Thursday, 11 October 2012

Lagi Bukti Memang Sah Guan Eng Anti Islam



Memang dasyat Pulau Pinang sekarang
Masa BN memerintah dulu tidak sedasyat ini
Ini semua kerja Guan Eng DAP yang anti Islam
Ini semua kerja KM Pulau Pinang yang menindas Melayu

Mungkin Hassan Ali akan kata projek begini akan menjatuhkan akidah umat Islam
Kerana nanti akan ada orang Melayu Islam Pulau Pinang yang taksub dengan Guan Eng
Hahaha!!!

P/s: Bila negeri Pahang, Melaka, Johor dan lain-lain negeri nak buat projek camni?
Najib umum bajet berbilion ringgit
Takkan projek camni pun tak mampu nak buat?

Wednesday, 10 October 2012

Genting Berhad Miliki Saham FGV?

Genting Berhad diminta nafi miliki saham FGV - Harakah Daily

KUALA LUMPUR: Genting Berhad digesa memberi penjelasan sama ada pihaknya memiliki atau pernah memegang saham Felda Global Ventures Holding (FGV), atau sebaliknya.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ekoran penafian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, baru-baru ini.

Menurut Mazlan, sekiranya benar Genting Berhad tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam FGV, syarikat besar itu boleh menafikan secara jelas berhubung dakwaan tersebut.

"Tapi, hingga saat ini, tiada sebarang pendirian atau jawapan daripada Genting Berhad bagi mengesahkan atau menafikannya. 

"Sedangkan, Ahmad mengatakan tidak ada satu peratus pun saham Genting dalam FGV ketika menafikannya," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.

Pada sidang media itu juga, Mazlan turut menunjukkan statistik yang dikeluarkan Bloomberg Peers, yang tertera syarikat terbabit memiliki 407, 005, 000, yang jika dijumlahkan bernilai hampir RM 2 bilion.

Sementara itu, Mazlan turut mendesak Ahmad agar memikirkan secara serius berhubung kedudukan saham FGV yang kini berada pada tahap RM 4.75.

"Dari bicara soal remeh seperti status Anak, adalah lebih baik beliau dan kerajaan berfikir mekanisme terbaik bagi membantu pemegang saham, khususnya para peneroka," tegas beliau lagi.

P/s: Sudah-sudah la ditipu pak cik dan mak cik Felda
Dah la kedudukan saham sentiasa menurun
Hasil pelaburan pun sudah meragukan
Genting Berhad ni syarikat judi kan?

Kita berkonsert Sabtu ini, bukan berjudi di Genting
Hahaha!!!


Kuliyah Bersama Ustaz Azhar Idrus Di UMP Malam Ini Dibatalkan!




BTJ ada buat hebahan mengenai kuliyyah UAI di UMP ini
Hari ini BTJ terkejut sebab dapat khabar berita kuliyyah ini telah dibatalkan
Tentu ramai peminat UAI yang kecewa
Tentu ramai juga pelajar-pelajar UMP yang sangat kecewa kerana program ilmu sebegini boleh dibatalkan

Dengar khabar 12hb Oktober ni ada pula konsert Nash yang tidak pula dibatalkan
Menurut posting di page Ustaz Azhar Idrus (Official) ia dibatalkan atas arahan pihak atasan
Ini alasan yang sangat kerap digunakan
Agak-agak siapa pihak atasan tu?

P/s: Pelajar-pelajar UMP nak biarkan sahaja ke kejadian seperti ini berlaku?

Apa barang pergi konsert Nash..baik pergi konsert Bersih!



Video: Lagi Janji Tidak Ditepati, Orang Asal Bangkit Menuntut!


Inilah bukti janji yang telah ditepati
Capaian NKRA lebih 100%
Ada satu janji yang kita sebagai rakyat mesti tepati
Janji tidak undi UmnoBN!
Hahaha!!!

Sabtu ini kita berkonsert demi pilihan raya yang bersih!

Video: Dokumentari Pendek Perjuangan Orang Asal Lakom


Selamat berjuang kepada orang asal
Bangkitlah dari terus ditindas
Kamu juga manusia
Hak kamu sebagai manusia jelas di atas muka bumi ini

Sabtu ini kita berkonsert demi pilihan raya yang bersih!

Tuesday, 9 October 2012

Benarkah Malaysia Negara Pakar Banteras Rasuah?

Pakar konon
Ini apa?
Jika Malaysia sudah dikategorikan pakar
Maka sudah tentu Singapura lagi pakar

Sabtu Ini Kita Berkonsert Demi 8 Tuntutan Membersihkan Malaysia!!!

Video: Mari Layan Lagu Panji Keadilan


Lagu ini dengar khabarnya dinyanyikan oleh M. Nasir
Sahih atau tidak BTJ tidak pasti
Tapi lagu ni memang terbaik untuk dilayan
Ayuh bangkit wahai rakyat marhaen
Negara ini milik kita