Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013, 11 Hari Menuju #KL112

Malam tadi telah berakhir tahun 2012
Hari mulanya hari pertama 2013
Bermula jam 11 malam BTJ hanya duduk di rumah
Sebelum itu BTJ pergi beriadah bersama kawan-kawan mengeluarkan peluh
Tentu lebih seronok dari menonton letupan bunga api di udara
Masa kanak-kanak dulu memang BTJ suka
Cuma BTJ tinggal di kampung
Mana ada semua tu
Jadi televisyen la menjadi medium bagi BTJ melihat dunia sekeliling
Kesian BTJ
Anak kampung je
Hahaha!!!

Bila dah dewasa ini BTJ rasa semua tu dah tak bermakna
Dalam masa yang sama timbul juga satu persoalan dalam benak fikiran BTJ
Semua tu membazir je kan?
Dari mana sumber wang yang digunakan untuk membeli bunga api tu?
Berpakah jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk pertunjukan bunga api tu?
Pergh..memang banyak soalan
Dalam dunia ini banyak persoalan tetapi sedikit jawapan
Kerana ramai yang bertanya tetapi sedikit pula golongan yang boleh atau mahu menjawab
Ada yang tahu tetapi mahu dirahsiakan pula
Maklumlah, jika pecah tembelang jatuh pula kredibiliti

Jadi bila dah sentuh bab kredibiliti ini
BTJ nak menghasut la seketika
Undilah ABU (Asal Bukan Umno)
Hahaha!!!
Kenapa???
Dah terbukti UmnoBN ini memang banyak membazir
Terutama kepada perkara hiburan
Malam tadi sahaja 3 lokasi program berasaskan hiburan
Terloncat sana terloncat sini
Joget sana joget sini
Ketat sana ketat sini
Semuanya yang muda-muda
Maklumlah nak pancing undi orang muda dan nak buktikan orang muda bersama mereka
Celakalah kau UmnoBN!
Panjang la pula sesi menghasut BTJ
Hahaha!!!

Sempena tahun baru 2013
BTJ menyeru dan berpesan
Anak-anak muda kurangkan hiburan yang melalaikan
BTJ tegaskan iaitu "hiburan yang melalaikan"
Jika tak lalai takpe
Hahaha!!!
Ini kerana hiburan ini akan menjatuhkan generasi muda akan datang
Hiburan ini ibarat virus jangka panjang
Mungkin sekarang kita masih belum nampak
BTJ bimbang kita akan terus tidak nampak sampai bila-bila
Kenapa?
Ini kerana mungkin kesannya berlaku bila kita sudah menutup mata untuk selama-lamanya
Apa yang BTJ karang ini lebih penting dari amanat PM Malaysia malam tadi
Percaya atau tak?
Hahaha!!!

Sampai di sini sahaja amanat 2013 dari BTJ
11 hari lagi menuju #KL112
Himpunan Kebangkitan Rakyat
Himpunan Sejuta Rakyat
Himpunan Kemarahan Rakyat
Ibu segala demo
Pastikan anak-anak muda semua hadir
Pasti seronok dari konsert malam tahun baru
Tak percaya sila hadir dan rasakan sendiri
Kita jumpa di #KL112
Salam 2013
Babai!!!


No comments: