Friday 1 February 2013

Rating Sinar Harian Online Meningkat, Utusan Di Tangga Ke Berapa?

Portal Sinar Harian semakin diminati - Sinar Harian
Rajah 2 menunjukkan perbandingan peningkatan jumlah pengunjung Sinar Harian Online bagi Disember 2012.

Rajah 1 menunjukkan perbandingan peningkatan jumlah pengunjung Sinar Harian Online bagi November 2012.

SHAH ALAM - Portal berita Sinar Harian iaitu Sinar Harian Online kini kian mendapat tempat di kalangan pembaca internet.

Perkembangan ini selaras juga dengan perkembangan Sinar Harian sebagai sebuah akhbar yang telus dan berkredibiliti.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Persatuan Digital Malaysia, Sinar Harian Online mendapat ranking ke-26 laman web Malaysia yang paling dilawati berdasarkan purata sepanjang Januari hingga Disember 2012.

Mengikut data terkini, daripada Effective Measures, sebuah syarikat kaji selidik pemasaran internet, maklumat pada bulan November dan Disember 2012 menunjukkan lonjakan pengunjung bagi Sinar Harian Online.

Sinar Harian Online kini menduduki di tempat kedua portal berita Bahasa Melayu di belakang Harian Metro.

P/s: Tahniah kepada akhbar Sinar Harian Online :)

Orang Pahang diseru untuk hadir!

No comments: