Showing posts with label KR1M. Show all posts
Showing posts with label KR1M. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Ismail Sabri Kecewa Kerana Tidak Dapat Makan Sos Tiram 1M'sia Lagi?

Bukan Sos Tiram 1M'sia, mesti sedap! HAHAHAHAHAHAHA!!


Mkini: Kementerian Kesihatan Arah Sos Tiram 1M'sia Ditarik

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

P/s: Inilah tugas pihak pembangkang, apa yang tidak betul akan disuarakan!

Cuba bayangkan jika tiada pembangkang, mungkin dah ramai yang jadi tiram! HAHAHAHAHAHA!!

Bagaimana produk yang dah dipasarkan baru tahu ia melanggar Akta Peraturan Makanan-makanan 1985? Terlepas pandang? Alasan lapuk!

Khaled Nordin nak bawa masuk KR1M ni ke dalam kampus IPT, pihak pentadbiran IPT lebih baik fikir berkali-kali! Sebelum kena jawab berkali-kali! HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Penat Pak Mail mempromosi KR1M, akhirnya tercemar juga nama KR1M! Pahang dah semakin hampir nak banjir, Pak Mail dan balik Bera ke belum? Nanti jangan sampai kena baling dengan batu lagi dah la! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Bagaimana harga makanan ini boleh murah (kononnya)???

Sifir mudah, makanan berkualiti akan dijual mahal. Ini akan dimakan oleh Rosmah Mansor dan golongan yang berkemampuan. Makanan berkualiti rendah akan dijual murah sebagai pilihan kedua kepada golongan yang kurang atau tidak mampu! Siapa golongan tidak mampu? Sudah pasti bukan golongan elit!

Tanpa Sos Tiram 1M'sia BERSIH 3.0 Tetap Turun Ke Jalan!


Tuesday, 22 November 2011

Sejak Bila Menteri KPT Prihatin Nasib Mahasiswa?

Sinaran Harian: KR1M mungkin diperluas di universiti

Sumber: Burnama

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka dan memperluaskan perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di universiti, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, perkara tersebut telah dibincangkan antara pihaknya dengan wakil pelajar universiti di dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di sini.

“Antara perkara dibincangkan oleh pihak pelajar dan kami dalam mesyuarat tersebut ialah program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan menu 1Malaysia, yang mana kita kemudian pertimbangkan diperluaskan juga dalam universiti.

“Ianya disambut baik dan kebetulan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berada dalam mesyuarat tersebut.
“Beliau akan cuba melihat bagaimana ianya akan dapat dijayakan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, KR1M adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat dalam mengha-rungi kos sara hidup yang tinggi dan ia wajar dilaksanakan di dalam universiti.

“Kedai Rakyat 1Malaysia diperkenalkan kerajaan untuk membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, ” katanya.

beliu berkata, ia adalah satu usaha mencerminkan kekuatan kerajaan menghasilkan idea meringankan beban rakyat tanpa memilih pegangan politik.

“Dan mengapa pula universiti perlu dikecualikan daripada mendapat manfaat ini. Saya tidak lihat mengapa kita tidak boleh perluaskannya,” katanya.


P/s: Ini Menteri KPT yang punya kepala otak paling geliga dan prihatin dengan nasib mahasiswa.

Sangat mengambil berat kos sara hidup yang tinggi dan membebankan mahasiswa.

Simpati dan prihatin ni tiada unsur politik ke? KR1M ni jelas ada unsur politik la.

Siapa ada rasa pelik? Mengapa KR1M boleh jual dengan harga murah tapi kedai lain tak boleh jual murah?

Menu 1 Malaysia ni boleh lawan harga kedai makan kat IPT ke? Banyak kafe kat IPT lagi murah dan rasa pun lagi sedap!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, bantu mahasiswa dalam isu hutang PTPTN!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, kenapa tak perjuangkan supaya universiti kenakan yuran yang murah atau pendidikan tinggi percuma?!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, mengapa nak bawa kes UKM4 ke Mahkamah lagi?!

Woi!!!!! Kalau ikhlas nak bantu da prihatin, mengapa tak mansuhkan saje AUKU?!

Woi!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, baik letak jawatan saje sebab bazir wang pembayar cukai je menggaji menteri seperti ni!!

Woi!!!! Kalau ikhlas nak bantu dan prihatin, baik beri jawatan Menteri KPT kepada Saifuddin!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!


Mahasiswa Turun Ke Jalan BERSIH 3.0!