Wednesday 2 January 2013

SPR Terus Jadi Barua, Sekat Pemerhati Yang Telah Dilantik

SPR masih sekat pemerhati pilihan raya walaupun telah dilantik - The Malaysian Insider

PETALING JAYA, 2 Jan — Walaupun telah melantik mereka sebagai pemerhati untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara rasmi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) didakwa masih lagi menyekat enam badan pemerhati tersebut daripada memantau keseluruhan proses pilihan raya secara bebas, sebaliknya lebih fokus kepada proses ketika pasca pilihan raya, kata Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar), menegaskan, tugas badan pemantau pilihan raya sangat penting dan sekatan-sekatan yang dilaksanakan SPR itu jelasnya tidak mencerminkan kesediaan badan pengendali pilihan raya itu untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil.“Tugas pemantauan ini sangat kritikal terutama bagi kawasan yang Pakatan Rakyat takrifkan sebagai kerusi panas,” kata Saifuddin ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha PR di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Kami berbincang secara terperinci berkenaan sekatan itu ... (dan) ia tidak mencerminkan kesediaan SPR menjalankan PRU yang adil, kalau tidak macam mana boleh datang PRU yang adil.”

Antara badan pemerhati yang telah diberi akreditasi oleh SPR itu adalah tersiri daripada enam badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Transparency International Malaysia (TI-M), Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Antara sekatan yang dikenakan SPR terhadap badan pemerhati itu adalah larangan memerhati proses pengiraan undi, dan tidak dibenarkan merakam sebarang kejadian penipuan tanpa kebenaran pegawai SPR.

Yang lain sekatan ialah tidak dibenarkan berhubung dengan agen parti dan kakitangan tempat mengundi; tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media; dilarang daripada menyerahkan maklumat kepada pihak ketiga; dan mereka perlu berada di kawasan pilihan raya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

MENYUSUL LAGI

P/s: Cakap banyak tak guna
Ini sahaja yang sesuai bagi SPR
Sejuta rakyat turun #KL112!!!





No comments: