Thursday 24 November 2011

Polis Lebih Disayangi Sultan?

Ini polis yang disayangi!


Sinaran Harian: Sultan dukacita polis kena caci

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita dengan sikap sesetengah pihak yang cenderung untuk mengkritik dan mencaci polis.

Baginda bertitah, perbuatan sedemikian perlu dielakkan kerana polis juga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Menurut baginda, ada juga individu yang sengaja engkar arahan polis bagi mengelakkan kekacauan dan huru-hara.

“Beta menyeru kepada rakyat Selangor supaya menyokong tugas polis dan mematuhi undang-undang, serta memberikan kerjasama kepada polis supaya Selangor akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, rakyat berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni dan selesa.

“Beta mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya membantu mengekalkan keamanan dan menangani anasir negatif daripada berleluasa serta mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” titahnya ketika merasmikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Baginda juga mengingatkan bahawa tanggungjawab PDRM amat berat dan penting bagi memastikan rakyat hidup aman dan selamat, selain dapat bergerak bebas ke mana-mana tanpa ketakutan atau kebimbangan.

Dalam titahnya, baginda berharap setiap anggota PDRM menjalankan tugas dengan baik, ikhlas, adil dan saksama dalam menangani se­suatu kes tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia dan status.

“Apa yang penting ialah setiap anggota polis menjalankan tugas mengikut undang-undang dan tidak menyalahgunakan status sebagai anggota polis untuk mencapai kepentingan peribadi.

“Ini kerana PDRM sering dipersalahkan pihak yang cuba memburukkan atau menjatuhkan imej polis di mata masyarakat. Justeru itu, beta menasihatkan supaya polis hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri daripada gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalahgunaan dadah,” titahnya.

Baginda juga menyeru setiap anggota PDRM harus berdisiplin dan berintegriti tinggi agar dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. “Mereka seharusnya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab memastikan bahan-bahan bukti dijaga rapi agar tidak hilang atau dirosakkan, ke­rana ia boleh menjejaskan perbicaraan sesuatu kes,” titahnya.


P/s: Tahniah dan syabas kepada polis kerana mendapat perhatian dari sultan. BTJ pun nak puji polis sebab buat kerja dengan baik. Jika takde polis susah juga.

Tapi polis kena ingat sumber kewangan untuk membayar gaji mereka itu datang dari siapa? Bukan Sultan! Bukan Najib! Bukan Rosmah! Bukan Pak Sham! Pak Berahim lagi bukan!

Habis siapa? Orang-orang yang korang sembur dengan cecair kimia tu la!

Habis siapa lagi? Orang-orang yang korang tembak dengan gas pemedih mata tu la!

Ada lagi, orang-orang yang korang pow tu la!

Rakyat yang menyaksikan dan mengalaminya. Rakyat lebih kenal polis berbanding Sultan, Najib, Rosmah dan Pak Sham!

Hei! Anda semua rakyat yang tanggung! Semua tu hasil titik peluh rakyat!

Polis Juga Akan Sokong BERSIH 3.0?






No comments: