Wednesday, 31 October 2012

Senarai Program Melawan Wajib Hadir Hujung Minggu Ini






Soalan masih belum dijawab!




Malaysia Bukan Negara Pengganas, Cuma Disuraikan Secara Ganas

Zahid: Malaysia bukan negara pengganas - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak boleh dianggap sebagai negara pengganas ekoran penahanan dua rakyat negara ini di Lubnan, yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia sentiasa berusaha membendung aktiviti sedemikian daripada menular di negara ini.

Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara saling bekerjasama dalam mengawasi kegiatan itu, katanya kepada Bernama selepas menyertai program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama di Wisma Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas penahanan Razif Mohamad Ariffin, 28, dan Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, di sebuah hotel di Beirut pada 18 Oktober lepas kerana dipercayai dilatih menjadi pengebom berani mati serta mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Kedua-dua pemuda itu akan diwakili empat peguam dalam sebutan semula kes mereka di Tribunal Tentera di Beirut, esok.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga tidak mahu berkompromi dalam sebarang aktiviti keganasan tetapi pada masa yang sama, ia tidak memandang ringan penahanan Razif dan Mohamad Razin Shahar.

Sementara itu, semasa menjawab pertanyaan pemanggil program 'Dalam Radar', beliau berkata peperangan biologi akan menjadi ancaman baharu buat Malaysia. 

Untuk itu, Malaysia bercadang menggubal akta mengenainya sebagai langkah persediaan jika peperangan tersebut berlaku pada masa depan.

"Perang biologi adalah perang baharu yang dikhuatiri boleh berlaku bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau Asean," katanya.- Bernama

P/s: Betul ke Malaysia bukan negara pengganas?
Bagaimana pula apabila peserta demonstrasi Bersih 2.0 dan 3.0 disuraikan dengan ganas?
Pihak ini bertindak ganas kepada rakyat Malaysia
Mereka ini bukan dikategorikan sebagai pengganas ke?

Ahad ini kita turun Lanchang beramai-ramai!

Jelajah Merdeka Rakyat Akan Ke Lanchang, Pahang

Masyarakat di Lanchang wajib turun
Masyarakat yang berada di sekitar daerah Temerloh juga wajib turun
Datang jangan tak datang
Tunjukkan bahawa penduduk negeri Pahang juga mahukan perubahan

P/s: Merdeka Jiwa Rakyat!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 30 October 2012

Kroni Kaya Rakyat Menderita

BTJ memang bantah dari awal
Pengguna jalan raya di Malaysia yang berjuta-juta jumlahnya tak nak bantah ke?
Satu soalan BTJ nak tanya
BILA NAK DEMO BANTAH AES?!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Statistik Rumah Mampu Milik Di Selangor

Selangor senaraikan statistik rumah mampu milik - Mkini

Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

Bagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

"Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar," katanya.

P/s: BTJ kurang faham dengan term yang digunakan iaitu "rumah mampu milik"
Ini kerana harga yang dikenakan itu tidaklah benar-benar mampu milik bagi semua rakyat
Lagi satu, di manakah lokasi rumah mampu milik ini dibina?
Adakah peluang untuk memiliki rumah mampu milik ini tinggi?
Adakah persaingan untuk mendapatkan rumah-rumah mampu milik ini benar-benar telus?
Bagaimana pula dengan rakyat luar yang bermastautin di Selangor?
Apakah wujud peluang mereka untuk memiliki rumah ini?

Parti Politik Bersaing Curi Dokumen Parti Lawan

Tg Adnan: BN juga tahu siapa calon Pakatan - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa parti itu sudah mengetahui calon-calon yang akan dinamakan oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Malah ujar beliau,"tiap-tiap dokumen mereka pun kita ada.”

“Siapa calon mereka pun kita tahu, tapi kita diam sahaja lah.

“Hari ini baru saya sebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menerima penyerahan buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak).

Tengku Adnan berkata demikian apabila diajukan soalan berhubung satu dokumen Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlepas ke tangan komponen PR Pulau Pinang. 

“Kita juga ada dokumen daripada puak pembangkang. Tapi kita tidak buat bising tak macam mereka. Mereka buat bising.

“Kalau ada mereka akan cerita, kita pun tahu apa yang ia (pembangkang) laksanakan tetapi kita diam sahaja,” kata Tengku Adnan.

Menurut Tengku Adnan lagi, dokumen yang didakwa bocor itu hanya mengandungi butiran tentang kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum. 

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan di semua peringkat agar menyimpan dengan sebaiknya dokumen yang diberikan dan menganggapnya rahsia supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah tulis surat kepada 13 parti komponen Barisan Nasional supaya mereka berhati-hati dan anggap setiap dokumen yang diedarkan sebagai rahsia,” ujar Tengku Adnan lagi. 

Menurut beliau, siasatan kini sedang dilakukan untuk mengesan bagaimana kebocoran dokumen itu boleh berlaku dan akan menyerahkan kepada presiden parti untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya nama individu terbabit sudah diperoleh kelak. 

“Barangkali ini dia terletak di merata-rata, barangkali beliau tidak berniat, dalam pejabat itu, rambut sama hitam, hati lain-lain,” ujar beliauyang juga Setiausaha Agung BN.

“Barangkali pada dia ini bukan dokumen rahsia sebab kita tidak cop rahsia, tetapi yang pembangkang, dia cop rahsia pun kita ada,” katanya disambut gelak tawa wakil media.

P/s: Boleh plak macam nak bersaing parti mana ada simpan dokumen rahsia parti lawan
Lawak betul ahli-ahli politik di Malaysia ni
Ingat ini pertandingan curi dokumen ke?
Hahaha!!!
Rakyat tak nak tahu pun apa rahsia dalam dokumen yang disimpan tu
Rakyat hanya tahu untuk tak undi UmnoBN
Rakyat sudah muak dengan UmnoBN
Rakyat mahu humbankan UmnoBN
Rakyat tidak peduli siapa jadi calon
Rakyat undi asalkan bukan Umno
Rakyat mahu lihat prestasi UmnoBN bila jadi pembangkang
Hahaha!!!

Monday, 29 October 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat 3112012


Selalunya di Kuala Lumpur
Kali ini bertukar lokasi
Kita ke negeri adat
Negeri Sembilan nama diberi
Seremban lokasi ditujui
Mari kita banjiri Seremban

P/s: Kita berhimpun kasi roboh kubu UmnoBN di negeri ini!

Sunday, 28 October 2012

Thursday, 25 October 2012

Ucapan Eidul Adha

Sempena sambutan Hari Raya Eidul Adha ini BTJ mengucapkan Selamat Merayakan Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Sesungguhnya ibadah korban di hari Eidul Adha ini begitu besar maknanya dan marilah kita sama-sama memahaminya. Korban kerana Allah dan pergi menunaikan haji juga kerana Allah. Tiada yang lain hanya kerana Allah.

Kepada yang pulang ke kampung halaman jauh atau dekat, memandulah dengan cermat dan berhati-hati. Jalan raya di Malaysia ini sudahlah buruk, kemudian dipacak pula di sesetengah tempat di tepi jalan dengan kamera AES. Jadi, hindari kemalangan dan saman.

Korbankan UmnoBN demi sebuah perubahan.

BTJ Blog

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila Hospital Bera Akan Siap Dibina?

Untuk makluman, janji mendirikan hospital di Bera ini bukanlah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat tetapi oleh UmnoBN. Persoalan mudah, adakah hospital ini sudah siap dibina sedangkan ia dijanjikan siap pada tahun 2012?

Jika ada yang tidak percaya atau ragu-ragu, silalah ke Bera untuk melihatnya sendiri. Untuk makluman juga, projek Hospital Bera ini melalui proses pecah tanah sebanyak dua kali. Memang tanah di kawasan pembinaan ini sudah pecah terbarai.

Jadi, adakah kenyataan "janji kosong pembangkang" itu benar-benar sesuai digunakan atau sepatutnya "janji kosong UmnoBN!".

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Fathul Bari Tidak "Tidak Hanyut" Serta Umno

Fathul: Tak adil Asri dakwa ulama masuk Umno hanyut - Sinar Harian

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya.

P/s: Yolah tu ustaz Fathul Bari
Pung pang pung pang pung pang
Umno makin hanyut
Umno sudah mahu karam
Jika kapal Umno karam
Ulama' dalam Umno pun ikut karam
Hahaha!!!

Dengar-dengar ada ustaz ahli Umno di Temerloh bekerja di sebuah institusi awam kemaruk berpolitik hingga kerja terabai
Ustaz ni tak hanyut kot
Cuma tersadai je
Hahaha!!!

Wacana Sinar Harian Siri 15: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin [Video Penuh]


Wednesday, 24 October 2012

20 Tahun Menanti Air Bersih, Lagi Masalah Bekalan Air Bersih Di Negeri UmnoBN

Hal ini BTJ tidak terkejut
Hal ini BTJ tidak berasa hairan
Apabila ada kawasan di Pahang yang tidak mendapat bekalan air bersih


Rompin ini tempatnya maju dan terkenal
Tempat terletaknya Pulau Tioman
Antara pulau yang tercantik dalam dunia
Tapi memang sedih
Janji sudah ditepati
Selepas 20 tahun
Kemudian berulang kembali
Lagi satu janji?
Biar hilang nyawa kita pertahankan Umno!!!
Hahaha!!!

P/s: Harapnya wanita dalam gambar bukanlah ahli Umno!


Tuesday, 23 October 2012

SAMM: Bersedia Untuk Ke Jalan Raya Atau Ditipu

Bersedia untuk turun ke jalan atau kena tipu lagi

Kenyataan Umum

23 Oktober 2012

BERSEDIA UNTUK KE JALAN RAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti - parti politik atau aktivis yang melawan regim nampaknya juga sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar biar hancur tulang namun Putrajaya harus dipastikan tidak terlepas. Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan. Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib.Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.

Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?

Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir. 

H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.

Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki.

Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,

Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak ! Satu juta ke jalanraya "bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"

Sekian

che'GuBard

Kawasan UmnoBN Pun Dilanda Banjir Lumpur, Janji Tak Ditepati?


Banjir lumpur landa 30 rumah - Sinar Harian Pahang

Kesan lumpur dapat dilihat dengan jelas selepas banjir surut.

BENTONG – Kebanyakan penduduk yang tinggal di Chamang Baru, dekat sini, dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

Dalam kejadian itu, dilaporkan kira-kira 30 rumah di Lorong Permai 7, 11 dan 15 dinaiki air setinggi 0.6 meter.

Seorang penduduk, K Subramansivam, 47, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua ahli keluarganya sedang berehat di ruang tamu menonton televisyen.

Menurutnya, secara tiba-tiba air masuk ke pekarangan rumahnya dan kemudian terus ke ruang tamu.

“Pada masa itu, kami sekeluarga cuba menyelamatkan barangan penting termasuk barang elektrik.

“Tetapi tidak sampai sejam air kembali surut dan meninggalkan lumpur di sekitar kawasan rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Subramansivam berkata, ini adalah kali kedua banjir berlaku selepas kejadian pertama Sabtu lalu.

Berikutan itu katanya, setiap kali hujan, mereka yang tinggal di kawasan itu tidak lena tidur kerana bimbang kejadian sama berulang.

Kejadian kedua lebih teruk

Sementara itu, Mohd Azrin Abdul Rahim, 32, berkata, bencana kali ini lebih teruk berbanding kejadian Sabtu lalu.

Menurutnya, dia dan keluarga dikejutkan dengan banjir kilat separas lutut memandangkan rumah mereka terletak di kawasan paling rendah.

“Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian sewajarnya, sudah pasti kami (penduduk) terpaksa menanggung kerugian setiap kali banjir berlaku.

“Justeru, kami menggesa pihak berwajib ambil tindakan segera, tambahan pula sekarang ini cuaca tidak menentu dan kerap hujan,” katanya.

JKKK kumpul maklumat

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chamang Baru/Kuala Repas, Ishak Saman berkata, pihaknya sudah mengumpulkan maklumat penduduk yang terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, laporan polis juga dibuat dan akan dihantar kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pihak JKKK berharap masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk kawasan ini dapat ditangani segera bagi mengelakkan lebih banyak kerugian pada masa akan datang.

“Kita percaya penanaman semula getah dan pembinaan rumah di kawasan bukit menjadi penyumbang kepada masalah yang berlaku,” katanya.

Tindakan segera diambil

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bilut, Datuk Hoh Khai Mun yang turun padang melawat mangsa banjir berkata, pihaknya akan meneliti beberapa cadangan penduduk termasuk meningkatkan sistem perparitan di kawasan itu dan membesarkan longkang sedia ada bagi membolehkan air mengalir dengan lancar setiap kali hujan.

Menurutnya, tindakan itu akan diambil secepat mungkin bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“Susulan kejadian yang berlaku juga, saya minta penduduk yang terlibat membuat laporan kepada pihak JKKK atau balai polis berhampiran.

“Ini bagi memudahkan data sebenar mangsa yang terlibat dapat dikumpulkan,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Bentong, Muhammad Azizi Khalid dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bentong, Mohamad Kamal Redzuan Kamaruddin.

Selain rumah penduduk di Kampung Chamang Baru, turut dilanda banjir kilat ialah dua rumah di Jalan Tras, Batu Satu.

P/s: Rupanya di Bentong pun boleh berlaku banjir lumpur
Bagaimana di Bentong boleh berlaku banjir lumpur?
Bentong ini kawasan yang dimenangi UmnoBN
MP dan Adun UmnoBN di Bentong tak buat kerja ke?
Janji tak ditepati ke?
Teringat hari tu Buletin Utama TV3 suku siarkan berita kejadian banjir kilat di Klang
Bukan main seriusnya liputan dibuat
Habis dihentamnya Pakatan Rakyat
Kejadian yang kurang lebih sama di Bentong ini Buletin Utama TV3 suku tak buat liputan ke?
Hentam la juga UmnoBN yang memerintah Bentong
Bencana alam seperti ini selalu juga dialami oleh rakyat di beberapa kawasan
Tidak kira parti mana yang memerintah
Jabatan awam yang bertanggungjawab kena menjalankan tugas untuk pencegahan
Media perdana yang melapor juga perlu telus untuk membuat laporan
Bukan pilih-pilih berita

Pulau Pinang Juga Akan Laksanakan AES?

Guan Eng janjikan 'AES' untuk rakyat Pulau Pinang - Mkini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji untuk membawa AES kepada penduduk Pulau Pinang - tetapi bukannya Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipertikaikan sekarang.

Sebaliknya, Lim berkata, belanjawan Pulau Pinang untuk tahun depan akan dikenali sebagai "AES", yang bermaksud "Agenda Ekonomi Saksama".

Ketua menteri Pulau Pinang itu mendakwa, AES (pemasangan kamera bagi kesalahan trafik) bukan untuk kepentingan rakyat kerana ia dilaksanakan untuk keuntungan syarikat-syarikat swasta yang terlibat.

"Apa yang kita mahu bukan Sistem Penguatkuasaan Automatik. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dengan AES Pakatan Rakyat," katanya ketika merasmikan forum mengenai bajet di Kuala Lumpur malam tadi.

Lim berkata, bajet AES, yang akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2 November, akan menjurus ke arah menangani ketidaksamaan.

Kerajaan telah dikecam kerana melaksanakan sistem kamera bagi kesalahan lalulintas kerana dua syarikat swasta - Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd - yang mengendalikan sistem tersebut berhak mendapat bayaran daripada saman yang dikutip.

Lim mengumumkan Selasa lepas bahawa dua majlis tempatan di negeri itu telah diarahkan untuk menggantung pelaksanaan sistem tersebut sementara menunggu hasil kajian mengenainya. Kedah mengikut jejak langkah kerajaan Pulau Pinang itu tiga hari kemudian.

'Menangani ketidaksamaan keutamaan Pakatan'

Beliau memberitahu forum bajet tersebut bahawa usaha menangani ketidaksamaan, terutama untuk membantu mereka yang memerlukan, adalah satu keutamaan bagi Pakatan.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah gagal membina sebarang perumahan kos rendah untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah.

"Sejak 2008, kami telah membina 4,000 unit perumahan kos rendah dan kita akan membina 18,000 lagi.

"Sudah tentu negeri tidak membinanya secara langsung. Ia telah dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, yang 100 peratus dimiliki kerajaan negeri," kata Lim.

Ini tiada bezanya dengan kerajaan persekutuan, yang membina unit perumahan melalui Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB). `

Lim berkata, bajet bayangan Pakatan juga turut menangani ketidaksamaan itu dengan memberi tumpuan kepada tiga teras - memecahkan monopoli melalui persaingan, mensasarkan kumpulan kritikal (miskin, muda dan wanita) dan memerangi rasuah.

P/s: Ingatkan Automated Enforcement System (AES), rupanya Agenda Ekonomi Saksama (AES)
Satu projek untuk sedut wang rakyat, satu lagi projek untuk kesejahteraan rakyat
KIta pilih yang mana?

Monday, 22 October 2012

Mari Ke Wacana Sinar Harian Dengan Topik Peranan Ulama' Menasihati Pemimpin

Wacana Sinar Selasa ini kupas topik peranan ulama tegur pemimpin


Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin

SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-15 dengan mengetengahkan topik Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Selasa ini.

Para panelis akan mengupas peranan ulama yang arif tentang sesuatu perkara namun tidak menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin mereka.

Di manakah suara golongan ilmiah ini?

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan tokoh yang berpengalaman iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia,

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 3 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

P/s: Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Mari meraikan budaya diskusi ilmu

Terkini: Blog Mediaperak telah diblock oleh SKMM & PDRM


BTJ baru sahaja mendapat info tentang perkara ini
Nampaknya regim UmnoBN semakin terdesak
Menggunakan institusi awam untuk menyekat media alternatif yang tidak pro UmnoBN
Ini perbuatan bacul dan penakut!

P/s: Bila nak block Papagomo? Harap-harap blog BTJ tak kena block! hehe


Sunday, 21 October 2012

Sekitar Himpunan Rakyat Selamatkan Cameron

Sabtu baru ini BTJ sempat ke Cameron untk meninjau himpunan rakyat
Kesempatan juga BTJ ambil untuk jalan-jalan di Cameron
Melalui cerita orang-orang lama
Apa yang dapat digambarkan
Dulu Cameron Highland ini sangat sejuk hinggakan berkabus
Tetapi kini semua itu hanya tinggal cerita sahaja

Mengapa BTJ kata tinggal cerita?
Kerana kabus sudah diganti dengan asap kenderaan yang kotor
Sejuk pula hanya masa tertentu dan yang pasti sejuk mungkin dirasa enak semasa waktu hujan
Semuanya adalah hasil kerja tangan manusia
Tangan yang rakus meneroka setiap inci tanah tinggi Cameron
Hingga semuanya sudah tidak suci

Himpunan rakyat yang diadakan baru-baru ini tidaklah sehebat himpunan Bersih atau konvensyen mana-mana parti politik
Masyarakat yang hadir tidak terlalu ramai
Tidak pasti apa puncanya
Mungkin promosi yang kurang mendapat liputan pengamal media
Keadaan ini mungkin menggembirakan beberapa pihak

Keadaan ini juga menjadi bukti bahawa kurang peka rakyat Malaysia terhadap isu alam sekitar
Mungkin juga himpunan ini tidak dihadiri pemimpin tertinggi parti politik seperti Anwar dan Abdul Hadi
Mungkin juga tidak mendapat liputan media-media parti politik
Mungkin juga isu ini tidak mendapat perhatian pemimpin-pemimpin tertinggi parti politik
Jadi ia dilihat hanya suam-suam sahaja
Paling mungkin ialah isu ini bukan isu yang popular

Akhir kata dari BTJ
Penjajahan alam sedang berleluasa di Cameron Highland
Manusia mana mungkin hidup tanpa alam yang baik
Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu fikir la sendiri!"

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 19 October 2012

Bicara Barakah Bersama Ustaz Dato' Ismail Kamus

Kepada yang berminat
Sila hadirkan diri

Published with Blogger-droid v2.0.9

Lagi Sekali Pemimpin Umno Yang Mengamalkan Politik Matang Diasak

Saifuddin Abdullah: Usah pertikai kesetiaan saya - Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Ekoran kenyataannya dikatakan mengundang kontroversi sehingga dilabel mengamalkan politik ‘makan keliling’ kerana kenyataan berkaitan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan George Soros, Datuk Saifuddin Abdullah meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan kesetiaannya terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Sebenarnya saya sedih kerana kenapa sampai saya perlu cakap begitu (kesetiaan kepada Umno) sebab ini tidak relevan langsung, tetapi apa boleh buat," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.

Katanya: "Orang tak akan puas hati. Saya cakap begitu pun ada orang yang masih tidak puas hati. Jadi apa yang boleh saya buat?"

"Kita sepatutnya sudah sampai ke tahap politik di mana tak perlu lagi ungkapan 'kesetiaan saya tidak berbelah bahagi', itu sudah tidak perlu cakap lagi. Itu kalau tahun 70-an bolehlah," kata beliau dalam temubual bersama Sinar Harian Online, semalam.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhadapan kritikan keras beberapa pihak dalam Umno sendiri yang mengecam pendirian kononnya beliau mempertahankan Suaram dan Soros.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros, penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Muhammad mendakwa Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.

Beliau juga mengandaikan kenyataan Saifuddin itu seolah-olah menunjukkan beliau tidak yakin Umno dan BN akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menjelaskan hal itu, Saifuddin berkata, beliau bukan menyokong atau pun memihak kepada Suaram mahupun Soros.

Namun beliau mengamalkan politik baru berasaskan ilmu di mana seseorang tidak boleh terlalu cepat menghukum mana-mana pihak tanpa berfikir panjang dan rasional.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh ini, tindakan menghukum pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan yang membela nasib rakyat seperti Suaram hanya akan menyebabkan Umno-BN kehilangan 30 peratus undi golongan pertengahan dan pengundi atas pagar yang lebih mesra dengan NGO-NGO ini.

"Mereka ini ramai yang simpati dan ramai yang rapat dengan badan-badan masyarakat sivil. Tak semestinya Suaram. Menyerang keterlaluan sebuah badan masyarakat sivil itu boleh menyebabkan kita kelihatan seolah-olah menyerang keseluruhan masyarakat sivil yang diminati oleh sebahagian besar daripada 30 peratus itu.

"Sebab itu, saya sangat berhati-hati. Sebab itu, saya tidak berminat untuk menyerang Suaram walaupun tidak semestinya saya bersetuju dengan Suaram. Kalau mereka salah, mereka salahlah," ujarnya lagi.

Saifuddin juga menegaskan, mana-mana pihak harus melihat kes Suaram secara rasional dan bukannya melakukan pembunuhan karakter secara melampau sehingga menyebabkan rakyat marah dan muak.

Menurut Saifuddin, Suaram tidak melakukan kesalahan kerana menerima dana asing sepertimana Umno Sabah juga menerima dana dari luar melainkan jika organinasi itu melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya bukannya membela Suaram atau menyokong Soros, kita semua tahu apa isunya. Saya cuma tidak begitu bersetuju kalau kita terlalu cepat menghukum mereka," tegas Saifuddin.

Menurutnya, Umno-BN amat memerlukan undi 30 peratus pengundi atas pagar dan ia tidak akan berhasil sekiranya ada pihak dalam parti cuba menyemarakkan pembunuhan karakter ke atas pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil yang dekat di hati rakyat kelas pertengahan ini.

"Kempen BN tak cukup kalau bergantung kepada pengundi tradisi sahaja.

"Mereka (golongan pertengahan) tidak minat (pembunuhan karakter), mereka sudah jelak perkara yang mengaibkan orang sebaliknya mereka mahu melihat debat politik, wacana, mereka mahu melihat ahli politik itu berhujah dengan bernas.

"Kalau kita berasaskan politik baru, yang berasaskan politik ilmu, kita harus menilai," tegas Saifuddin lagi.

P/s: BTJ bukanlah pro pada si Saifuddin ni
Tapi BTJ setuju dengan usaha beliau untuk mengamalkan politik matang
Tidak pastilah niat beliau hanya untuk publisiti atau sebagainya
Tapi jika niatnya baik
Maka kita sepatutnya sokong

Nasihat BTJ pula kepada Saifuddin
Jika mahu mengamalkan politik baru
Makanya sudah tentu muka baru diperlukan
Muka lama dalam Umno sekarang sudah berakar dengan politik lama

Kepada ahli-ahli Umno di luar sana
Sokonglah Saifuddin demi kelangsungan dan kemajuan Umno
Tolak pemimpin-pemimpin tertinggi Umno sekarang kerana mereka semua mengamalkan politik lama
Pastikan Saifuddin bertanding lagi PRU 13!

Kepada Saifuddin, jika ahli-ahli Umno sudah mempertikaikan kesetiaan kamu
Maka parti lawan sentiasa terbuka menerima kamu
Hahaha!!!

Lagi Produk Melawan Bantah AES




Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..

Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..

Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..

Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. lau korang tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi-resepinya.. pastu pasang lah.. hehehe..

P/s: Software android untuk mengesan janji UmnoBN yang belum ditepati ada tak?

Thursday, 18 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

Besarnya Gaji Salah Seorang Kakitangan Atasan Tabung Haji Ini


Pergh..tak sangka BTJ
Memang sangat tak sangka
Rakyat Malaysia susah-susah menabung dan menyimpan wang di Tabung Haji untuk menunaikan haji
Kakitangan atasan Tabung Haji berdendang dengan gaji yang begitu besar

Ramai lagi rakyat Malaysia yang merempat di luar sana
Ramai lagi rakyat Malaysia yang menganggur di luar sana
Ramai lagi rakyat Malaysia yang bersusah payah untuk meneruskan hidup di luar sana
Kakitangan atasan Tabung Haji ini senang lenang dengan gaji puluhan ribu

P/s: Dengan gaji yang banyak begitu jika dikurangkan untuk menggaji lebih banyak pekerja di Tabung Haji, tentu pengangguran dapat dikurangkan!
Tentu tak timbul isu graduan menganggur!

Sabtu ini kita berhimpun di Cameron Highland!





Demo Bantah Sudah Bermula Di Ipoh, Tempat Lain Bagaimana?

100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini

Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik.

Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri.


"Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi.

"Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

P/s: Ayuh rakyat semua bangkit
Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana
Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana
Saman tidak mengenal kaya atau miskin
Cuma yang kaya mampu bayar saman
Yang miskis tertekan
Di atas jalan raya kita semua adalah sama
Bangkit semua rakyat bantah AES!!!

Benarkah AES Diterima Oleh Rakyat?

Jika berdasarkan ulasan JPJ dalam Mkini, rakyat positif dengan AES kononnya
Tapi bagaimana pula keputusan kaji selidik yang dibuat di laman facebook?
Adakah ia menunjukkan reaksi positif rakyat terhadap AES?
Kepada rakyat Malaysia, sila fikir-fikirkan

P/s: Bila anak muda aemua bangsa nak demo bantah AES?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 16 October 2012

SAMM bersama SUARAM akan lancar Jelajah Skandal Scorpene


SAMM bersama SUARAM akan lancar Jelajah Skandal Scorpene

Kenyataan Umum

15 Oktober 2012



SAMM - SUARAM Jelajah negara terang isu Scorpene

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Pembelian yang melibatkan komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi negara yang lain. Pada masa itu Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah pembelian kapal selam tersebut.

Media menjadi halangan utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan pada rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.

Risalah khas akan dilancar untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.

Untuk itu aktiviti di setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan 'kit ceramah' berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen - dokumen sulit bukti penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar - benar faham mengenai skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah 250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.

Malamnya pula akan ada 'rapat umum' Ceramah Penerangan Skandal yang akan menampilkan pasukan peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama - nama penceramah besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Jelajah fasa pertama ini akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.

21 Oktober 2012 

Taklimat Tertutup Skandal Scorpene 
12 tengahari - 2.30 petang di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no telefon kepada chegubard@gmail.com.

Ceramah Umum 'Pelancaran Jelajah Skandal Scorpene'
9.00 mlm - 12.00 tgh malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.

4 Nov 2012 - siri Zon Selatan di Johor

10 Nov 2012 - siri Zon Pantai Timur di Pahang

Mohon kerjasama pihak media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan negara.

Sekian.

cheGuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan