Tuesday 22 January 2013

Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi Malam Ini Diteruskan

Sharifah Zohra tidak hadir forum malam ini - Sinar Harian


SHAH ALAM – Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak akan menghadiri forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi yang dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) malam ini.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi SW1M, Ema Lee Abu Samah kepada Sinar Harian semalam.

Ema mendakwa, penganjur forum ini memutar belit fakta dengan mendakwa Sharifah Zohra hadir, sedangkan tiada kata putus dibuat.

Selain Sharifah Zohra, forum tersebut menampilkan KS Bawani, Prof Dr Aziz Bari dan penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

“Dakwaan yang mengatakan beliau (Sharifah Zohra) hadir telah digembar-gemburkan, ia adalah satu fitnah,” katanya.

Selain itu, Ema turut mengesahkan SW1M membuat satu laporan polis terhadap satu NGO yang didakwa menceroboh pejabat mereka beberapa hari lalu.

Katanya, tiga lelaki yang memecah pejabat mereka telah mengambil gambar dan menggunakan cop SW1M tanpa pengesahan.

Sementara itu, Sharifah Zohra berharap isu klip video dirinya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet dihentikan segera.

“Saya harap pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah,” katanya.

Kelmarin, Sharifah Zohra menjelaskan, selain Bawani, beliau telah memaafkan beberapa individu lain yang telah mengkritiknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani ‘bertikam lidah’ dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar.


P/s: Sibuk selesaikan masalah jerung, kucing, anjing dan lain-lain lagi
Sampai tak dapat untuk menghadirkan diri di forum ini
Hahaha!!!

No comments: