Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, 3 December 2012

Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita?


Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Sangat disaran puak-puak Melayu Umno yang totok tu sila la hadirkan diri
Hadir untuk mendengar hujah-hujah bijak pandai
Bukan hadir untuk buat samseng ye
Hehehe




Friday, 23 November 2012

Rayuan Kerajaan, Menteri KPT & UKM Ditolak

Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan, KPT dan UKM - Sinar Harian

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Panel hakim lima orang memutuskan bahawa rayuan itu ditolak memandangkan Parlimen telah pun meminda seksyen tersebut dan oleh itu kes tersebut dianggap sebagai akademik.

"Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dibuat (oleh kerajaan, menteri dan UKM) atas alasan kini ia hanya satu kes akademik sebab Seksyen 15(5)(a) sudah pun dipinda," kata peguam yang mewakili empat bekas penuntut UKM dalam kes ini, Ashok Kandiah ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai selepas panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan empat bekas pelajar UKM untuk membatalkan permohonan perayu atas alasan perkara itu akademik berikutan Seksyen 15(5)(a) telah dimansuhkan.

"Kes ini tidak lagi kompeten di hadapan mahkamah ini kerana Seksyen 15(5)(a) akta itu yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sudah dimansuhkan," kata Zulkefli dipetik Bernama.
Dalam keputusan sebulat suara itu, beliau juga berkata mahkamah mendapati bahawa pertikaian dalam kes itu tidak lagi wujud.
Empat anggota panel yang lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Dalam menolak rayuan tersebut tanpa sebarang perintah kos, Zukelfli turut berkata perkara itu kini tidak lagi dalam lingkungan Seksyen 96 (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pada 20 Mac lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar rayuan tersebut tetapi peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili keempat-empat pelajar tersebut, memohon untuk membatalkan rayuan itu kerana perkara itu adalah akademik berikutan Seksyen 15(5)(a) telah dimansuhkan pada 26 Jun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza, yang pada masa itu mahasiswa UKM, mendapat notis daripada universiti untuk hadir di hadapan Tribunal Disiplin bagi menjawab tuduhan kerana terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 24 April 2010 dan oleh itu melanggar Seksyen 15(5) (a) akta itu.

Keempat-empat mereka telah menamatkan pengajian dengan Woon dan Muhammad Ismail kini sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang sains politik manakala Muhammad Hilman dan Azlin sudah bekerja. 

Mereka kemudiannya memfailkan saman pemula terhadap pemohon-pemohon itu untuk mencabar berhubung tindakan UKM ke atas mereka tetapi tuntutan mereka

ditolak oleh Bahagian Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan Kuala Lumpur pada September
2010.

Pada 31 Okt tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengukah keputusan Mahkamah Tinggi dalam keputusan majoriti 2-1 yang membawa kepada pemohon-pemohon memfailkan permohonan untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 15(5)(a) akta itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Terdahulu, Malik Imtiaz mengemukakan bahawa terdapat perubahan keadaan dalam kes kerana seksyen itu dimansuhkan, tiga bulal selepas Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada perayu untuk merayu.

Selain itu, katanya prosiding itu telah sampai kepada penghujungnya setelah pelajar itu telah lulus dan tidak ada pelajar lain yang akan didakwa di bawah undang-undang yang telah dimansuhkan itu.

Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili kerajaan dan Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili UKM mempersoal bahawa perkara itu bukan akademik kerana ia meliputi hak-hak asasi di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Tan, bagaimapun, berkata "apa-apa keputusan yang dibuat oleh kita (mahkamah) tidak akan menjernihkan keadaan, ia akan hanya mengeruhkan keadaan."

P/s: Berita ini perlu diberi perhatian oleh para mahasiswa/i
Berita ini perlu diraikan
Mahasiswa/i kini sudah boleh turun padang
Sudah boleh aktif berpolitik
Sudah boleh aktif menjadi aktivis
Tidak kira parti mana yang memerintah
Jika berlaku kepincangan atau penyelewengan
Lawan tetap lawan!!!
Namun, soal pelajaran tetap menjadi keutamaan
Apa reaksi kerajaan, Menteri KPT dan UKM?
Ada disiarkan dalam Buletin Utama TV3 tak?
Hahaha!!!





