Showing posts with label Negara Berkebajikan. Show all posts
Showing posts with label Negara Berkebajikan. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Thursday, 24 November 2011

Mari Tonton: Bukan Filem Malaysia

Filem ini merupakan filem Indonesia. Walaupun agak tegang hubungan Malaysia dn Indonesia baru-baru ini hanya kerana sebiji bola, tidak perlulah filemnya juga hendak kita caci maki dan kutuk. Saya puji filem ini kerana ia punya unsur-unsur kemanusiaan selain ia berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat dan pemerintah. Kata-kata dalam filem ini yang dipetik oleh setiap pemainnya sangat indah dan punya maksud yang tersirat. Ya, alangkah baik jika Malaysia juga punya filem sebegini.


Mari tonton dengan hati manusia
Mari tonton dengan hati yang terbuka


Tuesday, 22 November 2011

Sejak Bila Menteri KPT Prihatin Nasib Mahasiswa?

Sinaran Harian: KR1M mungkin diperluas di universiti

Sumber: Burnama

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, perkara tersebut telah dibincangkan antara pihaknya dengan wakil pelajar universiti di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di sini.

“Antara perkara dibincangkan oleh pihak pelajar dan kami dalam mesyuarat tersebut ialah program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan menu 1Malaysia, yang mana kita kemudian pertimbangkan diperluaskan juga dalam universiti.

“Ianya disambut baik dan kebetulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada dalam mesyuarat tersebut.
“Beliau akan cuba melihat bagaimana ianya akan dapat dijayakan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, KR1M adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam mengha-rungi kos sara hidup yang tinggi dan ia wajar dilaksanakan di dalam universiti.

“Kedai Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan untuk membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, ” katanya.

beliu berkata, ia adalah satu usaha mencerminkan kekuatan kerajaan menghasilkan idea meringankan beban rakyat tanpa memilih pegangan politik.

“Dan mengapa pula universiti perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat ini. Saya tidak lihat mengapa kita tidak boleh perluaskannya,” katanya.


P/s: Ini Menteri KPT yang punya kepala otak paling geliga dan prihatin dengan nasib mahasiswa.

Sangat mengambil berat kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mahasiswa.

Simpati dan prihatin ni tiada unsur politik ke? KR1M ni jelas ada unsur politik la.

Siapa ada rasa pelik? Mengapa KR1M boleh jual dengan harga murah tapi kedai lain tak boleh jual murah?

Menu 1 Malaysia ni boleh lawan harga kedai makan kat IPT ke? Banyak kafe kat IPT lagi murah dan rasa pun lagi sedap!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, bantu mahasiswa dalam isu hutang PTPTN!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, kenapa tak perjuangkan supaya universiti kenakan yuran yang murah atau pendidikan tinggi percuma?!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, mengapa nak bawa kes UKM4 ke Mahkamah lagi?!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu da prihatin, mengapa tak mansuhkan saje AUKU?!

Woi!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, baik letak jawatan saje sebab bazir wang pembayar cukai je menggaji menteri seperti ni!!

Woi!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, baik beri jawatan Menteri KPT kepada Saifuddin!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!


Mahasiswa Turun Ke Jalan BERSIH 3.0!








Saturday, 19 November 2011

Bila UmnoBN Terdesak RM100 Jadi Modal

Mkini: BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

P/s: Inilah yang UmnoBn bawah pimpinan Najib mampu lakukan untuk meraih undi rakyat pada PRU-13 akan datang yang semakin hampir.

-Semua mesti siap sedia untuk menghumbankan UmnoBN ini ke tong sampah!
-Semua mesti siap sedia untuk mengundi parti selain UmnoBN!
-Semua mesti siap sedia untuk menerima kerajaan baru!
-Semua mesti siap sedia dan tegas untuk tidak memilih UmnoBN dengan umpan RM100 ini!
-RM100 untuk dibandingkan dengan beg tangan dan cincin Rosmah, bagai langit dan bumi!
-Ayuh siap sedia!

BTJ siap sedia untuk BERSIH 3.0!


Tuesday, 15 November 2011

Gambar: Sekolah Daif Di Malaysia & Harapan BTJ

Gambar ini saya perolehi di sebuah blog iaitu blog kulanzsalleh.com yang kemudiannya saya salin dan post di blog saya. Hati sangat sayu melihat keadaan sekolah yang daif sebegini. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan pembelajaran bagi kanak-kanak di sekolah ini dan masa depan sistem pendidikan di negara kita?
Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
sekolah daif di malaysia
sekolah daif di malaysia
rumah guru daif
sekolah daif di malaysia
kelas kabin
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!

Monday, 14 November 2011

Tahniah Kepada Negeri Selangor!





KENYATAAN MEDIA

Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. 


Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat. 

Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja. Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi. 

Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM 400 bilion. Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah. 

Tidak seperti kerajaan sebelumnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Khalid Ibrahim berusaha untuk membasmi ketirisan dan rasuah yang merugikan rakyat sehingga ratusan juta ringgit. Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM 391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor. Walaubagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat. 

Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat. Bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM 300 juta lagi (hampir 15% belanjawan sepenuhnya) di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat. 

Kita mengalu-alukan semua progam kebajikan ini yang memanfaatkan rakyat yang menghadapi cabaran ekonomi yang semakin perit. Sasaran bantuan negeri termasuk rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan, serta orang kelainan upaya. 

Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan 'one-off' sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Pendekatan ini menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup. 

Keadilan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid atas kejayaan dalam pengurusan hasil negeri untuk rakyat dan harap kerajaan persekutuan akan meneladani pendekatan yang memprioritikan rakyat ini. 

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT