Friday, 5 October 2012

Forum Politik Matang Menurut Perspektif Islam - Semua Dijemput Hadir

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir
Anak-anak muda diwajibkan hadir
Mari mematangkan politik dalam negara
Mari memerdekakan negara dengan politik yang matang


P/s: Sangat mahu untuk hadir tetapi BTJ sudah punya janji untuk urusan lain :(

Thursday, 4 October 2012

Perbezaan Penjimatan Antara Bajet pakatan Rakyat Dan Bajet UmnoBN

Anda semua bebas untuk memilih selaras dengan prinsip demokrasi


P/s: Pilih lah yang terbaik :)

Mari Menonton Video #BorakAnwar

Rupanya Anwar Ibrahim lebih dahulu menggunakan saluran Google Hangout untuk berborak atau berinteraksi dengan rakyat Malaysia
Mari kita menonton video ini untuk lebih kefahaman mengenai dasar Pakatan Rakyat
Moga kita akan memperolehi pencerahan



P/s: Adakah Najib meniru lagi?
Abaikan sahaja lah!!!
Hahaha!!!

Wednesday, 3 October 2012

Jutaan Buruh Indonesia Berdemonstrasi, Buruh Di Malaysia Bila Lagi?

Syabas buruh-buruh di Indonesia
Anda semua memang hebat
Dengar khabar buruh-buruh berdemo kerana membantah sistem kerja kontrak
Bukankah sistem seperti ini juga banyak digunapakai di Malaysia?
Bilakah buruh-buruh di Malaysia pula nak turun ke jalan membuat bantahan?
Bersatulah kaum buruh
Kasi gegar kaum majikan!
Biar Menteri Sumber Manusia dan bosnya tidak senang duduk
Hahaha!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kemenangan Buat 5 Bekas Tahanan ISA


5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j - Mkini

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.


Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua 
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).

P/s: Ini maknanya apa?
Apa tujuan penahanan 5 individu ini?
Jika tidak bersalah buat apa tahan?
Siapa yang arah penahan dilakukan?
Orang yang menahan tidak didakwa?
Bila orang yang menahan didakwa
Tentu yang memberi arahan akan terlibat sama
Siapakah yang memberi arahan?
BTJ tak tau
Hahaha!!!

Universiti Menjadi Benteng Sekat Rasuah

Mampukan terjadi?
Hari ini juga heboh berita mengenai TNC IPT Awam di Johor ditahan SPRM

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TNC IPTA Ditahan SPRM

TNC ditahan SPRM - Sinar Harian

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Oktober 2012

SENAI – Seorang Timbalan Naib Canselor universiti tempatan awam ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

“Beliau telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini dan kita menyiasat perkara ini dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan pendakwaan akan dilakukan esok (hari ini),“ katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima barangan berharga dengan tiada balasan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mustafar berkata nilai yang terlibat berjumlah RM15,000.

P/s: Inilah budaya di Malaysia
Dalam berita yang disiarkan mesti ada maklumat yang dirahsiakan
Kononnya akan memalukan sesetengah pihak
Nama TNC tu BTJ setuju boleh dirahsiakan selagi belum dibuktikan bersalah
Tetapi nama universiti tidaklah perlu dirahsiakan!