Saturday 31 December 2011

Puisi Buat Almarhum Ibrahim Chik - KERAS

Inilah sahaja yang BTJ mampu lakukan untuk memperingati jasa perjuangan almarhum Ibrahim Chik yang menyerahkan jiwa dan raganya demi memerdekakan tanah air tercinta ini. Walaupun namanya tidak tercatit sama aras dengan Bapa Kemerdekaan, namun sumbangan almarhum dan rakan-rakannya cukup besar dan kita sebagai generasi masa kini perlu memperingatinya.

Baca dan hayatilah puisi ini. Moga semangat almarhum Ibrahim Chik yang kuat dan tinggi itu akan diwarisi oleh generasi kini dan masa depan.

Khas buat almarhum Ibrahim Chik, permata kemerdekaan negara.


KERAS

Tubuh itu kelihatan lesu,
tubuh itu kelihatan sudah tiada berdaya,
tubuh itu kini perlu disokong bantu,
tubuh itu seakan memberi satu makna,
ya, tubuh itu hasil perjuangan menuntut merdeka.


Lidahnya kini sudah tidak mampu lancar berbicara,
sudah tidak mampu melaungkan kata keramat "MERDEKA!",
walau dulu lengannya keras memikul senjata,
kulitnya keras meredah hutan belantara,
hatinya keras mahukan Merdeka!


Kini tubuh yang pernah muda itu telah pergi,
meninggalkan kata "MERDEKA!" untuk kita perlihara,
namanya tiada akan disanjung megah,
tetapi tanah air ini pernah menyaksikan segala,
dia pejuang bangsa, dia pejuang merdeka.







Almarhum Ibrahim Chik: Perginya Permata Kemerdekaan Negara

Tanggal 29 Dis 2011 sekitar jam 8.34 malam, telah pergi buat selama-lamanya seorang permata pejuang kemerdekaan Ibrahim Chik. Menghembuskan nafas terakhirnya di Taman Setia Jasa dan jenazahnya di tanam di Tanah Perkuburan Sungai Gau, Temerloh, Pahang.

BTJ bukanlah seorang yang arif mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan golongan kiri, tetapi BTJ tetap mengambil peduli dan mencari-cari hakikat sebenar sejarah kemerdekaan tanah air tercinta ini. Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Ibrahim Chik, ini kerana nama ini tiada dalam helaian buku teks sejarah di sekolah.

Inilah Ibrahim Chik permata pejuang kemerdekaan tanah air. Bermula dengan Angkatan Pemuda Insaf dan kemudian menyertai Rejimen Ke-10. Almarhum mengangkat senjata bersama rakan-rakannya untuk menghalau penjajah British keluar dari tanah air ini. BTJ dengan tegas mengatakan bahawa inilah pejuang kemerdekaan sebenar yang sanggup berkorban dan bersusah demi memerdekakan negara dari cengkaman penjajah.

Melalui sumber dari dari facebook seorang kawan, BTJ telah dapatkan beberapa gambar sekitar pengebumian almarhum Ibrahim Chik.





Dato' Saifudin, Ahli Parlimen Temerloh turut hadir sewaktu pengebumian almarhum Ibrahim Chik

Semoga almarhum ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang diredhai oleh Allah. Marilah kita bersam-sama mendoakan yang terbaik buat almarhum di akhirat sana.




Thursday 29 December 2011

Terkejut!!: Pemuda MCA Pulau Pinang Pula Keluar Parti

Mkini: Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

P/s: Berita ini memang mengejutkan!

Biasa yang dihebohkan di media perdana ahli PAS dan PKR keluar parti beramai-ramai.

Kali ni Pemuda MCA plak keluar parti!

Berita ini sangat dasyat bagi Umno!

Berita ini tamparan hebat bagi Umno!

Parti komponen yang bersekutu dengan Umno dalam BN semakin goyah!

Jika MCA goyah, entah-entah Umno juga goyah! Hahahahahahahahahaha!!

Ini mungkin juga menggembirakan segelintir pemimpin Umno kerana boleh jadi alasan untuk mereka bertanding di kerusi MCA. Bertanding je la tapi belum tentu menang! Hahahahahahahahaha!!

Slogan ABU Di Hati!



Menteri Berdiam Diri Didakwa Rembat Wang Zakat



Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dalam surat terbukanya kepada KetuaPolis Negara hari ini membangkitkan kes dwi-standard berhubung penyalahgunaan wang zakat.

Pertama, penyalahgunaan wang zakat sebanyak RM63,650 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, kes Redzuan Mohd Said, bekas Imam di Kulaijaya, Johor, yang didapati menyelewengkan RM19,510 kutipan zakat antara Ogos dan September tahun ini. Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya.

Laporan Ketua Audit Negara November lalu mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin

Hussain menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini, isu ini juga telah dibangkitkan oleh Ahli

Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di Parlimen dan dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

“Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010,” kata Nik Nazmi.

Katanya lagi, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat. MAIWP telah menerima geran kerajaan pada 22 Jun 2010 sebanyak RM700,000.

Namun MAIWP hanya membuat pembayaran semula daripada peruntukan am kepada wang zakat pada Disember 2010, katanya.

“Persoalannya, adakah begitu mudah untuk MAIWP menggunakan wang zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf-asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain?

“Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi?,” soal Nik Nazmi yang juga ahli dewan undangan negeri Seri Setia.

