Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, 13 August 2012

LCW Dapat RM500 Ribu, Pandelela Bagaimana?

PM: Ganjaran Chong Wei RM500,000 - Sinar Harian

PUTRAJAYA - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton Sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan.

"Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara.

Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata, beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di Sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya. - Bernama

P/s: Wah, untung la LCW dapat durian runtuh
Kalah durian runtuh yang diberi kepada warga Felda
Hahahahahaha!!!
Bagaima pula dengan Pandelela Rinong yang memang pingat gangsa?
Kurang-kurang dapat RM250 ribu
Takkan PM nak buat tak tahu je kot!

Thursday, 5 January 2012

Kes Saman Taib Mahmud Ke Atas Mkini: Sarawak Report Lawan Berita Harian

Malaysiakini mohon maaf kepada Taib Mahmud

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini memohon maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi di sini kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung penyiaran 12 artikel berunsur fitnah terhadap beliau, lima tahun lalu.

Permohonan maaf oleh pengendali portal itu, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan Diong Keng, 49, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah oleh Abdul Taib itu, dinyatakan dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam mereka, Fahri Azzat di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Berikutan permohonan maaf tersebut dan persetujuan defendan untuk menahan diri daripada terus menerbitkan perkataan-perkataan fitnah itu atau yang serupa kesannya, Abdul Taib bersetuju menarik balik tuntutan saman berkenaan.

Abdul Taib selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 2007 setelah portal berita secara dalam talian di Internet itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April dan 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Plaintif mendakwa, artikel-artikel itu mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta daripada syarikat-syarikat perkapalan Jepun melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak.

Sementara pernyataan pembelaan pihak defendan terhadap tuntutan saman itu sebelum ini menyatakan bahawa perkataan yang terkandung dalam artikel-artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Dalam kenyataan pihak defendan hari ini, mereka mengakui menyiarkan artikel-artikel itu hanya berdasarkan kepada laporan berita oleh beberapa media Jepun tanpa mengesahkan kebenaran laporan berita itu dengan plaintif atau pihak berkuasa yang lain.

Menurut defendan, mereka difahamkan bahawa Biro Pencukaian Serantau Tokyo (TRTB) telah mengubah keputusannya berhubung dakwaan isu wang sogokan itu setelah mendapati tuduhan itu sama sekali tidak berasas.

"Kami dengan ini mengakui bahawa artikel-artikel berhubung wang sogokan yang melibatkan syarikat perkapalan Jepun telah diterbitkan secara salah," kata defendan.

Mereka juga melahirkan rasa kesal terhadap sebarang sindiran yang tidak diingini dan bersetuju serta berjanji tidak akan menyiarkan sebarang laporan berita atau kenyataan terhadap plaintif berhubung isu sogokan membabitkan syarikat perkapalan Jepun kepada syarikat luar pesisir Hong Kong dikenali sebagai Regent Star.

''Kami mengakui artikel-artikel tersebut telah menyebabkan plaintif merasa malu, mengalami kesusahan dan menjejaskan reputasi beliau dan memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapinya,'' ujar pihak defendan.

Ekoran permohonan maaf itu, pihak defendan juga akan menyiarkan berita daripada TRTB yang memutuskan bahawa jumlah yang dibayar oleh syarikat perkapalan Jepun adalah bayaran yang sah.

Terdahulu, peguam Robert Lazar yang mewakili Abdul Taib menyatakan, pihak defendan telah menerima kesilapan serius mereka apabila menerbitkan artikel-artikel yang mengaitkan mereka dengan plaintif secara peribadi dan mengakui telah menjejaskan, memalukan dan menyusahkan plaintif.

Menurutnya, plaintif membawa kes itu ke mahkamah demi keadilan untuk memperbetulkan artikel-artikel palsu dan berniat jahat yang diterbitkan oleh pihak defendan.

Beliau menambah, tindakan saman itu dilakukan dalam keadaan plaintif dengan tegasnya menafikan terlibat dalam sebarang salah laku seperti yang didakwa dalam artikel-artikel berkenaan.

Persetujuan kedua-dua pihak bagi tujuan penyelesaian tersebut kemudian direkodkan oleh Hakim Rosilah tanpa sebarang perintah kos.


M'kini muncul pemenang, kata Sarawak Report

Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini semalam, tetapi pengkritiknya, Sarawak Report mendakwa reputasi ahli politik veteran itu telahpun tercalar.

Peraturan pertama dalam kes saman fitnah, tegas Sarawak Report,ialah ia menarik perhatian kepada pengadu.

Tambahnya, dalam keadaan sedemikian, Taib bertekad untuk bertindak terhadap Malaysiakini yang telah membawa satu fakta ke perhatian dunia - bahawa negeri itu mempunyai "hutan hujan tertua di dunia" dan ia semakin pupus.

Portal anti-Taib itu mendakwa, ketua menteri memfailkan saman tersebut kerana BN tidak biasa dengan sebuah media yang tidak melaporkan apa yang dikehendaki oleh parti pemerintah.

"Mereka telah lama mewujudkan satu monopoli korup ke atas akhbar dan penyiar di Malaysia dan mereka fikir ia akan berakhir di situ," katanya sambil menambah bahawa capaian internet, telah membantu menjatuhkan rejim-rejim zalim di Timur Tengah tahun lalu.

"Apabila dia menyedari kesilapannya itu, cerita tersebut sudahpun menjadi begitu besar dan semua itu adalah kerana tindakan mahkamahnya sendiri," kata Sarawak Report.

Namun begitu, tambahnya, ketua menteri itu jelas mengharapkan yang dia boleh terlepas daripada isu tersebut, kerana mempunyai kuasa dan kekayaan.

Dakwa portal itu lagi, memandangkan pengawalan BN ke atas mahkamah dan badan kehakiman, Taib berharap dia dapat mencapai satu keputusan yang boleh menyebabkan Malaysiakini tutup kedai.

Menurut Sarawak Report lagi, dunia dapat melihat profesionalismeMalaysiakini dan laporan yang tepat di talian berdasarkan kepada maklumat konkrit yang disediakan oleh pihak berkuasa percukaian di Jepun.

Malaysiakini tidak perlu bayar sesen pun

Dengan perbicaraan dijadualkan bermula menjelang pilihan raya persekutuan, Sarawak Report mendakwa ia adalah jelas bahawa Taib terpaksa menyelesainya, tidak kira apa cara sekalipun.

"Reputasinya tidak mampu berdepan dengan serangan seumpama itu, begitu juga dengan BN.

"Penyelesaian di luar mahkamah hari ini merupakan satu keaiban terhadap Taib. Malaysiakini tak perlu bayar sesen pun. Satu kesilapan yang besar, kesemuanya disebabkan oleh rasa marah," dakwa Sarawak Report.

Menurutnya lagi, ianya jelas kepada seluruh dunia bahawa Taib memikirkan tentang berdepan dengan persoalan seumpama itu di mahkamah terbuka dan membuat keputusan yang bijak bahawa lebih baik jangan berbuat demikian.

Katanya, Taib (kiri) telah mencuba berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan penyelesaian tetapiMalaysiakini enggan berganjak - walaupun wartawannya yang menulis berita itu telah meninggal dunia dan keputusan pihak berkuasa percukaian Jepun untuk menggugurkan pendakwaan terhadap dakwaan sogokan tersebut.

Menurut Sarawak Report lagi,Malaysiakini telah menolak tawaran asal Taib untuk menggugurkan kes itu jika mereka membayar kos perundangannya.

Mereka juga, tambahnya, menolak tawaran semulanya untuk menarik diri jika mereka hanya membayar beberapa ribu ringgit, supaya dia boleh mengatakan bahawa mereka terpaksa membayar gantirugi.

Jadi, dakwa Sarawak Report, Taib datang balik untuk memintaMalaysiakini memohon maaf dan sebagai balasannya, dia akan menggugurkan saman fitnahnya itu.

"Sesuatu permohonan maaf, terutamanya qualified apology yang berdasarkan perubahan dalam pendekatan pendakwaraya Jepun, tidak membabitkan apa-apa kos ke atas mereka! Taib telah hilang dendamnya... dan begitu juga reputasinya."


P/s: Pembaca semua boleh membaca dan seterusnya menilai sendiri penulisan dari dua akhbar ini.

Walau Apa Pun Penilaian Anda, Sokong Ini!

Friday, 25 November 2011

JOM KE JALAN: Panduan lengkap untuk protes Bantah #PA2011

Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 (#PA2011) yang dicadangkan pada 22 November tidak sama sekali melindungi hak rakyat untuk berhimpun secara aman. #PA2011 lebih zalim daripada Akta Polis yang digunakan sekarang.

Ramai yang telah menyuarakan bantahan terhadap #PA2011. Tetapi suara kami lebih lantang dan semangat lebih kuat apabila kami berjuang bersama-sama!

JOM KE JALAN menuntut hak kebebasan berhimpun!

Inilah panduan lengkap untuk aktiviti-aktiviti dan perhimpunan aman yang akan diadakan pada minggu ini:

KUALA LUMPUR

Jumaat, 25 NOV
7.30pm: Candlelight vigil, dianjurkan oleh Majlis Peguam
Depan Bangunan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, KL.

Sabtu, 26 NOV
2.00pm: "Rakyat Malaysia Boleh Berjalan Secara Bebas di KLCC Tanpa Permit Polis"
Taman KLCC
Butiran: https://www.facebook.com/event.php?eid=224349327638764

7.30pm: Candlelight vigil, dianjurkan oleh Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB)
Dataran Merdeka (bawah tiang bendera)
Butiran: https://www.facebook.com/event.php?eid=141401762633557

Selasa, 29 NOV
11.30am: Walk For Freedom, dianjurkan oleh Majlis Peguam
Berkumpul di Lake Club, Taman Tasik Perdana dan berarak ke Parlimen.
Butiran: http://www.malaysianbar.org.my/notices_for_members/walk_for_freedom_2011_peaceful_assembly_bill_cannot_and_must_not_become_law.html

8.00pm: Forum "Bill PA2011: Najib dan Konsep Demokrasi Terbaik di Dunia", dianjurkan oleh Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB)
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, No.1 Jalan Maharajalela


KUCHING

Sabtu, 26 NOV
2.00pm: "Rakyat Malaysia Boleh Berjalan di Kuching Waterfront Secara Bebas Tanpa Permit Polis"
Kuching Waterfront (depan DUN Sarawak)
Butiran: https://www.facebook.com/event.php?eid=152048154895853


PULAU PINANG

Ahad, 30 NOV
6.30pm: Protes Bantah #PA2011, dianjurkan oleh SUARAM Penang
Speakers Square, Padang Kota Lama

-------------------------------------------------------------------------------

Tidak ada aktiviti berdekatan dengan anda?
Anda juga boleh luahkan bantahan anda dengan menghubungi ahli Parlimen di kawasan Parlimen anda.

Contohnya:
"#HelloMP Haji Ahmad, saya dari P010 Kuala Kedah. Saya nak awak membantah PA2011!"

Kunjungi http://hellomp2011.blogspot.com/ untuk maklumat selanjut.

Tuesday, 15 November 2011

Gambar: Sekolah Daif Di Malaysia & Harapan BTJ

Gambar ini saya perolehi di sebuah blog iaitu blog kulanzsalleh.com yang kemudiannya saya salin dan post di blog saya. Hati sangat sayu melihat keadaan sekolah yang daif sebegini. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan pembelajaran bagi kanak-kanak di sekolah ini dan masa depan sistem pendidikan di negara kita?
Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
sekolah daif di malaysia
sekolah daif di malaysia
rumah guru daif
sekolah daif di malaysia
kelas kabin
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!