Showing posts with label Kementerian Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pelajaran. Show all posts

Friday, 1 February 2013

Sekolah Rendah Di Temerloh Tiada CF? Biar Betul!

SK Tanjung Batu tiada CF?


(Gambar & Berita: Sinar Harian) / 2 Febuari 2013

TEMERLOH – Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu di sini terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran apabila beberapa kemudahan disediakan rosak dan tidak dapat dibaik pulih disebabkan masih belum menerima sijil layak menduduki (CF).

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Batu, Nordin Abu Bakar mendakwa, kerosakan pada longkang, tandas, tangki air dan pendawaian elektrik tidak dapat diperbaiki gara-gara ketiadaan CF.

Menurutnya, sejak dibuka 10 tahun lalu, sekolah terbabit yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Temerloh masih belum mempunyai CF sekali gus mengundang pelbagai risiko jika berlaku sesuatu yang buruk.

“Setahu saya memang tidak ada penyerahan daripada pihak kontraktor kepada jabatan terlibat, kami (PIBG) banyak kali membincangkan masalah ini dan memaklumkan kepada pihak berkenaan namun masih tiada penyelesaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, terdapat lebih 300 murid dari Kampung Tanjung Batu, Lebak Seberang, Paya Jauh dan Padang Tenggala belajar di sekolah tersebut pada satu-satu masa.

Beliau berkata, antara masalah yang timbul sekarang ialah, pihak sekolah tidak dapat membaiki kerosakan tandas, pendawaian elektrik dan longkang pecah.

Lebih membimbangkan, Nordin berkata, sekiranya berlaku sesuatu kemalangan membabitkan murid atau guru sekolah itu, mereka akan menghadapi masalah untuk menuntut pampasan.

Sehubungan itu, Nordin mendesak pihak berkaitan supaya campur tangan dan menyelesaikan segera masalah ketiadaan CF tersebut dengan segera.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan pihak berkaitan, SK Tanjung Batu sememangnya masih tidak mempunyai CF, namun segala kerosakan kemudahan seperti tandas, pendawaian elektrik dilaporkan sebenarnya boleh dibaik pulih.

Menurut sumber terbabit, sekiranya berlaku kerosakan, pihak sekolah hanya perlu menghantar laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk disampaikan kepada kementerian.

Sumber memberitahu, ketiadaan CF bagi sekolah terbabit disebabkan kes tertentu yang masih dalam proses untuk diselesaikan.

Menurutnya, daripada segi keselamatan bangunan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan jabatan berkaitan mengesahkan sekolah terbabit selamat untuk diduduki.

P/s: Pergh..memang dasyat punya kerja
Kalau rakyat beli rumah
Selagi belum dapat CF jangan harap boleh diduduki
Proses sana proses sini
Punya lama baru dapat CF
Rumah dah naik semak samun baru boleh diduduki
Sekolah ini apa cerita?
Setahu BTJ
Jika ada apa-apa berlaku (Contohnya bangunan runtuh dan murid-murid ada di dalamnya)
Agak-agak korang mangsa-mangsa akan dibela atau dilindungi insuran tak?
Setahu aku tak!!!
Ini kerja gila!!!
Keselamatan murid-murid dan guru-guru langsung tidak dilindungi
Kementerian Pelajaran kena jawab la woi!!!
Siapa Menteri Pelajaran???
BTJ harap semoga PAS, PKR dan DAP tidak disalahkan dalam isu ini
Hahaha!!!

Orang Pahang mari lakukan perubahan!




Friday, 11 January 2013

UmnoBN Terdesak, Peralatkan Sekolah Untuk Publisiti


Ini bukti UMNO/BN semakin terdesak..

Untuk pengetahuan semua.. Pemberian bantuan tunai RM100 ini telah dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sejak dari tahun lepas lagi.

Biarpun tidak ada seorangpun Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menyerahkan bantuan tersebut kepada pelajar bagi meraih populariti, namum ianya tetap cuba digagalkan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Ini kerana ada sumber mengatakan arahan dari Kerajaan Pusat seluruh Sekolah-sekolah yang berada di dalam Pulau Pinang telah diarahkan untuk tidak memberikan kerjasama untuk menjayakan program Kerajaan Negeri itu.

Malah untuk melakukan pendaftaran bagi pelajar-pelajar yang layak sekalipun tidak dibenarkan sama sekali dilakukan diSekolah-sekolah.. Busuk perut betoi depa ni..

Ianya dihalang kerana boleh memberikan imej positif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Oleh itu walaupun dihalang, ianya tetap cuba dijayakan dengan memberikan peluang kepada seluruh anak-anak Pulau Pinang mendapatkannya melalui Pusat Khidmat yang ada disetiap DUN dengan beberapa syarat mudah.. lupa pulak dah apa syaratnya.. he..he..

Di Pulau Pinang ianya dihalang namun di Johor oleh kerana ianya program Kerajaan UMNO/BN, bagi meraih populariti dalam setiap bantuan RM100 yang hendak disalurkan itu Pemimpin UMNO/BN wajib hadir...

Apa? depa ingat RM100 bantuan untuk pelajar itu duit mak bapak depa ka?

Ini laporan berkaitan dari Malaysiakini..

Beberapa sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar serta menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang. 

Arahan ini telah terkandung di dalam dokumen yang ditemui di lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah (PPD) di Johor. 

Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh "wakil rakyat BN atau wakilnya". 

Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan. 

Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan Powerpoint di lamanweb PPD Kluang.

Oleh kerana Powerpoint tu dah dikeluarkan.. hanya pekeliling ini menjadi bukti..


P/s: Nampak sangat UmnoBN dah terdesak sangat
Sekolah pun nak dipolitikkan
Woit!!! Ingat wang RM100 bantuan awal persekolahan tu wang mak bapak korang ke?!!!

Ayuh esok turun #KL112
Sejuta rakyat di Stadium Merdeka!!!




Tuesday, 27 November 2012

Bagaimanakah Cara Dan Adakah Mampu Untuk Hapuskan PTPTN? Ini Jawapannya (Mohon Baca & Sebarkan)


Soal Jawab PTPTN: Kita Mampu Hapuskan PTPTN


Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh peminjam-peminjam sehingga kini.
Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.
PTPTN tidak meminjam wang dari institusi kewangan berdasarkan pinjaman yang diluluskan. Ia meminjam mengikut keperluan mengeluarkan pinjaman kepada pelajar seperti yang dituntut pelajar.
Oleh itu, jumlah yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan hutang PTPTN ialah RM24.7 bilion, iaitu separuh dari angka RM43 bilion yang disebut-sebut Perdana Menteri.

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?
Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.
Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.
Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.
Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.
Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.

Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?
Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.
Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.
Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:
Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.
Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.
Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu dibawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.
Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.
Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.
Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.
Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?
Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.
PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.
Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.
Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.
Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.
Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.
KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.
Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.
Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:
RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:
 RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) RM5.86 bilion setiap tahun.
Dalam tahun 2010, PTPTN meluluskan RM6.1 bilion pinjaman kepada peminjam.
Ini bermakna, jumlah yang ditanggung kerajaan kini lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiayaan sekiranya pendidikan percuma diperkenalkan melalui pengwujudan 10 IPTA baru bagi menyediakan 100,000 tempat baru seperti yang dicadangkan KEADILAN.
Walaupun PTPTN dihapuskan, dana pinjaman kepada pelajar yang masih mahu meneruskan pelajaran di IPTS tetap disediakan tetapi jumlah ini lebih kecil berbanding tanggungan RM6 bilion setiap tahun sedia ada.
Tambahan pula, lebih ramai pelajar yang akan menikmati kemudahan pendidikan percuma kerana tempat-tempat di IPTA adalah mencukupi dan keperluan menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar akan berkurangan dengan mendadak.
Semua ini bakal dibiayai dengan kos yang tidak banyak berbeza dengan kos yang dibelanjakan sekarang. Bezanya, wang akan dilaburkan di dalam IPTA baru untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi pendidikan tinggi percuma, bukannya disalurkan ke pelbagai IPTS seperti sedia ada.
Soal Jawab PTPTN - sila download PDF untuk risalah Soal Jawab

Sumber: http://rafiziramli.com/2012/04/soal-jawab-ptptn-kita-mampu-hapuskan-ptptn/

Tuesday, 15 November 2011

Gambar: Sekolah Daif Di Malaysia & Harapan BTJ

Gambar ini saya perolehi di sebuah blog iaitu blog kulanzsalleh.com yang kemudiannya saya salin dan post di blog saya. Hati sangat sayu melihat keadaan sekolah yang daif sebegini. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan pembelajaran bagi kanak-kanak di sekolah ini dan masa depan sistem pendidikan di negara kita?
Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
sekolah daif di malaysia
sekolah daif di malaysia
rumah guru daif
sekolah daif di malaysia
kelas kabin
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!