Thursday, 19 January 2012

Isytihar Harta, Jika Tidak Hadapi BERSIH 3.0!

Mamat ini memang dalam bahaya.
Bahaya sebab mamat ini sanak saudaranya akan kena isytihar harta.
Mamat ini kata isytihar harta itu merbahaya.
Mungkin KM Pulau Pinang dan Exco-exconya sedang dalam bahaya sekarang.
Hahahahahahahahahaha!!

BERSIH 3.0 lebih bahaya sebab tu awal-awal dah bagi amaran.
Hahahahahahahahahaha!!

Mkini: 'Tindakan mahkamah jika BERSIH ke jalanan lagi'


Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.


NONE

"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang  mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

P/s: BERSIH 2.0 dulu pun macam-macam amaran dikeluarkan.
Macam-macam ancaman dan fitnah dibuat..tapi rakyat tetap turun!
BERSIH 3.0 adalah merbahaya bagi orang yang akan mengisytiharkan hartanya!
Hahahahahahahahahahaha!!

Sila isytihar harta sebelum BERSIH 3.0 menawan Kuala Lumpur!

Anak-anak muda, mahasiswa/i, pakcik dan makcik felda sila siap sedia.
Kita akan turun memBERSIH 3.0!


Pak Samad sudah boleh mula bergerak!


No comments: