenomena yang berlaku di Muadzam Shah ini adalah sangat merunsingkan di mana ketagihan terhadap mesin judi menyebabkan pelbagai kecelakaan berlaku di kalangan penduduk daerah Rompin. Jenayah awam seperti kecurian dan rompakan kecil meningkat, peneroka juga ada yang sengsara dan ada juga penjawat awam yang menghabiskan seluruh gajinya untuk mesin judi yang akhirnya anak isteri menjadi mangsa dari kerakusan tahi judi. Penangan mesin judi sehingga ada kes anggota tentera yang sanggup menjual tong gas di rumah untuk menebus kekalahan di mesin judi.

Justeru itu, SAMM Muadzam Shah menyeru kepada semua yang berada di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Rompin agar turut serta dalam sebuah bantahan dengan penghantaran memo kepada PBT berkenaan. Berikut adalah maklumat masa dan lokasi penyerahan memo;


Tarikh: 27 July 2012
Masa: 2.00pm (lepas solat Jumaat)
Lokasi Berkumpul: Masjid Muadzam Shah


Ayuh bersama SAMM dalam Gerakan Rakyat Membantah Judi. Juga akan turut serta dalam gerakan ini adalah PAS Rompin, PKR Rompin, SAMM Rompin, Jabatan Amal Rompin, Al-Fateh dan KRT Rompin. Pengamal media adalah diharapkan untuk turut membantu dalam aspek hebahan.

Sekian,


MHD NOR FAIZI ABU BAKAR
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Muadzam Shah


P/s: Bukan setakat judi di Muadzam Shah, judi di Genting pun kita bantah!

Wednesday 25 July 2012

Video: 30 Tahun Kempunan Air Paip Di Johor

Ini bukan lagi masalah kekurangan air
Bukan masalah loji air
Tidak sama dengan isu air di Selangor yang dicanang oleh media
Ini masalah berat di sebuah negeri yang ditadbir UmnoBN
UmnoBN yanvg hendak menjadi hero bagi masalah air di Selangor kononnya
Bukan kurang air tapi langsung tiada paip air

Rakyat Malaysia di luar sana bukalah mata
Bukalah hati
Bukalah minda
Rakyat Malaysia terutama Melayu
Sudahlah ditipu
Sudahlah diperbodohkan


Sumber: Youtube

P/s: Jelas dalam video mangsa merupakan orang Melayu. Sejak bila Umno bela orang Melayu?



Apabila Kakitangan Kerajaan & Pelajar Di Mexico Turun Ke Jalan

Ribuan rakyat Mexico turun ke jalan bantah kemenangan kerana pilihan raya tipu
Dalam video alJazeera menunjukkan kakitangan kerajaan dan pelajar di sana juga ikut serta
Mungkinkah kakitangan kerajaan ini akan dihukum oleh kerajaan Mexico?
Mungkinkah pelajar tersebut akan dihukum oleh pihak univesiti atau kolej?

Bagaimana jika di Malaysia?
Beranikah kakitangan kerajaan dan pelajar turun ke jalan seperti rakyat Mexico ini?
Apakah tindakan oleh kerajaan dan universiti di Malaysia jika dua golongan ini turun ke jalan?
Buang kerja atau ditukarkan?
Gantung atau dibuang universiti?

P/s: Jika rakyat Malaysia nekad dan bersatu hati, semua hukuman ini tidak membawa sebarang erti!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rakyat Mexico Berdemo Kerana Pilihan Raya Tipu

Demonstrasi jalanan di Mexico berjalan dengan aman
Demonstrasi jalanan di Mexico kerana pilihan raya ada penipuan

Rakyat Malaysia bagaimana?
Jika PRU 13 ada penipuan
Rakyat Malaysia juga akan turun ke jalan
Rakyat Malaysia tetap mahukan perubahan





Sumber: Youtube Tukar Tiub

P/s: Rindu nak berdemo di jalan Kuala Lumpur :)

Blogger Umno Berbayar Rupanya

Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas - Sinar Harian

BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

“Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.

P/s: Banyaknya duit Umno Melaka ni siap boleh upah blogger dengan gaji RM 3 ribu sebulan
Dari mana Umno Melaka ni dapat duit?
Persoalan ini hanya Umno Melaka yang dapat jawab
Hahahahahahaha!!!

Pakatan Rakyat wajib cari dan bantu blogger Umno yang teraniaya tu
Lagi terbaik bawa naik di pentas ceramah Pakatan Rakyat
Pasti Umno akan kecut
Hahahahahahaha!!!


Iftar Anak Pahang Perantauan & Forum Ramadhan

Perhatian kepada anak-anak Pahang di perantauan
Tidak kira tua atau muda
Tidak kira lelaki atau wanita
Semua dijemput hadir

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday 24 July 2012

Masalah Air Di Pahang Tidak Pula Dicanang Media

Pahang ini dikatakan kubu kuat UmnoBN
Pahang ini dikatakan "negeri biru"
Tetapi lihatlah nasib rakyatnya
Masih lagi menggunakan bekalan air perigi


Sumber: Laman sosial muka buku

P/s: Mangsa dalam gambar kelihatan seperti orang Melayu. Apa pemimpin Umno dah buat ni?

Salam Ramadhan 2012

Ramadhan tahun dilalui dengan seperti biasa. Bangun pagi untuk bersahur dan makanan yang ala kadar untuk berbuka. Walaupun ala kadar tetapi kadang-kadang berlaku juga permbaziran. Moga dosa BTJ diampunkan. BTJ anggap ia rezeki untuk hidupan lain yang sama-sama hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Sudah pasti rezeki yang Allah beri itu adalah untuk semua.

BTJ rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja di luar sana yang beragama Islam. Mohon ampun sembah derhaka kerana BTJ agak sibuk hingga kurang masa untuk mengemaskini blog. Walaubagaimanapun, BTJ doakan semoga kalian semua di luar sana dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik hingga ke hari kemenangan nanti.

Perjuangan tetap diteruskan. Lawan tetap lawan!

Sekian.

BTJ

Friday 20 July 2012

Kaki Hiburan - Beza UmnoBN & Pakatan Rakyat

Inilah bukti parti mana kaki hiburan
Parti mana yang suka berjoget
Parti mana yang lebih suka berdangdut
Patut la tak suka Pakatan Rakyat memerintah
Puak ni dah payah nak berjoget
Hahahahahahahaha!!!

P/s: Hiburan berlebihan boleh meruntuhkan sesebuah tamadun
Hiburan berlebihan boleh merosakkan pemikiran generasi muda
Kita wajib tolak puak kaki hiburan ni!!!

Sumber: Laman sosial muka buku

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday 19 July 2012

Menteri Kata Tiada Salah Tema Sambutan Kemerdekaan "Janji Ditepati"

Menteri Penerangan ini kata tiada salah

Negara seperti Jepun pun buat perkara yang sama

Sistem pilihan raya Jepun dan sistem demokrasi di sana tak nak tiru ke?


Di Jepun polisnya cukup berbudi bahasa

Di Jepun negaranya cukup bersih

Di Jepun tidak salah berdemo

Semua ini jika diaplikasikan di Malaysia pun tiada salahnya

P/s: Inikah contoh Dasar Pandang Ke Timur yang diaplikasikan di Malaysia?

Malam ini forum ISA!!!


Petang Ini Debat Sinar Nasrudin Lwn Fathul Bari


SHAH ALAM - Pemimpin politik perlu menarik minat generasi muda bukan dengan cara pertaruhan menentukan siapa menang atau kalah, tetapi memastikan semua pihak belajar menerima perbezaan dengan penuh tasamuh atau toleransi.

Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa Kewangan Islam (ISRA), Perunding Syariah, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, melalui Debat Sinar Harian di bawah tajuk "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa?", menggandingkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya hari ini, adalah satu bentuk wacana politik yang segar.

"Debat yang dimaksudkan adalah berteraskan budaya politik baru, pendedahan ilmu, penerapan akhlak dan bukan emosi melulu mahupun adu domba dan fitnah.

"Justeru itu, generasi muda perlu peka dan menilai dialog perdebatan kedua-dua tokoh politik muda secara hikmah dan menerima perbezaan fakta dan ilmu yang disuburkan dengan cara yang paling baik tanpa emosi, melalui debat anjuran Sinar Harian, kali ini," katanya kepada Sinar Harian.
Ia akan berlangsung jam 5 petang ini di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.
Menurutnya, debat yang dianjurkan Sinar Harian yang menemukan dua pimpinan muda dari dua parti politik yang mendominasi negara mampu memberikan peluang kepada golongan muda menilai perkara baik berdasarkan hujah pendebat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, debat ini sememangnya perlu dilakukan secara prolifik supaya dapat memberi penilaian kepada anak muda untuk melihat bagaimana cara pimpinan muda politik berfikir dan apa yang membolehkan generasi ini memilih idola mereka.

"Pendapat saya, secara umumnya generasi muda perlu didekati seperti rakan sebaya. Pimpinan muda mestilah mempunyai ketokohan yang tinggi untuk memimpin mereka. Kebanyakan orang muda tidak suka politik lama dan kejumudan berpolitik tanpa berfikir. Di mana ia mestilah berasaskan hujah sebenar bagi menentukan masa depan negara.

"Kebanyakan daripada generasi muda menjadikan ikon selebriti sebagai idola mereka. Di sinilah pimpinan politik muda perlu mengambil peluang menjadikan diri mereka sebagai ikon, menarik orang muda untuk membentuk masa depan negara, di mana generasi muda inilah yang bakal memimpin negara satu hari nanti," katanya.

Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil pula berkata, keterbukaan Sinar Harian meneruskan debat terbuka politik untuk generasi muda dapat membantu rakyat Malaysia khususnya generasi muda supaya lebih matang untuk menghadapi suasana politik yang semakin mencabar. Ia sekali gus mampu melahirkan masyarakat lebih bertamadun dan peka terhadap perkembangan semasa.

Katanya, beliau percaya debat yang menemukan dua tokoh agama dalam organisasi kepimpinan akan menghasilkan kupasan menarik yang mampu memberikan panduan kepada anak muda untuk menilai kemampuan politik yang melibatkan kedua-dua parti politik pendebat.

"Apa yang menarik melalui gandingan kedua-dua pendebat, memiliki latar belakang disiplin ilmu hampir yang sama. Saya percaya pendapat yang diberikan berdasarkan daripada ilmu dan pengalaman, bukannya mengikut emosi dan perasaan," katanya.

Selain itu, apabila ditanya mengenai bagaimana pimpinan muda politik dapat menarik minat generasi muda, beliau berpendapat, generasi muda bertindak mengikut maklumat dan pengetahuan, bukannya kumpulan anak muda yang mudah terikut-ikut dengan kehendak dan kebiasaan generasi lama dalam berpolitik.

"Apa yang penting, generasi muda perlu diberikan ilmu dan maklumat tepat walaupun melalui perjumpaan ataupun peranan dunia siber mengikut realiti semasa, ekonomi dan politik. Informasi itu dapat dipertimbang dengan sewajarnya untuk menentukan masa depan politik Malaysia," katanya.

Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada pendebat iaitu Fathul Bari dan Nasrudin boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atauhttp://www.facebook.com/SinarHarian ataupun ke alamat e-mel editor.online@sinarharian.com.my mulai sekarang.

Tuesday 17 July 2012

1 Murid 1 Rim Kertas A4, Bukti UmnoBN Tepati Janji

Janji Ditepati?

Ke mana hilangnya wang peruntukan?

Hilang di tengah jalan?

Kena rompak?

Siapa yang rompak?

Sumber: Laman sosial muka buku

Published with Blogger-droid v2.0.6

Video: Polis Belasah Orang

Patut la masa Bersih 2.0 dan 3.0 dulu begitu hebat mereka membelasah rakyat
Rupanya mereka memang mahir ilmu membelasah orang
Mungkinkah mereka belajar dari Perkasa atau samseng-samseng UmnoBN?
Hahahahahaha!!!

Walau apa pun kesalahan seseorang itu
Polis tidak berhak bertindak membelasah pesalah tersebut
Bukankah negara kita ini punya undang-undang?
Paling pasti undang-undang Malaysia bukan di tapak kasut pihak polis!

Persoalan-persoalan yang wujud:


  1. Siapakah yang dibelasah oleh polis itu?
  2. Siapakah polis yang membelasah orang dalam video ini?
  3. Di balai mana kejadian ini dirakam?
  4. Siapakah perakam?
  5. Siapakah yang bayar gaji polis? (boleh tak soalan ini diketengahkan? Hahaha)
  6. Bukankah sepatutnya balai polis merupakan tempat yang paling selamat?
Jika sesiapa ada soalan lain yang lebih bernas, boleh nyatakan di ruangan komen.


Sumber: Youtube Milo Suam

P/s: Ada puak sebelum ini pernah berdemo menyokong pihak polis, mereka juga sokong jika polis bertindak begini?

Malam ini di Temerloh!!!

Monday 16 July 2012

Jemput Hadir Forum Anti ISA Khamis Ini

Semua peringkat masyarakat dijemput hadir
Kaum muda wajib hadir
Rakyat sekitar kawasan KL rugi jika tidak datang
Rakyat di luar KL tidak rugi jika datang
Mari beramai-ramai


P/s: Datang jangan tak datang!

Malam esok di Temerloh!!!

Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berarak Ke Istana Negara

Video ini jadi bukti

BTJ yang rakam video jadi saksi

Bukan 1000 orang seperti yang Ahmad Maslan kata

Tetapi beribu-ribu seperti dalam video

Pemimpin UmnoBN memang tidak pandai mengira

Rakyat terus bangkit tolak UmnoBN

Humbankan Isa Samad, Najib, kroni dan UmnoBN

Selamatkan tanah Felda


P/s: Peneroka sudah bangkit dan sedar. Umno bakal bungkus!


Malam esok di Temerloh!!!



Video: Ribuan Peserta Perhimpunan Oren Berhimpun Di Pintu Masuk Masjid Wilayah Persekutuan

Sila tonton video ini

Ribuan warga Felda seluruh Malaysia telah hadir untuk membantah penyenaraian saham FGVH

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Isa Samad dari Felda

Ribuan telah hadir untuk menghumbankan Najib dan UmnoBN pada PRU 13 nanti

Ribuan rakyat Malaysia seluruh Malaysia juga telah hadir sebagai tanda solidariti


P/s: Pemerintah dan rakyat berpisah tiada. Apa guna hantar memorandum?


Malam esok di Temerloh!!!

Saturday 14 July 2012

Slogan Baru Khas Untuk Peneroka

Sebarkan slogan ini di setiap Felda

Hasut warga peneroka untuk guna slogan ini

Ini slogan perjuangan para peneroka

Peneroka yang bijak akan gunakan slogan ini

ABIS - Asalkan Bukan Isa Samad

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perhimpunan Oern Berhimpun Di Jalanan

Mat Sabu sedang memberikan ucapannya setelah kembali dari Istana Negara


Published with Blogger-droid v2.0.4

Siapa Kata Peniaga Rugi Jika Demo Jalanan Diadakan?

Peniaga aiskrim ini bijak

Lebih bijak dari Isa Samad dan Najib

Boleh lantik beliau sebagai pengerusi Felda

Pandai mencari keuntungan dengan cara yang betul


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perhimpunan Oren Sedang Berarak Menuju Istana Negara

Polis memberi kerjasama yang baik

Perhimpunan berjalan dengan aman


Kemaskini: 2.40pm


Published with Blogger-droid v2.0.4

Warna Oren Membanjiri Perkarangan Masjid Jalan Duta

Kemaskini: 2.15pm


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perhimpunan Oren Bergerak Ke Mahkamah Jalan Duta II

Kemaskini: 2.10pm


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perhimpunan Oren Bergerak Ke Mahkamah Jalan Duta

Kemaskini: Jam 2.03pm


Published with Blogger-droid v2.0.4

DS Nizar Di Himpunan Oren

Seorang YB hadir awal

Kredit untuk beliau


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sekitar Perhimpunan Oren - Jam 1.30 pm

Masjid Wilayah mula dipenuhi peserta perhimpunan

Banyak gerai jualan

Polis ramai yang ditugaskan mengawal jalan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mari Ke Perhimpunan Oren Petang Ini

Warga peneroka yang sudah sedar pasti akan ikut sera

Warga peneroka yang belum sedar harap akan sedar selepas perhimpunan ini

Realitinya peneroka sedang ditipu

Isa samad yang baru pegang jawatang pengerusi dan tak pernah pun jadi peneroka dapat 180 000 unit saham

Peneroka yang berhempas pulas membanting tulang membangunkan tanah Felda hanya dapat 800 unit saham

Sedarlah wahai peneroka!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 13 July 2012

Lagi Kejadian Runtuh Di Terengganu

Mengikut info di laman dinding muka buku

Kejadian runtuh ini di sebuah sekolah di Paka

Apa la nasib negeri Terengganu

Banyak sungguh kejadian runtuh

Ada yang secara gurauan menggelar negeri ini "Terengganu darul Runtuh"

BTJ tumpang gelak

Hahahahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 12 July 2012

Anak-anak Muda Wajib Hadir

Anak-anak muda Temerloh dilahirkan untuk melawan
Untuk melawan penjajah
Untuk melawan gerombolan kapitalis
Untuk melawan sistem yang sedia ada
Untuk melawan pemikiran lama
Untuk melawan feudalisme

Anak-anak muda muda Temerloh dilahirkan untuk melawan
Bukan menjadi penjilat buntotan!

Video: Rakyat Saudi Telah Bangun Melawan

Rakyat Saudi yang telah bangun melawan pemerintahnya
Dikatakan tidak kurang dari 2 orang yang terbunuh ditembak
Jika rakyat Saudi berani bangun melawan
Rakyat Malaysia mustahil punya rasa takut
Mari lihat video youtube ini




Sumber: Tukar Tiub

Ayuh Sabtu ini rakyat Malaysia tunjukkan kebangkitan!!!























Video: Banner UmnoBN Gambar Najib Diturunkan Di Perak

Jika bendera PAS diturunkan oleh pihak berkuasa, bendera UmnoBN dan sebagainya yang ada logo atau lambang UmnoBN mesti juga diturunkan.

Itu barulah adil. Betul tak?

Tahniah dan syabas kepada pihak berkuasa yang bekerjasama dengan rakyat untuk menurunkan banner.


Sumber: Youtube

P/s: Mungkinkah pihak berkuasa ini tim Najib? Hahahahaha

Wednesday 11 July 2012

RM2 Juta Untuk K-Pop?

Ini BTJ tak nak komen 
Memang meluat dan berbulu je rasa
RM2 juta untuk aktiviti tak berfaedah


Sumber: Anak Sungai Derhaka