Tegas beliau, Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu dan segera menjawab persoalan ini yang pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini - Free Malaysia Today

P/s: Woit!! Orang Islam bayar zakat buka untuk kau tapi untuk membantu orang-orang Islam yang susah!

Woit!! Sibuk suruh orang Islam bayar zakat, rupanya geng keris yang rembat!

Woit!! Inikah yang diakatakan memebela agama, bangsa dan negara?!

Woit!! Ini namanya membela Umno, kroni dan suku sakat!

Woit!! Pak Berahim tak marah ke wang zakat kena rembat?!

BTJ cukup sensitif tentang wang zakat ini. Wang zakat adalah untuk membantu rakyat terutama golongan Muslim yang hidup serba kekurangan atau susah. Di luar sana ramai lagi orang yang susah dan wajib utnuk dibantu tetapi adakah wang zakat itu sampai kepada mereka? 

BTJ pernah terfikir satu soalan,  berapakah jumlah kutipan wang zakat di tiap-tiap negeri untuk setahun? Mengapa tidak didedah kepada umum mengenai jumlah kutipan dan butiran perbelanjaannya juga?

Mungkin ada individu atau pihak tertentu yang patut menjawab persoalan ini.

Ingat Logo Ini!
















Wednesday 28 December 2011

Nelayan Protes Di Negeri Biru


JOHOR BAHARU - BANTAHAN.....Seramai 500 orang nelayan dari sembilan kampung sekitar Selat Tebrau hadir dengan menaiki bot sambil membawa poster bagi mengadakan bantahan terhadap Danga Bay Sdn Bhd dan menyerahkan memorandum bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat projek pembangunan Danga Bay. - foto BERNAMA


P/s: Protes ini bukan berlaku di negeri Selangor, kelantan, Kedah atau Penang.

Protes ini bukan berlaku di negeri yang diperintah Roket, Bulan dan Bulan Sabit Kembar.

Protes ini berlaku di negeri Biru!

Protes ini berlaku di negeri Dacing!

Protes ini berlaku di negeri yang diperintah oleh Keris!

Woit!! Ini bukti Keris pun tibai orang Melayu!

Cuba lihat dalam gambar tu semua orang Melayu!

Woit!! Mana pergi ketuanan Melayu?!

Tapi BTJ pelik sebab yang ditulis dalam berita 500 orang tetapi yang dilihat dalam gambar hanya 10 orang?

Rakyat Johor Sokong Abu!

Tuesday 27 December 2011

Cool!!: Panglima Ludah Kena Ludah Lagi..hahahaha

Lagi satu video yang cool khas untuk Panglima Ludah.

Hahahahahahahaha!!

Padan muka Panglima Ludah! 

Hahahahahahahaha!!



ABU Anti Panglima Ludah!

Ini Taraf Kena Ludah!




Elaun JKKK Negeri Pahang Dimansuh - MB Pahang Sila Jawab!

KUANTAN, 26 Dis - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob digesa mengembalikan semula elaun mesyuarat sebanyak RM50 kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini jika tidak mahu kehilangan banyak undi pada Pilihanraya Umum akan datang. Demikian ditegaskan oleh salah seorang AJK (JKKK) terbabit yang menghubungi kami petang tadi. 


Beliau yang tidak mahu namanya dikenali berkata, saya cukup hairan kenapa kerajaan negeri bertindak demikian sedangkan selama ini ia tidak pernah menjadi masalah kepada kami. "Saya ingin tegaskan bahawa kami adalah mata kepala kerajaan. Kamilah yang bertungkus lumus siang malam bekerja untuk meastikan UMNO BN menang setiap kali pilihanraya. Ketika mereka memerlukan khidmat kami semasa kempen pilihanraya, bukan main lagi janji-janji manis yang ditaburkan. Tapi, bila masalah elaun mesyuarat ini diajukan kepada pemimpin yang kami pilih mereka gagal berbuat sesuatu untuk mengembalikan hak kami. Takkanlah elaun mesyuarat sekitar RM50 itu pun mahu dimansuhkan?. Apakah kini kerajaan negeri sudah "muflis", maka mereka sanggup menganiaya kami", kata pemimpin terbabit dengan nada kecewa. 


Difahamkan, kerajaan negeri mula menamarkan pemberian elaun tersebut berkuatkuasa pada awal bulan ini (Disember). Kerajaan juga tidak menyatakan sebab pemansuhan elaun berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya dan tidak puas hati di kalangan pihak pengurusan JKKK di negeri ini. Ramai yang kecewa dan tidak bersetuju dengan pemansuhan elaun ini kerana bagi mereka kerajaan sanggup habiskan banyak wang untuk beli undi pada setiap kali pilihanraya, termasuk yang terbaru di Pilihanraya Kecil DUN Kerdau baru-baru ini.



Keratan akhbar dimana MB telah menafikan negeri Pahang ini bankrap


Namun, mereka hairan tiba-tiba elaun tersebut dimansuhkan. "Kami banyak bantu kerajaan dalam segala bidang terutamanya untuk mempengaruhi mereka supaya mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Walau pun hati kami terkadang terguris dengan tindakan pemimpin BN sendiri namun kudrat kami terus kuat bersama kerajaan. Apakah cukup dengan BN menabur wang kepada kami bila tiba waktu pilihanraya untuk diagihkan kepada rakyat (membeli undi), sedangkan jasa-jasa kami selepas itu tidak dikenang oleh mereka. Selama ini bila pembangkang kata negeri ini bankrap MB dengan lantang menafikannya .. tapi lihat sekarang.. duit elaun kami dimansuhkan untuk pilihanraya agaknyer", tambah beliau lagi.



P/s: Inilah tanda-tanda awal Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat!

Inilah tanda-tanda awal UmnoBN akan bungkus di Pahang!

Jika Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, memang pecah rekod!

Hahahahahahahahahahahahaha!!

Jika Pahang bakal dirampas Pakatan Rakyat, Johor pun akan menyusul!

Hahahahahahahahahahahahaha!!

Woit!! Tok Nan buat malu rakyat Pahang! Negeri paling luas di semenanjung tapi hancus!!

Woit!! Tok Nan buat malu rakyat Pahang! Negeri paling luas di semenanjung tapi paling banyak hutang!!

Woit!! Tok Nan Buat Malu Rakyat Pahang! Mencarut kau pandai la!!

Ambik kau Tok Nan!

Mahasiswa Pro-Aspirasi Tidak Sokong Najib?


BTJ pelik betul dengan video di atas ni.

Mengapa pro-Aspirasi ni tak macam muka seorang mahasiswa pun. Soalan yang lebih jelas mengapa mukanya nampak macam orang tua je? Atau memang dah tua sebab alumni la katakan. Hahahahahahahahaha!!

Mana pergi angkatan mahasiswa pro-Aspirasi hingga perlukan alumni pro-Aspirasi untuk mengetuai demo? Mahasiswa pro-Aspirasi tidak berani atau sebenarnya tidak mahu demo sokong Najib?

Pada firasat BTJ pro-Aspirasi tidak mahu demo sokong Najib sebab mereka pun dah meluat dengan Najib. Hahahahahahahahaha!!

Woit!! Kenapa plak nak tuntut Saifuddin letak jawatan? Saifuddin bukan berjuang nak mansuhkan Najib tapi nak mansuhkan AUKU! Dan lagi satu bukan berjuang untuk mansuhkan pro-Aspirasi! Hahahahahahahahaha!!

Woit!! Apsal tak demo tuntut Shahrizat letak jawatan sebab isu NFC? Takut sebab Shahrizat tu menteri dalam kabinet Najib ke? Silap-silap nanti Najib pun kena tempias letak jawatan! Hahahahahahahahahaha!!

P/s: Video di atas adalah bukti pro-Aspirasi tidak menyokong kepimpinan Najib. Sebab tu alumni yang lebih-lebih. Kesian. Hahahahahahahahahahaha!!

Pro-Aspirasi Pun Sokong BERSIH 3.0!



Monday 26 December 2011

WAWANCARA SIRI PERTAMA - TIMBALAN PENGERUSI KEADILAN PAHANG MENGUPAS ISU POLITIK PAHANG


Pahang dikatakan oleh sebuah badan selidik, adalah salah satu negeri yang bakal ditawan oleh PR di dalam PRU ke 13 nanti. Kita sedia maklum, di Pahang hampir kesemua Parlimen mempunyai penempatan Felda, kecuali di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang mana para Peneroka adalah aset kepada Umno/Bn selama ini. Begitu juga dengan beberapa penempatan kem tentera yang membekalkan mereka dengan Undi Pos.

Keadilan Pahang sememangnya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke 13 dan kunjungan Ketua Umum ke Pahang yang kerap dalam tahun ini menunjukkan bukti bahawa beliau tidak memandang rendah kebolehan kita menawan negeri ini.

Blogger PKR Pahang telah mengadakan wawancara khas dengan Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid yang juga Ketua Cabang Temerloh bagi membicarakan beberapa isu politik semasa di negeri ini. 

Wawancara ini akan disiarkan di dalam dua siri. Wawancara dengan beberapa pimpinan Keadilan Negeri Pahang juga akan disiarkan dari masa ke semasa.

Wawancara Siri Pertama 


Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid, Timb Pengerusi Keadilan Pahang/Ketua Cabang Temerloh



Soalan: Selaku Timbalan Pengerusi MPN, pada pandangan Sdr adakah PR mampu untuk menawan negeri ini?

Jawaban: Rakan saya YB Tuan Syed Hamid Syed Mohamed, ADUN Semantan dari PAS baru-baru ini memberitahu SINAR yang PR tidak mampu untuk menawan Pahang. Sementara saya menghormati pandangan beliau, namun pada masa yang sama saya optimis bahawa PR punya peluang yang amat cerah untuk membuat ‘upset’ di negeri Pahang. Saya kira bukanlah impian kosong malah bukan suatu yang mustahil untuk dapat menawan negeri Pahang. Pada masa yang sama kita juga mengakui bahawa ianya bukan tugas mudah,’herculean tasks’ namun saya tetap optimis.

Soalan: Mengapa Sdr mempunyai keyakinan sedemikian?

Jawaban: Suatu perkara yang perlu difahami bahawa pada pilihanraya kali ini PR lebih bersedia berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya yang lalu. KEADILAN Pahang sendiri saya lihat dari segi jentera, prasarana, strategi lebih kukuh, ampuh dan teratur. Saya melihat pendekatan-pendekatan baru dalam pilihanraya yang tidak lagi bersifat tradisional atau konservatif telah mula diperkenalkan kepada pimpinan dan jentera melalui kursus-kursus, bengkel dan seminar. Ertinya, pendekatan baru yang (jika saya boleh gunakan istilah ‘saintifiks’) yang saya kira memberikan pendekatan baru dan bersepadu didalam menghadapi pilihanraya.

Pun begitu, saya mengakui bahawa kekuatan jentera hanya menjadi sebahagian daripada kekuatan. Manakala sisi lain yang saya lihat ialah penerimaan rakyat kepada program-program PR di seluruh Negeri Pahang yang merangkumi kesemua segmen masyarakat dan bukan sahaja terhad kepada orang Melayu sahaja. Saya ambil contoh, tawaran Buku Jingga yang benar-benar mampu menangkap imaginasi pengundi sehinggakan Perdana Menteri sendiri pun “menciplak” beberapa idea daripada buku tersebut.

Kita juga selama ini melihat kalangan pengundi Felda sebagai cabaran tetapi kebelakangan ini dengan usaha giat rakan-rakan daripada Biro Masyarakat Felda KEADILAN dan ANAK, PAS saya melihat sedikit banyak mitos Felda sebagai deposit tetap BN kian terungkai. Sudah timbul kesedaran mendalam di kalangan warga Felda bahawa PR lebih serius, lebih konsisten untuk memperjuangkan nasib dan hak mereka. Harus diingat bahawa negeri Pahang ini mempunyai paling banyak tanah rancangan Felda di mana mereka ini mempunyai jumlah pengundi yang besar.

Begitu juga dengan isu Lynas, menjadi faktor penting yang kita lihat sangat membantu. Selain dari itu ialah kegagalan kerajaan BN Pahang untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang yang mana sudah 12 tahun bajet negeri defisit. Pada masa yang sama kita akui masih banyak hambatan yang boleh membantut hasrat PR untuk menawan negeri Pahang. 

Saya melihat ini daripada beberapa sisi. Pertama, tentunya keluhan sekian lama iaitu penyampaian maklumat yang terhad kerana ketiadaan akses kepada media arus perdana. Kedua, penggunaan jentera dan apparatus pemerintah seperti KEMAS, JASA dan lain-lain lagi yang digembeling sebegitu rupa untuk kepentingan politik BN. Yang ketiga, ialah parti-parti dalam PR masih lagi tidak boleh dikatakan benar-benar mantap dan bergerak dalam satu wadah.

Soalan: Sehingga kini, bagaimana tahap kerjasama di antara PR di seluruh negeri Pahang dan kerjasama semua peringkat pimpinan Keadilan sendiri? Mohon huraikan bagaimana kerjasama sesama PR dan semua pimpinan di dalam Keadilan ini boleh dipertingkatkan.

Jawaban: Pada keseluruhanya kerjasama terjalin dengan baik di antara parti-parti di dalam PR. Sama ada di peringkat pimpinan negeri mahupun di peringkat Cabang. Malah di peringkat negeri kita telah menubuhkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang yang sepanjang tahun 2011 ini telah bertemu dan bermesyuarat secara formal beberapa kali. Manakala perhubungan secara informal itu saya kira berjalan pada setiap masa.

Saya suka menyebut di sini bahawa saya belum lagi melihat pakatan ini sebagai pakatan yang benar-benar utuh, ada pihak yang menyebut bahawa PR ini sebagai gabungan yang bersifat perkongsian pintar atau ‘smart partnership’, namun saya melihat tahap perhubungan atau tahap kerjasama PR ini sebagai ‘friendly competitor’ yakni kita bersaing merebut kerusi melawan musuh yang sama iaitu BN di dalam suasana tolak ansur. Manakala impian saya ialah untuk melihat PR benar-benar menjadi ‘A force to be reckoned with’ yang berjalan sederap kaki, yang bergerak dengan satu hati ,bantu membantu dan mengembeleng seluruh kekuatan bersama.

Semua ini sangat kondusif untuk dicapai kerana pimpinan PR Pahang terdiri dari mereka yang telus dan memahami keperluan bagi menghadapi musuh yang sama iaitu BN. Cumanya prasyarat utama ialah kita perlu mula berfikir, merencana dan bertindak atas semangat PR serta meninggalkan pemikiran yang bersifat “keakuan”. Begitu juga mentaliti ‘big brother’ tidak perlu wujud kerana saya pnuya keyakinan semua komponen PR mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Ertinya kita perlu ‘compliment each other’ atau salin lengkap melangkapi dan saya fikir ini yang mahu dilihat oleh rakyat bagi menampakkan keyakinan mereka.

Soalan: Di dalam jangkaan Sdr secara peribadi, berapakah kerusi Dun dan Parlimen di negeri ini yang Keadilan mempunyai harapan cerah untuk dimenangi? Bagaimana peluang di Parlimen Temerloh dan Dun? 

Jawaban: Saya percaya berdasarkan kepada kekuatan dan sambutan daripada rakyat tidak ada apa yang mustahil akan berlaku pada PRU 13 nanti. Manakala bagi Temerloh saya punya keyakinan besar bukan sahaja PR dapat mengekalkan Dun Semantan malah kita mampu untuk menawan Parlimen Temerloh serta dua Dun lain iaitu Lanchang dan Mentakab.

Soalan: Difahamkan senarai calon-calon Keadilan hampir 100% telah dimuktamadkan bagi semua kerusi Dun. Faktor calon yang bagaimanakah yang Sdr fikir patut parti utamakan untuk dipilih nanti?

Jawaban: Saya membuat sedikit pembetulan di sini bahawa soal calon diputuskan secara tuntas oleh pimpinan parti. Yang berlaku ialah beberapa nama telah diangkat ke Pusat untuk diputuskan oleh pimpinan.

Tentunya kali ini pemilihan calon adalah lebih ketat dan berbagai faktor perlu diambil kira berdasarkan pengalaman yang berlaku di mana ada yang melompat dan keluar parti. Kepada saya peribadi syarat utama ialah komitmen untuk berkhidmat unruk rakyat, amanah, akhlak yang baik dan setia kepada perjuangan parti selain populariti harus dijadikan syarat utama.

Soalan: Difahamkan terdapat juga calon-calon yang melobi untuk diangkat sebagai calon dan tidak kurang juga ada yang mohon untuk tidak dicalonkan. Adakah keadaan ini mendatangkan masalah kepada parti?

Jawaban: Ketua Umum DSAI telah memberikan amaran kepada individu yang bertindak sebegini. Budaya melobi untuk menjadi calon bukanlah budaya KEADILAN dan kerana itu saya tidak langsung bersetuju jika sekiranya lobi melobi ini dijadikan amalan.

Di negeri Pahang, kita belum menerima maklumat tentang ada individu yang melobi untuk menjadi calon seperti yang berlaku di Selangor. Jika ada kes yang sama berlaku di Pahang kita akan tangani satu persatu (case by case).

Soalan: Apakah nasihat Sdr kepada calon-calon yang tidak terpilih sebagai calon di dalam PRU nanti?

Jawaban: Perjalanan dan perjuangan politik bukannya dititiknoktahkan dengan menjadi calon semata-mata. Namun perjuangan politik tentunya bukan sekadar menuntut untuk berkorban dan setia malah sebagai pelaku politik kita juga dituntut untuk berkepala dingin dan berjiwa besar.

Jadi nasihat dan peringatan saya ialah bukan sekadar bersabar malah lebih daripada itu, wajib turun membantu dengan sepenuh hati calon-calon yang dipilh dengan jiwa besar. Tentunya juga seruan saya agar jangan khianat dan menjadi gunting dalam lipatan.

Soalan: Sekarang kita tumpukan kepada Parlimen Temerloh yang mana Sdr sebagai Ketua Cabang Temerloh. Setakat ini, adakah Sdr berpuashati dengan kemajuan dan gerak kerja parti di Temerloh? 

Jawaban: Saya masih belum berpuashati dengan tempo gerakerja setakat hari ini kerana masih ada ruang–ruang yang tidak dieksploitasi sepenuhnya. Saya tidak berani seperti sesetengah pemimpin yang lain yang mengistiharkan bahawa mereka sudah bersedia sepenuhnya.

Pun begitu, saya boleh nyatakan bahawa Cabang Temerloh di dalam menghadapi pilihanraya kali ini jauh lebih bersedia daripada 2008 daripada segi jentera, prasarana dan gerakkerja. Saya mempunyai pasukan yang kuat dan benar-benar komited kepada perjuangan parti selain kita dapat mendakap semua segmen masyarakat berbilang kaum di dalam parti. Dengan pasukan yang kuat, komitmen dan semangat juang yang tinggi seluruh pimpinan Cabang Temerloh, saya kira inilah yang menjadi asset kekuatan teras bagi menghadapi PRU13.

Soalan: Ada pendapat yang menyebut kerjasama di antara Keadilan dan PAS di Parlimen Temerloh agak dingin. Benarkah dakwaan itu, dan jika benar mengapa ianya terjadi?

Jawaban: KEADILAN Temerloh tidak pernah pada sebarang masa tidak memberikan kerjasama kepada PAS malah program-program kita, kita sentiasa mengundang pimpinan PAS setempat untuk turut serta. Malah menjadi cita-cita utama saya untuk terus memantapkan PR Temerloh kepada suatu tingkat yang unggul. Hakikat yang mahu tidak mahu yang harus dihadam oleh semua pelaku politik dalam PR bahawa kita wajib bersama di dalam menghadapi musuh yang sama dan hakikat sejarah
politik tanahair menunjukkan tanpa kesatuan di kalangan parti-parti opposisi hampir mustahil ‘To wrestle BN from the power.’

Soalan: Ada yang mendakwa beberapa program ceramah dan aktiviti di Temerloh dilihat seperti berasingan dan jarang diadakan program bersama dengan PAS. Boleh Sdr jelaskan?

Jawaban: Memang kebelakangan ini banyak program PAS tidak mengundang penyertaan KEADILAN. Saya tidak mempunyai jawaban yang konkrit cumanya seperti yang disinggung di atas bahawa KEADILAN –PAS –DAP adalah ‘friendly competitor’ jadi ada kemungkinan mereka mempunyai perencanaan taktiks dan strategi mereka tersendiri tanpa penglibatan kita.

Kepada saya bukanlah menjadi satu hal yang harus diperbesarkan kerana itu adalah dalam lingkungan budi bicara pimpinan Pas sendiri yang tentunya sebagai sebuah parti yang paling lama di dalam PR mereka mempunyai congakkan sendiri bagi menawan hati rakyat serta menggamit imaginasi rakyat bagi berpihak kepada PR.

Saya ingin menegaskan bahawa secara peribadi pimpinan Pas Temerloh adalah rakan karib dan sahabat saya dan bagi pihak parti juga kita tidak menganggap adanya perselisihan atau konflik di antara PAS dan KEADILAN. Kerana itulah kita sentiasa berjiwa besar di dalam perjuangan bersama PR.

Soalan: Bagaimana pula kerjasama dengan DAP di Temerloh?

Jawaban: Kerjasama dengan DAP berada di tahap yang baik malah kita mengadakan beberapa program bersama seperti ceramah umum mahupun lawatan bertemu rakyat. Dengan DAP perhubungan yang mesra ini kerana kita dan mereka tidak bertemu di dalam ‘turf’ yang sama selain
sama-sama menyedari keperluan untuk mengembeleng kekuatan bagi menghadapi BN.

Soalan: Terdapat dakwaan bahawa Sdr selaku Ketua Cabang Temerloh dilihat kurang turun ke akar umbi sebaliknya hanya hadir di dalam beberapa program yang Sdr dijemput untuk menyampaikan ceramah sahaja. Adakah ini dakwaan benar? Mohon Sdr jelaskan.

Jawaban: Bukanlah sifat saya sejak dari dulu untuk mengangkat diri saya sendiri kerana yang lebih adil ialah ‘assessment’ yang dibuat oleh orang lain yang tidak berkepentingan. Dalam isu ini sejak dari dulu kita bergerak turun berjumpa dengan masyarakat atau akar umbi dengan segala batasan yang ada dan semua aktiviti ini tidak kita paparkan di dalam blog atau internet (mungkin ini boleh sahaja dianggap sebagai kelemahan saya). Jadinya, masa yang terluang termasuk di hujung minggu saya manfaatkan untuk bertemu dengan rakyat bukan sahaja di sekitar Temerloh ini malah di tempat-tempat lain juga. Pun begitu, sekali lagi saya tidak mendabik dada untuk mengatakan bahawa apa yang dibuat ini sebagai sempurna dan terbaik. Sahabat-sahabat di dalam parti yang rapat dengan saya tahu tentang aktiviti ini kerana mereka juga turut serta.

Soalan: Bagaimana dengan kerjasama di dalam Cabang Temerloh itu sendiri. Adakah Sdr menghadapi masalah dengan AJK-AJK di Cabang atau bagaimana?

Jawaban: Seperti yang saya singgung di atas, saya bersyukur kerana saya mempunyai suatu pasukan yang sangat komited kepada perjuangan. Sebagai Ketua Cabang saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana AJK saya. Malah saya membawa pendekatan kepimpinan kolektif di mana semua AJK dianggap sebagai Pimpinan Cabang dan begitu juga di dalam membuat keputusan. 

Adalah menjadi suatu yang yang sangat jarang berlaku untuk saya ‘Impose my will’ kepada AJK saya. Malah Cabang Temerloh berbangga dengan saudara Man Kadir, Timbalan Ketua Cabang yang sering diundang ke seluruh Negara memberikan ceramah. Saya sekadar mengingatkan saudara Man Kadir untuk sentiasa membawa nama Cabang Temerloh di dalam semua kegiatan di seluruh negara. Jadi hal yang semacam ini menjadi nilai tambah kepada kekuatan sedia ada Cabang Temerloh.

Soalan: Apa pendapat Sdr dengan sikap `One Man Show' di dalam parti? Adakah ini berlaku di dalam parti dan apakah sikap ini akan memberi kesan kepada parti?

Jawaban: Mereka yang terjun di dalam politik wajar menjauhkan diri daripada sikap `One man show' ini. Parti politik tidak boleh digerakkan oleh seorang individu secara berseorangan tetapi menjadi pra syarat ianya harus digerakkan sebagai satu pasukan yang mantap. Mungkin ada elemen ini di dalam parti yang disebabkan oleh keghairahan individu itu sendiri. Beliau mungkin mempunyai nawaitu yang baik tetapi niat yang baik harus dikerjakan dengan kebijaksanaan dan dalam hal ini tentunya kerja berpasukan. Saya ingin tegaskan di sini ialah parti politik punya kewajaran diuruskan secara jamaah.

[Di dalam Wawancara Siri Kedua nanti, Sdr Ahmad Nizam akan memberikan pandangannya terhadap prestasi AMK dan Wanita Keadilan, isu yang melanda MP Temerloh, YB Saifuddin yang kini ditekan oleh Mahasiswa serta beberapa pimpinan Umno agar meletakkan jawatan. Turut diulas adalah pandangan beliau terhadap kepimpinan PM, Najib Razak. ]

Sunday 25 December 2011

Selamat Hari Natal

Pasukan blog Batu Tepi Jalan mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua pengunjung blog ini dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru itu, anggaplah perbezaan yang wujud ini adalah sebagai satu tuntutan untuk kita mengenali antara satu sama lain.

Sekian,
Batu Tepi Jalan ( BTJ )
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 22 December 2011

Mari Terus Melawan

SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno

Kenyataan Terbuka

21 Disember 2011

SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.

Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.

Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.

Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 - 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri.

SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar.

Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut.
Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa. 

Malangnya polis yang ramai hanya melihat kejadian tersebut. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai 'lan'. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya.

Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan UPSI (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya) untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa.
Tiba - tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Gambar atas ialah tindakan kurang ajar pemuda yang digunakan dengan bangga di blog - blog umno gambarnya. manakala dua gambar berikut ialah tindakan (ahli) Umno menghantar kek tahi ke ketua menteri Pulau Pinang, kemudian dia memotong kek tersebut dan sajikan kepada kakitangan awam. Kecewa kek tahinya tidak ada yang ambil akhirnya dia sendiri makan kek tersebut. Tindakan hina ini bukan kali pertama sebelum ini proksi Umno pernah hantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, utusan dan lain - lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero.

Beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara. Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik ?
Polis diminta bersikap profesional. Jika Adam Adli salah sila dakwa dia berdasar undang - undang tak kisah lah jika ada akta menurun bendera dakwanya. Sebagai anak muda seharusnya ketika dia melakukan perkara tersebut dia juga harus sedia berdepan risikonya.

Kepada rakyat lihatlah cara tidak bertamadun Umno berdepan dengan tuntutan rakyat. Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Najib presiden Umno yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno.

Kepada anak muda terus bangkit, jangan takut. Ketika hujung usia regim di Mesir dan dibanyak negara , gerakan rakyat bukan sahaja berdepan dengan tindakan polis/tentera melindungi regim tetapi berdepan dengan gangster upahan yang takut pelindung mereka hilang kuasa.

Bersatulah semua gerakan rakyat untuk menumbangkan regim. Ayuh sama kita kibarkan bendera kebersamaan dalam perjuangan dengan mengenepikan perbezaan.
Bersekutu mendesak perubahan, Asalkan Bukan Umno.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday 20 December 2011

Isu Turunkan Bendera - Utusan Putar Belit

Isu yang hangat sedang diperkatakan dan dibualkan di media-media sosial sekarang adalah isu seorang mahasiswa yang bernama Adam Adli telah menurunkan bendera gambar Najib Tun Razak dan menggantikan dengan bendera Academic freedom. Ia hanya berlaku dalam sekitar 5 minit sahaja dan kemudiannya bendera gambar Najib Tun Razak dinaikkan semula.

Apa yang BTJ tahu, hanya aksi menurunkan bendera sahaja yang berlaku dan bendera gambar Najib Tun Razak dalam keadaan baik. Melalui sumber bacaan bergambar dan video di youtube, tiada aksi mengoyakkan bendera berlaku.

Jadi, dari mana Utusan Malaysia ( Utusan Meloya ) dapat khabar bendera gambar Najib Tun Razak itu telah dikoyakkan?

Memang sah Utusan Malaysia ini akhbar putar belit. Ini bagi menipu rakyat Malaysia yang berada di luar bandar dan menimbulkan imej yang sangat buruk terhadap mahasiswa yang berdemo pada 17hb Disember baru-baru ini.

Mana-mana pihak perlu tampil terutama dari pihak mahasiswa sendiri untuk memperbetulkan keadaan. Jika tidak, imej buruk ini boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil iaitu apabila ada pembaca Utusan Malaysia ini beremosi dan mungkin akan berlaku kejadian tidak dingini.

Bukti Utusan Malaysia putar belit ada di bawah. Ini gambar screen shot yang BTJ dapatkan.



P/s:Insaflah wahai pekerja akhbar Utusan. Berhentilah dari menjadi pak turut kepada Umno!

Monday 19 December 2011

Lembu Serang Ketua Bahagian Umno Cheras

Mkini: 'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut 

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

Timbalan Ketua Umno bahagian Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai Khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.

Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya tentang "memikul biawak hidup" dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.

"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.

Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.

Sementara itu, ketetapan yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini antaranya:

(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival UMNO menjelang pilihan raya ke-13.

(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.

(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.

P/s: Akhirnya lembu peliharaan Shahrizat yang bernilai RM250 juta telah mulai membuahkan hasil..hahahahahahahahaha!!

Lembu-lembu ini ada keistimewaan iaitu boleh menyerang orang! hahahahahahahahaha!!

Lembu-lembu ini boleh mengaku sebagai NGO! hahahahahahahahaha!!

Lembu-lembu ini lebih cerdik dari Panglima-panglima Ludah! hahahahahahahahahaha!!

Saya Juga Tolak Shahrizat!

Mari Sokong Ini!




Video: Ludah Dibalas Hujah


Tahniah Mahasiswa! 


Tahniah Anak Muda!



Kakitangan Awam Wajib Bangkit!

Mkini: AMK: Kenapa k'jaan tergesa-gesa dengan SBPA? 

Pemuda PKR (AMK) hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tergesa-gesa untuk melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"AMK juga mengesan wujudnya kekalutan dalam aspek tempoh pemberian opsyen kepada penjawat awam dalam memilih sama ada untuk menerima SBPA atau kekal di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

"Mengapakah kerajaan perlu tergesa-gesa dalam menguatkuasakan pelaksanaan skim SBPA ini seolah-olah ada ‘gula-gula pilihan raya' di sebaliknya?" kata Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi (kanan).

Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam dilaporkan berkata tidak akan menerima tawaran SBPA sehingga satu pertemuan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataannya hari ini, Najwan berkata, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu menangguhkan pelaksanaan SBPA serta berunding dengan Cuepacs bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.

"Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.

Najwan berkata, ketidakseimbangan pelarasan gaji sebagaimana didedahkan Cuepacs sememangnya memeranjatkan dan bercanggah dengan pengumuman oleh Najib sewaktu pembentangan Belanjawan 2012 .

Katanya, menteri kewangan menyatakan kenaikan gaji kakitangannya antara 7 hingga 13 peratus, namun dakwanya apa yang berlaku sebenarnya kurang daripada 7 peratus.

P/s: Jika terdapat sebarang penipuan atau ketidaktelusan dalam SBPA ini, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat strategi untuk memerangkap kakitangan awam, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat ketidakseimbangan dalam pelarasan gaji, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

Jika terdapat cubaan "menggula-gulakan" kakitangan awam, kakitangan awam wajib bangkit melawan!

1.4 juta kakitangan awam wajib bangkit melawan demi masa depan negara!

Jika Cuepacs tidak berjaya, kita turun ke jalan raya!

Kakitangan Awam Sokong BERSIH 3.0!


Kakitangan Awam Juga Sokong Ini!

Isu Bantuan Bank Dunia - Dr.M Pula Perlu Bersumpah

Saiful telah pun bersumpah, Dato' Eskay pun juga telah bersumpah. Kini menanti waktu Dr. M pula yang bersumpah dalam isu dakwaan Anwar mengenai bantuan Bank Dunia.

Ini merupakan isu panas di waktu sekarang apabila dua pihak iaitu Anwar dan Dr. M sedang bertolak-tolak mengenai dakwaan bantuan Bank Dunia ini.

BTJ tidak mahu mengulas panjang tentang isu ini. BTJ cuma menanti Dr. M menjawab. Jika Dr. M tidak mahu menjawab, sila bersumpah seperti yang selalu diminta oleh ahli-ahli Umno supaya Anwar melakukannya.

Hahahahahahahahahaha!!

Ini disertakan screen shot bukti mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia.






Sejauhmana kebenarannya pendedahan ini?

Dr. M sila jawab!

P/s: Saya mohon Dr. M jawab dengan menggunakan Bahasa Melayu. Hahahahahahahahaha!!

Saya Mudah Lupa!





Sunday 18 December 2011

Panas!!!!! Gambar Sang Panglima & Ratu


BTJ sangat terkejut, terpegun dan geli hati dengan video ini. BTJ tak tahu Raja mana yang lantik mereka ni jadi panglima. Hahahahahahahahaha!!

Harap-harap panglima ini semuanya ada tauliah oleh JAIS! Hahahahahahahahahaha!!

Siap penutup dengan takbir tu. Hahahahahahahahahaha!!

Panglima yang pakai baju hitam berbunga duduk sebelah ketua panglima tu kenapa diam je? Panglima Hang Diam ke? Hahahahahahahahahahaha!!

Ini pula gambar Ketua Panglima dengan ratunya. Cun dan seksi tu. Masa ni ingat nak takbir tak wahai panglima? Hahahahahahahahahaha!!


Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=154672017972927&set=pu.128727520567377&type=1&theater

Benarkah Tanah Nilai Jutaan Ringgit Ini Milik Dia?

BTJ jumpa link blog ini di facebook dengan tajuk: INILAH GAMBAR TANAH KELUARGA SHARIZAT YANG BERNILAI RM3,363,507 JUTA.

Jika benar pendedahan blogger ini, keluarga Shahrizat ini memang kaya tetapi persoalannya dari mana sumber kewangannya?

Sebagai seorang menteri di kabinet pada BTJ belum cukup mampu untuk membeli tanah dengan harga sebegitu.

Adakah menggunakan dana awam berjumlah RM250 juta untuk projek National Feedlot Corporation ( NFC ) yang diberi oleh kerajaan?

Semua soalan ini perlu dijawab oleh Shahrizat dan keluarganya termasuk menteri yang berkaitan atau mereka mahu menafikannya?

BTJ masih menantikan pendedahan lanjut mengenai chalet mewah Cempakasari di Janda Baik yang dikatakan juga milik Shahrizat.

Kini isu tanah di Putrajaya pula. Memang habis dah terselak kain Shahrizat. Hahahahahahahaha!!

Berikut adalah post beserta gambar dari lianglahad.blogspot.com yang BTJ salin dan muatkan di post kali ini. Terima kasih lianglahad.blogspot.com atas pendedahan ini.

Hari ini jam 2pm..
Jingga 13 telah mengadakan lawatan ke tanah Sharizat di Presint 10 di Putrajaya..

Tanah seluas dua bidang tersebut dibeli melalui akaun National Meat Lives Corporation (NMLC) pada tahun 2009 dengan hargaRM3,363,507 juta..

Di sini aku kongsikan beberapa keping gambar lawatan ke tanah tersebut...








Bukti.. plan lot tanah yang dibeli NMLC RM3.4juta..



Inilah lot tanah yang di beli NMLC.




Inilah lot tanah yang di beli NMLC.




Shahrizat nak menafikan..?

Kita tunggu dan lihat adakah Shahrizat akan menafikan pendedahan ini.

Apa yang pasti lembu NFC tidak akan menafikannya. 

Hahahahahahahahaha!!