Wednesday 30 May 2012

Seronok Dapat Habuan Pergi Himpunan Sejuta Belia



Seperti biasa, gambar ini BTJ dapat dari laman sosial facebook
Jika benar seperti yang kita dapat lihat dalam gambar ini
Agak-agak berapa banyak wang yang habis dibelanjakan untuk diberi kepada mereka ini?
Maklumlah ada sebuah akhbar perdana melapor bahawa sejumlah 2 juta telah hadir ke perhimpunan ini

Hebahan: #Occupy Di Temerloh



Mari turun beramai-ramai
Kita #Occupy sama-sama

Thursday 24 May 2012

Halau 1.0 Pula, Mana Gas Pemedih Mata & Water Cannon?

Mula-mula ada Dato' jual nasi lemak mengetuai demo Bersih 4.0 (versi anti Bersih) di hadapan rumah Ambiga

Siap lelong lot meniaga

Sampai sekarang tiada sebarang tindakan ke atas puak ini

Buat lelongan haram di hadapan rumah orang


Siang tadi Halau 1.0 pula

BTJ tidak tahu siapa pula ketua untuk gerakan ini

Tapi yang lucunya mereka ni nak halau siapa?

Nak halau Ambiga dari rumah atau tanah miliknya ke?

Memang puak-puak ni pakai undang-undang rimba la


Lagi satu seperti tajuk post ini

Mana gas pemedih mata dan water cannon untuk meleraikan perhimpunan?

Mana perginya polis-polis yang tunjuk samseng masa Bersih

Kawasan rumah Ambiga ni tersenarai antara kawasan yang boleh diadakan perhimpunan aman ke?


P/s: Polis tu bukan tunjuk samseng je tapi memang samseng dan ganas!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Semua Jasa UmnoBN Termasuk Ini

Gambar ini BTJ dapat dari laman facebook

Apa yang terpamer di gambar sangat kontradik

Bicara soal jihad tetapi hiburan yang dianjurkan juga sangat melampau


P/s: Awas anak-anak muda, UmnoBN sedang memancing kamu semua dengan hiburan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 23 May 2012

Video: Debat PTPTN Rafizi & Khairy Part 2

Rafizi bertanya kepada Khairy tentang wang Petronas yang ratusan bilion ringgit
Sila dengan betul-betul jawapan Khairy
Persoalan saya ke manakah wang Petronas itu telah dibelanjakan?


P/s: Mari kita berdoa semoga Najib Razak akan berdebat dengan Anwar Ibrahim sebelum PRU 13 ini. Agak-agak berani ke?


Hahahahahahaha!!!

Video: Debat PTPTN Rafizi & Khairy

Mari menonton video debat ini
Penting kepada semua pihak kerana banyak info tentang masa depan pendidikan tinggi negara
Dengan hujah Rafizi
Dengan hujah Khairy
Sila bandingkan
Kemudian buat keputusan untuk PRU 13 nanti


Selepas Debat Makan Semeja

Inilah budaya yang kita mahukan

Inilah kematangan yang kita mahukan

Tahniah kepada Rafizi dan Khairy

Najib dan Anwar bila lagi?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 22 May 2012

Sila Pilih Yang Mana Satu



Jika minta BTJ pilih akan bias

Kerana BTJ akan pilih untuk ke program Ustaz Azhar Idrus

Minta maaf sangat-sangat

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hebahan: Program Melawan Di Lanchang Malam Esok

Jemput datang berama-ramai

Anak-anak muda lancang jangan ketinggalan

Sila berdiri di barisan yang benar

Anak muda pembawa perubahan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dato' Yusof Zainal Abidin Antara Peguam Bela Anwar Ibrahim


Siapakah Dato' Yusof Zainal Abidin ini?
Siapa yang dah tahu pasti akan senyum
Pasti akan gembira kerana ini merupakan satu simbol
Simbol yang akan membuatkan Najib Razak kecut
Siapa yang belum tahu biar BTJ bagi tahu

Dato' Yusof Zainal Abidin ini merupakan Peguamcara 2 yang mengetuai pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2
Beliau ini telah meletak jawatan di Jabatan Peguam Negara selepas selesai kes liwat 2
Kini beliau bersama dengan barisan peguam pembelaan Anwar Ibrahim

Simboliknya orang yang pernah berada di barisan peguam yang mendakwa Anwar Ibrahim kini telah bersama Anwar Ibrahim
Pasti ada yang akan kecut
Pasti ada yang menggigil
Pasti ada yang gigit jari

P/s: Salute dengan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya kerana tidak pernah gentar untuk ke mahkamah dan berhadapan dengan undang-undang

Ada orang takut nak ke mahkamah Perancis

Hahahahahahahaha!!!

Hebahan: Malam Ini Debat Khairy & Rafizi

Ini debat antara dua orang pemimpin muda

Seorang dari Umno seorang dari PKR


Mari kita pergi beramai-ramai

Bukan untuk melihat siapa betul siapa salah

Bukan untuk menghakimi

Tetapi untuk pencerahan

Kita mendengar dan menilai

Untuk kita membuat keputusan


P/s: Jika ada kelapangan BTJ pasti akan hadir.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video: Bacaan Puisi Oleh Seorang Anak Muda Dari Temerloh


Ini puisi melawan
Puisi untuk kesedaran
Puisi untuk pencerahan
Puisi buat anak-anak muda yang mahukan perubahan


Mari kita hayati
Mari kita mencari erti


P/s: BTJ tidak tahu akan nama pembaca puisi ini
Kepada yang tahu dan mengenalinya
Sila bagi tahu anak muda ini
Videonya membaca puisi ada dalam youtube

Monday 21 May 2012

Siapakah Insan Yang Bernama Kangkung, Timun Ini?

Mengapa Utusan tidak siarkan berita ini?


Siapa yang jawapannya?
Kangkung & Timun antara nama pengundi berdaftar di Malaysia
Sudah tentu Jabatan Pendaftaran Negara boleh jawab
Sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya juga kena jawab
Jika tiada jawapan, sila rujuk 8 tuntutan Bersih
Hahahahahahahaha!!!

P/s: Kerana ini kita perlukan Bersih 4.0!!!
Ayuh perlihatkan kepada dunia kebangkitan anak-anak muda Malaysia!!!

Mengapa Perlu Boikot Skinchan Ikan Bakar?

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md Nasir ini merupakan tauke kepada restoran Skinchan Ikan Bakar. Beliau inilah yang mengetuai demo anti Bersih di hadapan rumah Ambiga. Beliau ini juga peniaga kereta mewah. Tiba-tiba muncul untuk menjadi hero dengan demo yang memalukan seperti itu.

BTJ tidak mahu mencoret panjang. Mari kita boikot restoran Skinchan Ikan Bakar. Kita boikot bukan kerana Ambiga tetapi kerana 8 tuntutan Bersih dan juga kerana mahu menolak individu-individu seperti Datuk ini.



P/s: Freeloader yang cuba menjadi hero..Hahahahahaha!!!




Hebahan: Malam Ini Di Temerloh

Sila hadir beramai-ramai

Hadir tunjukan tanda sokongan

Sokongan untuk melakukan perubahan


Published with Blogger-droid v2.0.4

Gambar: Mereka Inilah Pejuang Islam Sebenar

Gambar ini BTJ perolehi di laman sosial facebook

Jika sekali lihat kita akan tahu bahawa mereka ini adalah pejuang Islam yang berani dan hebat

Namun, apabila dua kali lihat

Kita akan sedar bahawa mereka juga adalah pencarut yang hebat

Satahu BTJ perbuatan mencarut salah di sisi Islam

Jadi mereka ini mungkin sahaja dalam kekeliruan

BTJ minta Hassan Ali tampil untuk menasihati dan mengajar mereka ini

Moga mereka ini diperbetulkan akidah oleh Hassan Ali


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 17 May 2012

Gempar!!! Anak Menteri Wilayah Dapat Projek Nilai Jutaan Ringgit?

Gambar ini BTJ dapat di laman sosial facebook

Masih tidak tahu kesahihannya

Cuma jika benar! Untung la anak Menteri tu

Nampaknya Umno masih mengekalkan budaya kroninya

Budaya ini sudah berakar dalam Umno

Katanya Umno sudah berubah

Katanya ada transformasi dalam Umno

Inikah bukti perubahan atau transformasi yang dilakukan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video: Pak Samad Rally Deklamasi 3 Puisi DI Taman Esplanede Temerloh


Ini Sasterawan Negara kita yang cool
Walaupun sudah berumur tetapi hati masih kuat dan muda


Ini bukan sasterawan kaki bodek
Ini sasterawan rakyat
Sasterawan yang berjuang bersama rakyat
Sasterawan yang bersama rakyat menuntut perubahan


Jika Pak Samad berani ke hadapan
Mengapa tidak kita sebagai anak-anak muda?


