Wednesday 30 November 2011

Ke Mana Perginya RM83.7 Bilion Wang KWSP?

Sinaran Hairan: KWSP beri pinjaman RM83.7 bilion



KUALA LUMPUR - Jumlah pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kerajaan dan institusi korporat setakat Jun 2011 ada­lah sebanyak RM83.7 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, jumlah berkenaan adalah bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman dan sebahagian besarnya adalah jaminan kerajaan.

Menurutnya, nilai tersebut sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan, manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.

“Pinjaman diberikan KWSP adalah dijamin de­ngan sekuriti.

“Dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh berintegriti, telus dan profesional, governance stucture telah dipertingkatkan se­iring pertumbuhan asetnya,” katanya menjawab soalan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) yang ingin me­ngetahui mengenai kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi korporat.

Beliau berkata, sistem kawalan pelaburan KWSP mempunyai tiga bahagian ­iaitu pengasingan fungsi front office dan back office, pengurusan risiko dan audit.

“Rangka kerja pengurusan bertindak mengawal selia aktiviti pelaburan dalam meminimumkan kadar risiko dan memastikan simpanan ahli dan aset KWSP terjamin.

“Jabatan Audit pula bertindak mengawal selia proses operasi dengan mengukur pemantauan, keberkesanan, kecukupan dan integriti kawalan dalaman,” katanya.

Menurutnya, keutamaan KWSP ialah preservation of capital, manakala objektif pelaburan KWSP ialah memberi nilai tambah kepada setiap simpanan ahli seperti yang ditunjukkan melalui kadar dividen sebenar iaitu setelah mengambil kira kadar inflasi setiap tahun.

“Simpanan KWSP bukan sahaja sentiasa selamat, malah menjamin pulangan positif yang konsisten dan stabil untuk jangka masa panjang sejajar dengan objektif KWSP sebagai organisasi keselamatan sosial yang bertanggungjawab untuk menjamin simpanan hari tua ahli,” katanya.

Sementara itu, Awang memaklumkan KWSP tidak akan memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi tetapi hanya kepada syarikat yang mempunyai kaitan de­ngan kerajaan dan mempunyai aset.

Semua bentuk pelaburan KWSP akan dipantau dan dinilai Panel Pelaburan dan Risi­ko KWSP sebagai jaminan ba­ha­wa pinjaman itu selamat.

“Bagaimanapun keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat kemente­rian. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN Arau).

P/s: Woit!! Orang lain penat bekerja, orang lain penat balun duit caruman pekerja!

Siapa orang lain yang balun ni?

Sila tanya Awang punya Adek! Eh, Adek Awang! Eh, silap lagi..Awang Adek la!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Syarikat korporat tu siapa yang punya?

Sila tanya Adek kepada Awang! Eh, silap lagi..Awang Adek la!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Tak Perhabis Wang Pekerja!

No comments: