Showing posts with label Komunis. Show all posts
Showing posts with label Komunis. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Dari Temerloh ke Thailand jejak pejuang kiri

Dari Temerloh ke Thailand jejak pejuang kiri



Perjalanan setahun empat bulan bukanlah tempoh yang singkat dilalui oleh pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM).

Mereka berjalan kaki dari Temerloh hingga ke Selatan Thailand dengan menempuh hutan belantara dan bedilan askar penjajah demi perjuangan untuk menuntut kemerdekaan Malaya.

Tempoh perjalanan itu dinyatakan sendiri oleh beberapa orang bekas anggota TPNM Rejimen Ke-10 yang ditemui penulis. Dan mereka masing-masing konsisten mengenai tempoh tersebut.

Sebelum pergi jauh, penulis penulis berharap agar setiap pembaca melihat karangan ini dari sudut ilmiah.

Ataupun lihatlah sebagai perjalanan seorang penulis yang mencari sejarah realiti kemerdekaan negaranya yang mungkin selama ini tidak diketahuinya.

Bagi rakyat negeri Pahang terutamanya anak jatinya, kisah perang Bahaman melawan penjajah British bukanlah dongengan sebaliknya realiti penentangan awal golongan pembesar Melayu tradisional yang jelas menggerunkan askar penjajah.

Pernahkah terlintas di fikiran kita di manakah penghargaan yang diberi generasi merdeka ini terhadap pejuang-pejuang awal yang mahu membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah?

Persoalan pokoknya adalah siapa yang menentang penjajah dan siapa pula yang menurut perintah penjajah.

Perjalanan Temerloh-Thailand penulis bersama rakan-rakan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan yang diturap elok, mengambil masa enam jam serta dua jam pula untuk ke Kampung Chulaborn Patana 12.

Jika dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh tentera rejimen itu sudah tentu bezanya antara langit dan bumi.

Tentera PKM ganas?

Banyak pihak mengatakan mereka (tentera PKM) ganas dan menakutkan, tetapi dua orang wakil penduduk yang menyambut kami di Golok tampil berbeza dengan menghulur salam dan memeluk gembira.

Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan rakyat Malaya (kini Malaysia) yang merupakan tempat tumpah darah mereka.

Setibanya di kampung itu, penulis terpegun dengan keadaan kampung yang nyaman di pinggir bukit dikelilingi dengan kehijauan sambil kedengaran bunyi air sungai di belakang tempat penginapan sudah tentu memikat mata dan hati pencinta alam sekitar.

Kenderaan dinaiki kami terus dibawa ke rumah bekas pemimpin utama Rejimen ke-10 iaitu Pengerusi PKM, Abdullah Che Dat atau lebih dikenali dengan nama Abdullah CD yang berasal dari Perak. Beliau yang sudah berumur sekitar 95 tahun menyambut kami dengan baik, namun percakapannya sudah kurang lancar atas faktor umur dan kesan akibat pernah diracun musuh ketika dalam perang.

Selepas selesai beramah mesra dengan Abdullah CD dan penduduk lain yang juga hadir sama, kami dibawa ke rumah penginapan dan kemudiannya dibawa ke tempat makan kerana hari sudah menjengah malam. Menu makanan kampung menjadi hidangan malam, sudah tentu sepinggan nasi tidak mencukupi!

Untuk maklumat, kampung ini terdiri selepas Perjanjian Haadyai 1989 dan pihak kerajaan Thailand yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Malaysia dan PKM itu menunaikan janji yang termaktub dalam perjanjian tersebut dengan membangunkan kampung untuk bekas perajurit PKM membina hidup baru. Mereka diberi sebuah tapak rumah dan sebidang tanah untuk diusahakan.

Pada malam harinya, penulis bersama rakan-rakan dihidangkan dengan kisah beberapa orang tentera Rejimen ke-10 yang sukarela datang ke bilik berbual dan berkongsi pengalaman mereka ketika bertempur dengan askar penjajah.

Salah seorangnya adalah Pak Hatta yang berasal dari kampung Paya Dalam, Temerloh yang menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) Rejimen ke-10 pada usia belasan tahun.

Isteri ditembak penjajah

Beliau menceritakan dengan sebak tentang kisahnya yang menyaksikan sendiri isterinya ditembak mati oleh askar penjajah di depan mata dan beliau sendiri ditembak tiga das ketika itu. Namun beliau sempat berundur untuk menyelamatkan diri.

Tidak sempat habis mendengar kisah Pak Hatta, penulis telah hanyut ke alam lain kerana terlalu penat ditambah perut yang kekenyangan dan cuaca yang nyaman.

Pada keesokan harinya, Pak Akob atau nama sebenarnya Yaakob Ibrahim, 52, yang berasal dari Kelantan membawa penulis bersama rakan-rakan ke tapak kem yang pernah diduduki tentera Rejimen ke-10 di atas bukit yang tidak jauh dari kampong Chulaborn Patana 12.

Perjalanan untuk kem tersebut perlu melalui sebatang anak sungai yang jernih dan sejuk serta dikelilingi hutan menghijau, sudah tentu tidak tergambar bagaimana kawasan ini pernah menjadi lokasi pertempuran antara TPNM Rejimen ke-10 dengan askar penjajah.

Kem yang ditinggalkan puluhan tahun itu masih tersemat sejarah perjuangan golongan kiri ini. Terdapat terowong bawah tanah sepanjang kurang lebih 300 meter yang digali oleh anggota Rejimen Ke-10 yang dimaklumkan oleh Pak Akob ia memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan hanya menggunakan cangkul dan penggali.

Tidak dapat dibayangkan begitu tinggi semangat mereka melawan penjajah hingga sanggup membina terowong dengan alatan yang terhad serta bersandarkan dengan kudrat tubuh hampir 100 peratus, generasi kini seperti mustahil mampu melakukannya!

Selain itu, di puncak bukit itu, terdapat juga sebuah tugu yang dibina mereka untuk memperingati kesatria pejuang kemerdekaan yang gugur dalam perjuangan. Konsep binaannya dilihat bermotifkan Islam kerana berbentuk kubah dengan bintang dan bulan di atasnya.

Air sungai yang sejuk dan jernih di kaki bukit tidak dapat menahan keinginan penulis dan rakan-rakan untuk membasahkan diri dahulu sebelum pulang ke kampung semula. Terasa segar dan nyaman apabila badan dibasahi dengan air yang tidak tercemar oleh arus pembangunan. Tiba-tiba penulis rasa rindu untuk ke sana lagi!

Pipi basah Norkiah Mahmud

Sekembali ke kampung, pada petang itu hanya aktiviti bebas dilakukan dan penulis hanya tidur merehatkan diri yang penat berjalan di bekas kem serta mandi sungai. Sebelah malamnya, selepas selesai Isyak, aktiviti malam dihiasi dengan tayangan video dokumentari sejarah pergerakan Rejimen Ke-10 dengan skrin besar di dewan yang berdekatan dengan rumah tamu.

Dalam video dokumentari itu, kita akan dapat melihat susuk muda penduduk kampung ini yang suatu masa dahulu memilih perjuangan mengangkat senjata untuk memerdekakan Malaya. Mereka menyanyi, berkawad, melakukan aktiviti seni dan menyambut hari raya korban di dalam hutan, sudah tentu suatu yang tidak pernah kita gambarkan.

Keesokan hari adalah hari untuk perpisahan. Selepas selesai sarapan dan mengemas barang, kami menuju ke rumah sejarah almarhum Abu Samah Kassim yang berasal dari Temerloh untuk bertemu dengan isterinya, Norkiah Mahmud Baginda yang sudah menjangkau lebih 90 tahun umurnya yang juga berasal dari Pahang. Pipinya dibasahi air mata ketika dikatakan kami datang dari negeri kelahirannya.

Nama Abu Samah Kassim bukanlah nama yang asing bagi yang mengikuti sejarah perjuangan kemerdekaan golongan kiri. Beliau juga dikatakan pernah menjawat jawatan ketua Umno cawangan Temerloh dan bergerak aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Terus terang penulis tidak dapat menerima sifat bangsa ini yang seolah menghukum pejuang kemerdekaan apabila melihat keadaan nenek Norkiah tanpa ada sebarang penghargaan daripada generasi merdeka yang kini hidup selesa.

Selepas selesai bertanya khabar dan bersembang dengan nenek Norkiah, kami ke rumah Abdullah CD pula yang berada di sebelah rumah almarhum Abu Samah Kassim sahaja. Digunakan waktu itu untuk berbual dan merakam gambar dengannya serta penduduk lain, setelah selesai terus kami berangkat pulang dengan hati yang puas.

Sejarah yang bermain di minda kami kini bukan lagi kisah sejarah yang tertera dalam buku sejarah sekolah mahu pun universiti, tetapi sejarah yang jauh lebih besar dari itu.

Mengembaralah untuk mengenal sejarah bangsa dan perjuangan golongan terdahulu, agar jati diri bangsa yang sebenar wujud di dalam diri kita.
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/286049

Monday, 28 November 2011

Setiausaha Agung MTUC Pengecut?

Mkini: MTUC nafi 'berperang' dengan kerajaan


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 800,000 anggota menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia bersedia "berperang" dengan kerajaan mengenai cadangan pindaan undang-undang buruh.

"Kenyataan mengenainya adalah tidak benar dan juga bukan pendirian rasmi kongres," kata setiausaha agungnya Abdul Halim Mansor (kanan).

Beliau mengulas kenyataan setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang Ibrahim pada Kongres Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor Baharu hujung minggu lalu, bahawa MTUC bersedia "berperang" dengan kerajaan kerana gagal melindungi hak-hak pekerja.

Abdul Halim mengulangi bahawa MTUC bukan parti politik dan hanya memberikan perhatian terhadap kebajikan pekerja-pekerja di negara ini.

"Kita tidak ada agenda politik dan kita hanya komited untuk melindungi hak-hak pekerja yang termaktub dalam undang-undang buruh negara," katanya.

Beliau berkata Alias bercakap dalam kapasitinya sebagai anggota PKR Bahagian Gombak dan bukan mewakili MTUC.

“Kita sudah pasti menjauhkan diri kita daripada kenyataan yang dibuat oleh Alias kerana ia adalah pandangan peribadi dan tidak ada kaitan dengan pendirian rasmi MTUC, tambah beliau.

Abdul Halim berkata walaupun MTUC tidak berpuashati dengan cara kerajaan mengendalikan pindaan terhadap undang-undang buruh, ini tidak bermakna ia terdesak menggunakan cara berkenaan untuk mencapai objektifnya.

“Kita adalah sebuah pertubuhan yang sangat matang dan semua tindakan kita diambil dengan sangat berhati-hati ketika merangka bagi memastikan kita berjaya dalam perjuangan kita untuk melindungi hak-hak 10 juta pekerja di negara," kata beliau.

Beliau menambah bahawa majlis MTUC mewakili semua gabungan, telah merangka satu pelan tindakan bagi memastikan pindaan itu tidak menghakis hak-hak pekerja.

P/s: Apa punya SUA MTUC ni? Pengecut betul!

Baik bagi SU Kewangan jadi SUA MTUC sebab dia berani!

Memang MTUC bukan parti politik, itu semua orang tahu!

Sekarang ada akta yang menindas buruh / pekerja, kau buat apa?!

Woit!!! Main peranan sebagai persatuan pekerja bukan jadi pembodek!

Woit!!! Main peranan sebagai persatuan pekerja bukan jadi pengampu!

Woit!!! Main peranan sebagai persatuan pekerja bukan jadi pengipas!

Woit!!! Main peranan sebagai persatuan pekerja bukan jadi pengikut telunjuk!

Apa pendirian SUA MTUC ni tentang undang-undang buruh yang dipinda?

Jika buruh / pekerja teraniaya, agak-agak mana SUA MTUC ni akan nyorok?

MTUC wajib turun BERSIH 3.0!




Thursday, 24 November 2011

SPR Perhabis Wang Rakyat?!

Sinaran Hairan: PRU13: Cecah RM300 juta

BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang.

Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.

“Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.

“Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penye­diaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas satu taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus PRU13, di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, SPR juga sedang merancang beberapa pembaharuan termasuk penggunaan dakwat kekal, proses penamaan calon, undi awal, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sebagainya, yang mana kini diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menurutnya, ada antara pembaharuan itu yang boleh dilaksanakan segera manakala ada pula perlu mengambil masa lama.

P/s: Wow!!! Ini kos nak adakan PRU selama setahun ke?!

Wow!!! Ini mungkin nak kata dakwat kekal harga mahal! HAHAHAHAHA!!

Wow!!! Ini pasti makcik Rosmah marah sebab RM300 juta tu berapa banyak gelang, cincin dan beg tangan yang dia boleh beli! HAHAHAHAHAHA!!

Woit!!! Pengerusi SPR ni tau tak sumber wang peruntukan untuk PRU ni?

Woit!!! Biar BTJ bagitau, sumbernya wang hasil cukai yang dikenakan pada rakyat! Faham tak? Jika tak faham boleh tanya Pak Jib!

Rakyat siap sedia, begitu banyak wang dihabiskan untuk PRU-13 nanti dan pasti jika UmnoBN menang, mereka akan tuntut semula wang yang dah dibelanjakan ini dengan kenakan pelbagai cukai kepada rakyat!

Sebelum PRU-13, Kita Turun Ke Jalan Raya!



Polis Lebih Disayangi Sultan?

Ini polis yang disayangi!


Sinaran Harian: Sultan dukacita polis kena caci

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita dengan sikap sesetengah pihak yang cenderung untuk mengkritik dan mencaci polis.

Baginda bertitah, perbuatan sedemikian perlu dielakkan kerana polis juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Menurut baginda, ada juga individu yang sengaja engkar arahan polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara.

“Beta menyeru kepada rakyat Selangor supaya menyokong tugas polis dan mematuhi undang-undang, serta memberikan kerjasama kepada polis supaya Selangor akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, rakyat berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni dan selesa.

“Beta mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya membantu mengekalkan keamanan dan menangani anasir negatif daripada berleluasa serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” titahnya ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Baginda juga mengingatkan bahawa tanggungjawab PDRM amat berat dan penting bagi memastikan rakyat hidup aman dan selamat, selain dapat bergerak bebas ke mana-mana tanpa ketakutan atau kebimbangan.

Dalam titahnya, baginda berharap setiap anggota PDRM menjalankan tugas dengan baik, ikhlas, adil dan saksama dalam menangani se­suatu kes tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

“Apa yang penting ialah setiap anggota polis menjalankan tugas mengikut undang-undang dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribadi.

“Ini kerana PDRM sering dipersalahkan pihak yang cuba memburukkan atau menjatuhkan imej polis di mata masyarakat. Justeru itu, beta menasihatkan supaya polis hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalahgunaan dadah,” titahnya.

Baginda juga menyeru setiap anggota PDRM harus berdisiplin dan berintegriti tinggi agar dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. “Mereka seharusnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab memastikan bahan-bahan bukti dijaga rapi agar tidak hilang atau dirosakkan, ke­rana ia boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes,” titahnya.


P/s: Tahniah dan syabas kepada polis kerana mendapat perhatian dari sultan. BTJ pun nak puji polis sebab buat kerja dengan baik. Jika takde polis susah juga.

Tapi polis kena ingat sumber kewangan untuk membayar gaji mereka itu datang dari siapa? Bukan Sultan! Bukan Najib! Bukan Rosmah! Bukan Pak Sham! Pak Berahim lagi bukan!

Habis siapa? Orang-orang yang korang sembur dengan cecair kimia tu la!

Habis siapa lagi? Orang-orang yang korang tembak dengan gas pemedih mata tu la!

Ada lagi, orang-orang yang korang pow tu la!

Rakyat yang menyaksikan dan mengalaminya. Rakyat lebih kenal polis berbanding Sultan, Najib, Rosmah dan Pak Sham!

Hei! Anda semua rakyat yang tanggung! Semua tu hasil titik peluh rakyat!

Polis Juga Akan Sokong BERSIH 3.0?






Tuesday, 15 November 2011

Gambar: Sekolah Daif Di Malaysia & Harapan BTJ

Gambar ini saya perolehi di sebuah blog iaitu blog kulanzsalleh.com yang kemudiannya saya salin dan post di blog saya. Hati sangat sayu melihat keadaan sekolah yang daif sebegini. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan pembelajaran bagi kanak-kanak di sekolah ini dan masa depan sistem pendidikan di negara kita?
Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
sekolah daif di malaysia
sekolah daif di malaysia
rumah guru daif
sekolah daif di malaysia
kelas kabin
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!

Sebuah Penghargaan: Papan Tanda Memperingati Pejuang Kemerdekaan

Al-Fatehah buat pejuang kemerdekaan 
Allahyarham Ahmad Bin Indera (Mat Indera)


P/s: Allahyarham Mat Indera kembali rahmatullah pada hari Khamis, 30 Januari 1953 iaitu 4 tahun sebelum merdeka. Papan tanda adalah sumbangan Pas Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan.