Showing posts with label Demi Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Demi Rakyat. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Tuesday, 20 November 2012

Billboard Parti Keadilan Rakyat Di PLUS Arah Utara




Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang.

Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara.

Tak tahulah kalau boleh bertahan lama billboard ini berdiri gagah dilokasi sebab sudah pasti akan ada arahan dari UMNO kepada PLUS supaya billboard ini dicabut atau dirobohkan.

Yang pastinya hampir semua rakyat sudah tahu akan janji bakal ditepati PKR/PR ini..JANJI KERAMAT .

PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG.

(Disalin bulat-bulat dari blog http://omakkau.blogspot.com/2012/11/billboard-janji-keramat-pakatan-rakyat.html)




Wednesday, 14 November 2012

Siap Sedia Melakukan Perubahan


Mohon kepada semua untuk share video ini
Beri sokongan kepada kempen DemiRakyat ini
BTJ mohon juga kepada semua untuk memilih perubahan
Ini kerana kuasa perubahan itu di tangan kita..Rakyat!

Friday, 2 November 2012

9 Nov Demo Bantah AES Di Lumut, Tempat Lain Bagaimana?

Perhimpunan aman bantah AES di Lumut 9 Nov - Mkini

Satu perhimpunan aman akan diadakan pada 9 November depan untuk menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada menteri pengangkutan di pejabat Parlimen BN Lumut di Setiawan.

Perhimpunan tersebut digerakkan oleh NGO BANTAH AES yang ditubuhkan baru-baru ini.

Koordinator bersamanya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (kiri) berkata penubuhannya adalah hasil satu mesyurat yang dihadiri oleh parti politk, NGO dan pimpinan masyarakat sekitar Parlimen Lumut yang sepakat untuk menubuhkan BANTAH AES.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA adalah ahli Parlimen Lumut.

Mohd Saifullah berkata perhimpunan aman itu adalah untuk mendesak menteri pengangkutan supaya mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.

"BANTAH AES menyeru seluruh rakyat terutama di Parlimen Lumut untuk hadir bersama-sama di perhimpunan ini bagi menyerah memorandum kepada menteri pengangkutan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perhimpunan rakyat itu akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan sekitar jam 1.30 petang.

P/s: Bantah dan terus bantah
Bantah hingga projek AES ini gagal
Bantah hingga kroni UmnoBN gigit jari
Tempat lain bila pula nak buat demo bantah AES?
Ayuh seluruh Malaysia demo bantah AES!!!

Demo dalam masa terdekat


Ceramah umum dalam masa terdekat






Tuesday, 9 October 2012

Video: Mari Layan Lagu Panji Keadilan


Lagu ini dengar khabarnya dinyanyikan oleh M. Nasir
Sahih atau tidak BTJ tidak pasti
Tapi lagu ni memang terbaik untuk dilayan
Ayuh bangkit wahai rakyat marhaen
Negara ini milik kita

Wednesday, 26 September 2012

Mari Sokong Kempen Turunkan Harga Kereta


Mari sokong kempen ini
Bila harga kereta berjaya diturunkan
Rakyat akan senang
Beban hutang akan berkurangan
Ada lebihan wang untuk tujuan lain yang juga penting
Paling penting pastikan dapat memiliki rumah
Sila klik gambar untuk maklumat lebih lanjut

P/s: BTJ sangat setuju jika harga kereta diturunkan

Friday, 14 September 2012

Hari Ini Jelajah Bas Merdeka Rakyat Di Johor


Aturcara:




1.00–2.00 ptg Solat Jumaat Masjid Jamek Tangkak, Ledang

2.00–3.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Ledang Pejabat PKR Ledang, Jalan Kemajuan Off Jalan Payamas, Tangkak, Ledang

3.30–4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Muar Kediaman Haji Zainuddin Sayuti, Simpang Empat, No 3, Jalan Semerah, Batu Pahat

5.00–6.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Sri Gading Km 18, Kampong Parit Haji Salleh Ros, Jalan Keluang – Batu Pahat

8.00–12.00 mlm Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat
Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Skudai
Penceramah Utama:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail
3) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
4) YBhg Mat Sabu
5) YB Teng Chang Kim
6) YB Azmin Ali
7) YB Dato’ Saifuddin Nasution
8) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
9) Lain-lain Pimpinan Utama Pakatan Rakyat

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Thursday, 15 December 2011

Video: Anwar Jawab Isu IMF Di Parlimen

BTJ sebelum ini agak kerap mendengar isu IMF ketika Anwar menjadi Timbalan Menteri merangkap Menteri Kewangan. Isu kononnya Anwar mahu meminjam di Bank Dunia IMF ini.

Akhirnya BTJ jumpa jawapannya dalam laman youtube melalui sumber di facebook.

Anwar menjawab isu IMF ini di Parlimen, bukan di medan ceramah atau di kedai kopi.

Inilah penangan facebook. Mungkinkah UmnoBN akan tumbang pada PRU-13 kerana facebook?

Jawapan BTJ, tidak mustahil!


Cabar Bil Perhimpunan Di Jalan Raya

Mkini: Mahkamah tak benar PAS cabar bil perhimpunan

Permohonan PAS mendapatkan kebenaran bagi mencabar dan menghentikan Akta Perhimpunan Aman ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, sekurang-kurangan dua daripada pemohon merupakan anggota parlimen dan berpeluang luas membincangkan dan menentangnya daripada diluluskan dalam dewan daripada menyalahguna proses mahkamah bagi tujuan itu.

Beliau juga berkata, permohonan itu pramatang kerana akta itu masih belum menjadi undang-undang; dan sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahihannya masih boleh dicabar di mahkamah.

Percubaan oleh mahkamah untuk membetulkan atau memutuskan mengenai perkara itu akan mengganggu proses undang-undang parlimen dan melanggar doktrin pengasingan kuasa, tambah Rohana.

Hakim mengarahkah kos RM8,000 dibayar kepada kerajaan.

PAS pada 2 Disember lalu memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad (atas, berbaju putih) Sabu dan dua anggota parlimennya, mereka antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan/atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Hatta Ramli (Kuala Krai). Mereka diwakili peguam PAS Hanipa Maidin.

P/s: Ya, BTJ setuju bahawa negara kita punya doktrin pengasingan kuasa, tetapi hakikat sebenarnya ia tidak dipraktikkan sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia!

Tidak percaya boleh tanya mana-mana peguam atau pengamal undang-undang, mereka pasti tahu kecuali yang tahu tetapi tidak jujur dengan ilmunya!

Jadi, bagi BTJ hanya ada 1 cara iaitu turun ke jalan! Ini adalah doktrin yang tidak terasing oleh mana-mana rakyat. 

Jalan raya adalah milik semua rakyat. Pengguna kenderaan sudah tentu membayar cukai jalan dan sudah pasti si pembayar cukai punya hak mutlak untuk menggunakan jalan raya!

Jalan raya adalah hak awam, ia sama sekali bukan milik mana-mana pihak!

Tidak payah tuntut di mahkamah, mari kita tuntut di jalan raya!

Ayuh anak-anak muda dan sekalian masyarakat, jalan raya milik kita!

Mari Sokong! Malam Ini Turun Ramai-ramai!


Kita Ramai-ramai Tolak Ini!


Tuesday, 13 December 2011

Kenyataan Umum ABU



Kenyataan Umum
12 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?
ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT
Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Hebahan: Pendedahan Isu Lembu Shahrizat

Lepas ini Shahrizat mungkin akan selak kain. Sebelum dia selak kain, kita ramai-ramai pergi ke ceramah ini!


HAHAHAHAHAHAHA!!