Lawan tetap lawan!

Video: BERSIH 3.0 Sebelum Diserang Oleh Polis @Dataran Merdeka


Lihatlah perhimpunan BERSIH 3.0 yang aman ini
Ini adalah keadaan sebelum diserang oleh pihak polis
Mereka bersorak dengan gembira
Mereka tiada senjata
Mereka tiada membaling apa-apa
Mereka hanya berkumpul dengan aman
Mereka hanya mahu menunjukkan protes


P/s: Peserta BERSIH 3.0 tiada yang melakukan senaman punggung
Tiada yang menunjukkan punggung ke arah polis
Hahahahahahahahaha!!!

Video: BERSIH 3.0 Berarak Ke Dataran Merdeka


Terbukti peserta berarak dengan aman
Masa ini tiada polis melakukan provokasi
Tiada air kimia atau gas pemedih mata
Mereka dapat berarak dengan bersemangat dan gembira
Kuala Lumpur telah menjadi milik mereka
Mereka mahu Duduk & Bantah di Dataran Merdeka
Di sana simbol kemerdekaan negara
Di sana simbol kemerdekaan rakyat Malaysia



Hebahan: Seorang Ibu Kehilangan Anak OKU

Minta kepada saudara dan saudari di luar sana

Mohon kepada semua

Bantulah ibu ini mencari anaknya

Jika ternampak atau terserempak dengan individu yang hilang

Sila hubungi nombor yang tertera dalam gambar


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hebahan: Program Melawan Di Bera - Mari Turun Beramai-ramai

Anak-anak muda di Bera wajib hadir

Dapatkan info yang tiada disiarkan di kaca televisyen

Jika bukan anak-anak muda siapa lagi?

Akhirnya dunia ini menjadi milik kamu semua!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 16 May 2012

Hebahan: Program Melawan Di Temerloh

Anak-anak muda wajib hadir


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video: Puisi Khas Buat Pasukan Polis Malaysia

Inilah puisi yang bertajuk "Pesan Sarjan Kepada Koperal"
Ditujukan khas kepada kaum polis
Harap mana-mana kaum polis yang menontos video ini akan sedar
Polis adalah pelindung keselamatan rakyat
Bukan pelindung kuasa pemerintah

Wang gaji polis bukan dibayar dengan wang yang keluar dari poket pemerintah
Ia adalah wang hasil titik peluh rakyat yang bekerja
Marilah polis bersama rakyat
Kita bina negara ini agar menjadi sebuah negara yang maju dan bertamadun
Bukan jadi negara "tarian punggung"

Hahahahahahahaha!!!


Pembaca puisi ialah Ahmad Nizam Hamid
Seorang peguam dan merangkap Ketua PKR Cabang Temerloh



Video: Puisi Kerana Kau Bahasa Oleh Ahmad Nizam Hamid

Puisi yang bertajuk Kerana Kau Bahasa
Dipersembahkan oleh Ahmad Nizam Hamid
Beliau ini merupakan Ketua Cabang PKR Temerloh
Seorang yang berjiwa muda
Sila undi beliau untuk Parlimen Temerloh
Anak-anak muda wajib undi beliau!


Video: Puisi Oleh Seorang Pakcik Dari Chenor Khas Buat Anak-anak Muda

Salute kepada pak cik ini
Beliau datang dari Chenor
Puisinya sangat hebat
Bisa menggoncang jiwa anak muda. 



Video: Perjalanan Ini Live @Esplanede Temerloh

Lagu yang membawa erti yang sangat besar dan begitu mendalam maknanya. Sila hayati lagu ini dengan jiwa seorang manusia marhaen.



Sunday 13 May 2012

Gambar: Pak Samad Bersama Anak Muda Temerloh

Program santai bersama Pak Samad di Taman Esplanede Temerloh. Berlatar belakangkan Sungai Pahang. Hidup anak muda Temerloh. Video program akan menyusul.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Gambar: Bukti Setiap Kerusi Di Stadium Bukit Jalil Dipenuhi Ahli Umno

Inilah kebanggaannya

Inilah bukti kehebatannya

Inilah bukti kebangkitannya

1 Malaysia sudah tahu

Tiada yang dapat menghalangnya

Umno akan terus lara

Tipu rakyat Malaysia

Hahahahahaha!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 11 May 2012

Blog Pro Umno Kantoi Memfitnah Lagi

Jika tidak memfitnah bukan Umno la namanya. Dah la menipu dan memfitnah, kantoi pula tu. Makin busuk la Umno. Hahahaha!!!


Gambar ini BTJ dapat dari blog Era Pasca. Moga pemfitnah ini akan diampun oleh Tuhan segala dosa-dosanya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Program Melawan Wajib Hadir Hujung Minggu Ini

Anak-anak muda wajib untuk hadir
Jika bukan sekarang bila lagi?
Ini adalah zaman untuk anak-anak muda
Masa depan milik kamu semua











Bila Lagi Mereka Yang Dalam Gambar Ini Akan Ditangkap Oleh Polis?

Bila lagi mereka ini akan ditangkap?



4 lagi peserta perhimpunan ditahan - Sinaran Hairan

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lagi peserta perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang, yang gambar mereka disiarkan di dalam media menjadikan jumlah keseluruhan 16 yang ditahan sehingga awal pagi ini.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz ketika dihubungi Bernama berkata empat peserta yang ditahan masing-masing berusia antara 20 dan 50 tahun.

"Keempat-empat mereka ditahan di lokasi berasingan antaranya di Pulau Pinang, Seremban, dan Batu Pahat," katanya.

Beliau berkata keempat-empat peserta perhimpunan itu ditahan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit dalam insiden kekacauan pada 28 April lepas.

Sebelum ini, media melaporkan daripada 141 gambar yang disiarkan dalam media, hanya 12 ditahan dan daripada 12 orang itu, lapan telah didakwa sementara empat lagi dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut. - Bernama


P/s: Simpati kepada peserta BERSIH 3.0

Turun ke jalan niat baik menuntut pilihanraya yang adil dan bersih

Najib pula kata nak gulingkan kerajaan

Kena tibai dengan polis pula

Sampai ada yang cedera berdarah-darah

Sekarang kena tangkap pula

Mereka yang tibai peserta BERSIH 3.0 ini bila pula nak kena tangkap?

Mari Kita Turun Demo Lagi!!!







Hanif Omar Minta Jangan Ragui Beliau

Hanif Omar: Jangan ragui saya, tengok rekod lama - Sinaran Hairan

SHAH ALAM – Tun Hanif Omar meminta pihak-pihak yang meragui kewibawaan beliau menerajui Panel Penasihat Bebas berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 agar melihat rekod beliau masa-masa lalu termasuk ketika menganggotai jawatankuasa menyiasat insiden polis menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa komen daripada beberapa pihak yang melihat pelantikan beliau sebagai pengerusi panel terbabit tidak sesuai memandangkan siasatan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia atas alasan beliau juga merupakan bekas ketua polis negara.

Tambah Hanif, beliau turut diberi persepsi yang sama apabila dilantik ke Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004/5.

“Pada Mei 2010, saya menganggotai Panel Khas Pemantauan Siasatan Polis terhadap kematian mengejut Aminulrasyid Amzah di Shah Alam di mana kedua-dua suruhanjaya dan panel terbabit adalah berhubung aduan terhadap polis,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Hanif, beliau berharap dapat mengendalikan tugas dan harapan tinggi yang disandarkan pihak kerajaan kepadanya bagi mengemudi panel tersebut.

Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak sama ada menerusi Facebook, blog dan kenyataan media mempertikaikan pelantikan beliau mengetuai panel tersebut.

Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa lantikan tersebut telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran ‘keganasan’ polis ke atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun cubaan untuk mengatakan Bersih 3.0 merupakan ‘coup d'état’.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas itu, tetapi melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."
“Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Mengulas lanjut pelantikan beliau, Hanif berkata, “saya menerima e-mel mengenai pelantikan saya sebagai pengerusi panel tersebut bersama enam ahli panel lain pada jam 1.30 petang tadi.”

Bagaimanapun katanya, tiada terma rujukan atau lain-lain maklumat diterima.

“Setelah membuat pertanyaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha bahawa Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memanggil saya dalam tempoh terdekat apabila beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan terma pada hari tersebut.

Hanif berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa KDN akan mewujudkan sekretariat untuk panel ini.

Katanya, panel terbabit akan melangsungkan mesyuarat pertamanya secepat mungkin selepas perjumpaan dengan menteri dan apabila sekretariat itu ditubuhkan.

“Saya jangkakan mesyuarat pertama akan membincangkan terma, meletakkan tugas, serta membincangkan bagaimana hendak mengendalikan tugas agar boleh meyakinkan, memuaskan, menampakkan kejujuran serta keseimbangan kepada semua pihak,” katanya.

Semalam, Hishammuddin mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan Haniff bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

P/s: Kami tak ragu Haniff Omar Jadi Ketua Panel

Tapi kami ragu bagaimana Haniff Omar boleh jadi Timbalan CEO Genting

Hahahahahahahaha!!!

Ahad Ini Tiada Ragu-ragu!


Thursday 10 May 2012

Betulkah "Durian Runtuh" Bukan Gula-gula PRU 13?

'Durian runtuh‘ Felda bukan gula-gula PRU13 - Sinaran Hairan

SHAH ALAM - Pemberian durian runtuh kepada warga Felda tidak boleh dianggap sebagai ‘gula-gula’ kepada rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian RM15,000 kepada setiap ke­luarga Felda adalah sumba ngan daripada keuntungan perniagaan produk yang dihasilkan.

Menurutnya, warga Felda tidak perlu terpengaruh de ngan hasutan pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyisihkan peneroka daripada arus pembangunan negara.

“Peneroka harus menolak dakwaan itu dan bersyukur dengan usaha kerajaan hari ini yang sentiasa prihatin terhadap nasib dan masa depan keluarga Felda.

“Inilah bukti kerajaan BN tidak pernah mungkir janji kepada rakyat dan sentiasa menjaga kebajikan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya, dengan pemberian tersebut, ia juga me nunjukkan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat dan sentiasa melaksanakan apa yang dijanjikan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian durian runtuh dengan dana RM1.689 bilion diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar menerusi tiga fasa.

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM5,000 diberikan kepada ketua keluarga akan mula dilaksanakan tidak lama lagi, diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan yang dibuat sejurus bayaran fasa pertama selesai.

Bayaran RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak peneroka yang di jangka dilaksanakan selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia bulan depan.

Manakala kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan Felda juga akan menerima bonus tambahan, iaitu dua bulan setengah gaji tahun ini.

P/s: Ini lagi satu kenyataan yang lawak

Kenyataan dengan tujuan nak tipu orang-orang Melayu yang sudah pandai

Jika "durian runtuh" bukan gula-gula PRU 13, mengapa bagi sekarang?

Bagi sebab keuntungan Felda, baru sekarang ke Felda untung?

Mengapa tak bagi masa menang PRU 12 2008 dulu?

Mengapa Najib tak bagi masa dia mula-mula menjawat jawatan PM?

Sudah-sudah la memperbodohkan rakyat woi!!!

Mari Buat Ramai Di Demo Tuntut Mansuh Tol!


Wednesday 9 May 2012

Haniff Omar Ketuai Panel Siasatan, Dah Takde Orang Lain Ke?

BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan - Mkini

Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Beliau baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.

Anggota lain panel itu termasuklah:
  • Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
  • Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
  • Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
  • Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.
  • Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Menurutnya pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

"Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

"Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya.

Hishammuddin berkata penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara," katanya.

P/s: Dah takde orang lain untuk dilantik jadi ketua panel siasatan?

Mamat ini bukan orang yang berkecuali

Kenapa tak lantik Rahim Thamby Chik je?

Pegi mampos la dengan ketua panel siasatan ni

Hahahahahaha!!!

Mari Turun Demo Tuntut Hapuskan Tol!




Video: Bukti Polis Lakukan Provokasi Semasa BERSIH 3.0


Wah, main baling botol plak ye..
Masa sekolah dulu mesti suka main baling botol juga ni..
Polis dah tak dapat nak berselindung..
Hahahahahahaha!!!

6 Persoalan Yang Perlu Majlis Fatwa Beri Penjelasan

Nurul Izzah mahu 6 penjelasan Majlis Fatwa - Sinaran Hairan

SAYA terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut: "Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik."

Pertama, perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihan raya bebas dan adil tidak haram?

Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am - adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."

Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihan raya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihan Raya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihan Raya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihan raya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15 peratus setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut pada 22 Mac 2012, iaitu minta Perdana Menteri menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan

Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.

Jawapab Senator (Mejar Jeneral Bersara), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihan raya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihan raya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil."

Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil Perdana Menteri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.

Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan diatas agar kesucian Islam terpelihara

* Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR

P/s: Tidak sabar menanti jawapan dari JK fatwa Kebangsaan

Agak-agaknya apa jawapan yang diberi

BTJ tambah lagi satu soalan dan minta JK Fatwa jelaskan

Apakah fatwa umat Islam berkumpul sambil bersorak sorai menonton rancangan Mentor, AF dan banyak lagi rancangan hiburan yang lain?

Hahahahahahahahaha!!!

Jumlah "Durian Runtuh" Yang Sepatutnya Peneroka Berhak Dapat

'Peneroka Felda berhak dapat RM50,000 sekeluarga' - Mkini

PKR telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka Felda.

Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. Felda akan menjual 59 peratus daripada pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru.

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65.

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion.

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion.

Jumlah keluarga peneroka Felda di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.

Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, PKR berpendapat Datuk Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30 peratus (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) daripada dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70 peratus daripada jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama PKR kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh Felda kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. PKR mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.

P/s: Jumlah ini pun belum cukup "runtuh" lagi

Bagi BTJ RM100k baru layak digelar "durian runtuh"

Hahahahahahahahaha!!!

Mengapa tidak beri "durian runtuh" masa tahun pertama selepas kemenangan di PRU 12?

Mengapa tidak beri "durian runtuh" masa tahun pertama Najib memegang jawatan PM?

Mengapa sekarang baru nak beri?

Pancing untuk PRU 13 ke?

Najib dah tak boleh nak tipu!!!

Peneroka semua dah tahu

Hahahahahahahahaha!!!


Apabila Marina Mahathir Komen Mengenai BERSIH 3.0


'Bersih 3.0 Jadi Huru-Hara Apabila Polis Menembak Gas Pemedih Mata' - Marina Mahathir

Aktivis sosial Marina Mahathir berpendapat kerajaan perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April lalu. Katanya, kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya itu bagi membersihkan namanya dan rakyat akan menyokong kerana mereka mempunyai kepentingan di dalamnya. "Saya tidak fikir sesiapa yang benar-benar akan tahu lagi yang bertanggungjawab.

Kita mungkin perlu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk sampai kepada mereka bawah ini.

"Kerajaan harus merasa insentif untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk membersihkan namanya, dan semua orang patut menyokong kerana setiap orang mempunyai kepentingan di dalamnya," katanya dipetik daripada temubual Free Malaysia Today (FMT).

Beliau yang mengikuti perhimpunan Bersih 3.0 tidak menyaksikan apa-apa provokasi dari penyokong himpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu bertukar huru-hara apabila melihat polis menembak kanister gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai, selepas peserta himpunan merempuh penghadang di sekitar Dataran Merdeka.

"Tiada siapa yang telah menjadi provokatif. "Terdapat semangat yang tinggi, ramai orang muda dan pihak polis sangat sabar."

"Tetapi mereka tiba-tiba membawa trak, dan orang bertopi keledar dan perisai. Kami tidak benar-benar memahami mengapa. Saya fikir ia adalah satu faktor ugutan," katanya.

Rabu lepas, Persatuan bagi Penggalakan Hak Asasi Manusia (Proham) telah juga menggesa Putrajaya untuk melakukan perkara yang sama dalam laporan yang bercanggah mengenai keganasan antara polis dan peserta himpunan dalam Bersih 3.0.

Bagaimanapun, pihak polis telah mempertahankan tindakan mereka mengatakan bahawa keadaan akan bertambah buruk jika mereka hanya berdiri tepi. 

"Perkara yang Dahsyat berlaku (pada hari itu) kerana mereka melemparkan gas pemedih mata. Tidak mahu orang memasuki Dataran Merdeka kemudian dilepaskan gas pemedih mata," katanya ~harakahdaily

P/s: Apabila anak Mahathir komen, siapa yang berani untuk menyangkal?

Apabila anak Mahathir komen, semua diam membisu

Apabila anak Mahathir komen, media perdana tak siarkan ke?

Jika Azmin dikatakan Tanggang moden, Marina mungkin juga akan digelar Tanggang moden?

Hahahahahahahaha!!!