Friday, 2 November 2012

Aziz Bari Sah Tanding Di Kerusi Sabak Bernam

Aziz Bari sahkan tanding, yakin rampas kerusi Sabak Bernam - Sinar Harian


SABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

“Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

“Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini,” katanya.

Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.

“Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

“Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

P/s: Jika BTJ pengundi di Sabak Bernak
Pasti dan amat pasti bahawa BTJ akan undi Aziz Bari
Rakyat Sabak Bernam mesti pilih orang ini
Tiada apa yang rugi apabila lakukan perubahan

Monday, 22 October 2012

Mari Ke Wacana Sinar Harian Dengan Topik Peranan Ulama' Menasihati Pemimpin

Wacana Sinar Selasa ini kupas topik peranan ulama tegur pemimpin


Wacana Sinar: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin

SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-15 dengan mengetengahkan topik Peranan Ulama Menasihati Pemimpin, Selasa ini.

Para panelis akan mengupas peranan ulama yang arif tentang sesuatu perkara namun tidak menegur kesilapan yang dilakukan pemimpin mereka.

Di manakah suara golongan ilmiah ini?

Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan tokoh yang berpengalaman iaitu bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang juga Presiden Wardah, Datuk Dr Siddiq Fadzil; bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
dan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Syahrin Md Jamaluddin, yang juga Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Malaysia,

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Dr Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 3 petang.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

P/s: Kepada yang berkelapangan sila hadirkan diri
Mari meraikan budaya diskusi ilmu

Monday, 15 October 2012

Apabila Ada Pemimpin Umno Mengamalkan Politik Matang

Zul Noordin: Saifuddin 'tak layak' jadi timbalan menteri - Mkini

MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

Saifuddin ketika ditemui Malaysiakini minggu lalu berkata, atas dasar itulah, beliau tidak gemar menyerang Soros mahupun NGO Suaram yang didakwa sebagai penerima dana daripada badan yang didakwa mempunyai kaitan dengan jutawan tersebut.

"Kalau kita tunjuk keburukan produk orang lain kita tak boleh kawal kualitinya sedangkan mereka boleh kawal (kualiti) produk mereka," kata Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

"Bagaimana jika Soros yang (hari ini) kita hentam esok lusa dia buat kenyataan yang sesuai dengan kita.

"Sebab itu saya tak begitu berminat menghentam Soros atau menghentam Suaram," katanya.

P/s: Zul Noordin, Azwandin dan Mohd Shahar ni mengidam nak ganti tempat Saifuddin ke?

Friday, 5 October 2012

Forum Politik Matang Menurut Perspektif Islam - Semua Dijemput Hadir

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir
Anak-anak muda diwajibkan hadir
Mari mematangkan politik dalam negara
Mari memerdekakan negara dengan politik yang matang


P/s: Sangat mahu untuk hadir tetapi BTJ sudah punya janji untuk urusan lain :(

Wednesday, 14 December 2011

Ini Hujah Ahli Akademik, Bukan Ahli Politik!

BTJ sangat tertarik dengan hujah dan seruan Prof. Abu Hassan Hasbullah yang begitu tegas dan jelas dalam menuntut supaya generasi muda melakukan perubahan.

Jika hujah dan seruan ini dari ahli politik, mungkin ia hanya kerana survival politiknya. Ini kerana ahli politik itu ibarat laut yang luas, di dasarnya tidak diketahui rupa dan isi.

Tetapi ini hujah dan seruan daripada seorang ahli akademik. Hujah dan seruannya berdasarkan kajian, penyelidikan dan pengalaman.

BTJ yang dianggotai oleh barisan anak muda sangat setuju dan menyahut seruan ini. Ia adalah realiti zaman kini di sebuah negara yang dulunya dikenali Tanah Melayu tetapi sekarang telah dikenali sebagai Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi serta rakyat berbilang kaum dan agama.

Oleh sebab faktor persekitaran negara yang berbilang kaum dan agama ini, perubahan yang dilakukan hendaklah lebih realistik dan memerlukan penyertaan secara total dari seluruh masyarakat serta pengorbanan pasti dituntut. Tentu ada yang lebih patut diberi keutamaan bagi menjayakan negara bangsa ini.

Keutamaan itu adalah kepada negara ini dan telah tiba masa generasi muda memikirkan survival negara, bukan survival individu atau mana-mana parti politik. Di sini BTJ menegaskan bahawa negara mendahului semua kepentingan individu dan parti.

Jadi, perubahan yang dituntut tidak boleh dilengahkan oleh generasi muda. Sudah masa untuk kita berlari, bukan berjalan santai bagai negara ini cukup aman dan stabil bagi kita mendiaminya.

Stabil dan aman ini bukan bermakna tiada peperangan sahaja dan kita boleh selamat untuk berlegar ke mana-mana di dalam negara ini tetapi ia lebih luas untuk didefinisikan. Bagaimana isu rasuah? Wang negara atau lebih tepat wang pembayar cukai yang lesap tanpa kita tahu ke mana arahnya, ke poket sesetengah individu atau kepada pembangunan masyarakat dan negara? Projek NFC yang meleburkan RM250 juta dan pelbagai lagi yang disaksikan oleh rakyat namun tetap membisu. Negara juga menanggung hutang hingga bernilai ratusan billion ringgit. Adakah semua permasalahan negara ini membuktikan negara ini stabil dan selamat?

Kini, bukan lagi masa untuk masyarakat terus membisu. Generasi muda telah mula bangkit untuk bersuara dan golongan tua harus biarkan sahaja, bukan mendendang ketakutan atau kebimbangan yang semuanya berakar sejak negara dijajah lagi.

Generasi muda harus percaya dan yakin, akhirnya negara ini akan menjadi milik kita. Kita yang akan mentadbir dan mengurus negara ini. Kita adalah penentu kepada jatuh bangun negara ini pada masa akan datang. Kita yang akan berada di barisan hadapan untuk mempertahankan negara ini. Kita dukunglah negara ini bersama-sama bukan mendukung individu atau mana-mana parti politik.

Perjuangan demi survival negara ini perlu jelas bagi generasi muda. Pilihan raya atau jalan raya, kedua-keduanya adalah medium untuk generasi muda melakukan perubahan. Yakin dan percayalah, perubahan dalam tangan kita.





Sinaran Hairan: Generasi muda perlu memelihara tanah air


SHAH ALAM- Sudah tiba masanyagenerasi muda berubah agar tanah air akan terus terpelihara.

Pensyarah Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia (UM) Prof. Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata perubahan perlu dilakukan oleh generasi muda untuk kebaikan negara.

“Parti politik bukan milik semua orang, tetapi tanah air ialah milik seluruh rakyat. Jika tanah air musnah, kita hendak pergi ke mana? Penentu pilihan raya ialah pada golongan muda agar tidak taksub pada baka politikyang diwarisi nenek moyang mereka.

Sebagai anak mudaperlu fikir adakah tanah air kita kini lebih baik dari negara lain?” katanya dalam Wacana Sinar Harian yang bertajuk PRU 13, undi siapa jadi penentudi sini hari ini.

Katanya, perubahan yang berlaku di Mesir dan Romania diatas kebangkitan anak muda wajar dicontohi.

“Bagaimana anak muda di Mesir merealisasikan bahawa golongan tua yang taksub pada politik lama gagal diselamatkan?Bagaimana berbillion ringgit setiap tahun dengan sekelip mata hilang? Mesir sepatutnya menjadi negara yang bagus.

Oleh itu, anak-anak muda yang bangkit dan membebaskan Mesir harus dijadikan model dan bukan survival politik,” katanya.

Selain itu, katanya, dengan perubahan yang dilakukan juga mampu mengubah indeks demokrasi dan rasuah negara.

“Kenapa kita harus sayang pada parti yang tidak mampu melakukan janji yang mereka katakan. Jika mereka tak dapat lakukan janji itu, kita harus tukar dan beri pada yang lain,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, dalam proses sebuah tamadun, tidak perlu ada perasaan bimbang jika mana-mana parti akan jatuh dan diganti parti lain.

Jelasnya, apa yang penting ialah kepercayaan.

“Jika Pakatan Rakyat (PR) diberi kepercayaan untuk mentadbir dan mereka berjaya, maka kita harus beri kepercayaan. Penentu sekarang ialah demografi golongan muda berumur 21 hingga 40 tahun disamping kaum Cina dan kaum wanita. Saya menyeru kita semua lakukan perubahan demi kebaikan negara,” ujarnya.