Tuesday 24 July 2012

Salam Ramadhan 2012

Ramadhan tahun dilalui dengan seperti biasa. Bangun pagi untuk bersahur dan makanan yang ala kadar untuk berbuka. Walaupun ala kadar tetapi kadang-kadang berlaku juga permbaziran. Moga dosa BTJ diampunkan. BTJ anggap ia rezeki untuk hidupan lain yang sama-sama hidup di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Sudah pasti rezeki yang Allah beri itu adalah untuk semua.

BTJ rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja di luar sana yang beragama Islam. Mohon ampun sembah derhaka kerana BTJ agak sibuk hingga kurang masa untuk mengemaskini blog. Walaubagaimanapun, BTJ doakan semoga kalian semua di luar sana dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik hingga ke hari kemenangan nanti.

Perjuangan tetap diteruskan. Lawan tetap lawan!

Sekian.

BTJ

No comments: