Showing posts with label Ismail Sabri. Show all posts
Showing posts with label Ismail Sabri. Show all posts

Thursday, 8 November 2012

Cabar Ismail Sabri Tanding Di Luar Bera

Umno cabar Anwar tanding di luar Permatang Pauh - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

"Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad.

Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Najib sejak tahun 1979.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti.

Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

P/s: Apa kata Najib tanding di Kuala Lumpur / Selangor
Tanding di kawasan yang pengundinya berbilang kaum
BTJ rasa Anwar tiada masalah untuk bertanding di luar Permatang Pauh
Najib ada masalah tak?
Berani ke tak?
Hahaha!!!
Haaaa...apa kata Ismail Sabri pun bertanding di luar Bera
Setahu BTJ Ismail Sabri ni memang bukan orang asal Bera pun
Jadi Ismail Sabri memang bertanding di luar kawasan
Hebat juga Ismail Sabri ini kerana berani bertanding di luar kawasan
Najib berani ke?
Jadi prestasi Ismail Sabri yang terbukti boleh menang bertanding di luar kawasan ini
Apa kata PRU13 Ismail Sabri cari kawasan lain pula
Mungkin kembali ke kawasan asal di Temerloh?
Bertanding di Kelantan?
Atau pun bertanding di Selangor
Najib berani ke?
Beri peluang ahli-ahli Umno asal Bera pula yang bertanding
Sekarang sudah ada pemimpin-pemimpin Umno Bera yang berkelayakan
Antaranya YB Adun Guai Norol Azali
Harap Ismail Sabri dapat beri peluang kepada ahli Umno asal Bera untuk bertanding
Ahli-ahli Umno Bera tentu ramai yang setuju dan sokong
Berani ke Najib dan Ismail Sabri?
Hahaha!!!


Monday, 2 January 2012

Umno: Mahasiswa Tidak Boleh Tapi Budak Sekolah Boleh?

BTJ masih kurang pasti dengan dasar negara ini yang menghalang mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam politik. Baiklah, jika tidak benarkan mereka terlibat dengan politik, maka bebaskanlah mereka dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan atau aktivisme yang mereka mahu dan minat. Biarkan mahasiswa/i terlibat dengan NGO tidak kira apa matlamat dan objektif NGO tersebut.

BTJ pelik, jika mahasiswa/i tidak sehaluan dengan kerajaan, maka akan dilabel mereka sebagai agen atau tunggangan pembangkang. Jika mahasiswa/i yang menyokong kerajaan UmnoBN, maka mereka juga boleh dilabel sebagai agen atau tunggangan UmnoBN?

Ini lagi satu dan kerap berlaku di kawasan luar bandar iaitu penglibatan budak bawah umur atau budak sekolah dengan program anjuran Umno. Kadang-kadang BTJ lihat ia proram awam tetapi mengapa perlu dikibarkan bendera parti dalam program tersebut sedangkan peruntukkan program sudah tentu wang rakyat dan sama sekali bukan wang Umno.

Cuba lihat gambar di bawah ini sebagai bukti.


Anak panah merah itu menunjuk ke arah beberapa orang budak yang secara fizikalnya dilihat pasti budak yang masih bersekolah. Motosikal yang punya dipasang dengan bendera Umno dan BN itu adalah milik budak-budak itu. Jadi, adakah ini tidak menjadi satu kesalahan?

Buat pengetahuan semua, lokasi gambar ini dirakam adalah di Felda Tembangau 1, Bera, Pahang iaitu di SMK Tembangau 1. Nama program yang diadakan ini BTJ tidak pasti akan namanya. Kejadian ini bertarikh 31 Disember 2011 iaitu pada hari Sabtu sekitar jam 12 tengahari. Orang kenamaan yang hadir ke program ini pula ialah MB Pahang iaitu Adnan Yaakob, Ismail Sabri (Parlimen Bera), YB Fathil (Adun Kemayan) dan YB Norol Azali (Adun Guai).

P/s: Jika mahasiswa/i yang tidak menyokong kerajaan UmnoBN itu doikatakan agen atau tunggangan pembangkang, adakah UmnoBN menjadikan budak-budak ini sebagai agen atau tunggangan?

Monday, 12 December 2011

Apa Dah Jadi Dengan Pengangkutan Awam Di Temerloh & Bera?

BTJ sudah tahu tentang isu ini namun BTJ tidak berpeluang untuk mengetengahkannya. Kebetulan seorang kawan BTJ di facebook telah tag-kan isu ini. BTJ salin dan muatkan dalam post untuk kali ini. Persoalan yang BTJ hendak lontarkan ialah bagaimana hal seperti ini boleh terjadi dan siapa yang patut bertanggungjawab?

Jika Pak Mail Sabri rasa dia boleh jawab, BTJ silakan. Lagipun BTJ lihat MP Bera ni gaya hebat juga orangnya. Hebat mengampu Rosmah mungkin juga kot. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Namun, BTJ juga mendapat info bas di sekitar Temerloh juga mengalami hal yang sama. Jika MP Temerloh hendak jawab, BTJ silakan juga. MP Temerloh ni bagi BTJ agak lebih hebat dari Pak Mail Sabri. Ada la juga isu dan perjuangan dengan prinsip yang agak jelas dan dan tegas. Pak Mail Sabri BTJ lihat asyik "yes" je. Jika asyik nak "yes", baik la jadi polis! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!


KAWASAN PARLIMEN MENTERI KPDNKK TIADA PERKHIDMATAN BAS: Tokei bas tak untung, pemandu & kakitangan kehilangan punca pendapatan, penumpang terkandas, pergerakan harian penduduk terbatas, peniaga kecil terjejas.

***satu lagi penanda aras kegemilangan Parlimen Bera di bawah teraju Haji Ismail Sabri???

BERITA & GAMBOR dari SINAR HARIAN ONLINE


Desak campur tangan
Oleh : M FEISAL NORAWI
Tarikh : December 12, 2011
desak

TEMERLOH - Lebih 30 pemandu dan penumpang bas City Liner mendesak Kerajaan Negeri membantu mereka meneruskan operasi bas henti-henti yang digantung perkhidmatannya sejak 10 hari lalu.

Mereka mendesak kerajaan campur tangan kerana kebanyakan pemandu bas kehilangan sumber pendapatan utama, selain turut mengakibatkan ratusan pengguna perkhidmatan itu terkandas.

Pemandu bas, Ahmad Bila Adam 46, berkata, pemandu dan penumpang merayu kerajaan menyelesaikan masalah itu segera.

Menurutnya, sejak lebih 20 tahun bekerja dengan syarikat terbabit, masalah yang berlaku kali ini disifatkan paling buruk kerana kehilangan sumber pendapatan, terutama ketika harga barangan semakin mahal.

“Kami tidak ada punca pendapatan lain, sebab itu menggesa Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan campur tangan dalam isu ini.

“Mereka kena turun sendiri selesaikan masalah kami, sekurang-kurangnya adakan perbincangan dan jenguk kami di sini yang semakin tertekan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan demonstrasi aman di Stesen Bas Henti-Henti Lurah Semantan, semalam.

Pemandu bas, Mohd Safran Abdul Karim berkata, pendapatan mereka kini hanya bergantung pada gaji pokok antara RM300 hingga RM600 sebulan.

Menurutnya, dia sendiri dibayar di bawah RM400 sebulan dan dengan pendapatan sebanyak itu sudah tentu tidak mencukupi untuk menyara keluarga serta anak-anak yang masih bersekolah.

“Perkhidmatan bas digantung bermakna kami tidak ada kerja. Tidak ada kerja bermakna tidak ada gaji, macam mana nak sara keluarga,” katanya.

Sementara itu, Shamsudin Bakar 95, yang menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utama ke bandar Temerloh sejak hampir 80 tahun lalu merayu kerajaan menyelesaikan isu berkenaan.

Menurutnya, dia menggunakan perkhidmatan bas dari rumahnya di Kampung Lebak, kira-kira tujuh kilometer dari Temerloh untuk bersarapan sejak tahun1937.

“Dulu tak pernah ada masalah macam sekarang. Elok juga buat demonstrasi macam ini supaya kerajaan dapat tahu apa masalah rakyat sekarang,” katanya.

Jumina Juhani 49, dari Temerloh Jaya berkata, dulu dia membayar RM1.60 untuk ke bandar Temerloh menaiki bas, tetapi kini terpaksa bayar RM10 sehari menaiki teksi.

“Kos yang tinggi seperti ini sangat membebankan terutama mereka yang berpendapatan kecil,” katanya.

Pada 3 Disember lalu Sinar Harian melaporkan puluhan pengguna bas henti-henti kecewa apabila pengangkutan awam yang digunakan saban hari di daerah ini menggantung sementara operasi berikutan tidak mampu menampung kos yang semakin meningkat.

P/s: Pak Mail Sabri balik Lubuk Kawah je la..HAHAHAHAHAHAHAHA!!