Semalam
BTJ sibuk sangat dengan beberapa urusan
BTJ sibuk sangat dengan beberapa urusan
Akhirnya semua telah selesai
Paling mengejutkan untuk hari semalam
Menerima khabar isteri kepada seorang kawan telah meninggal dunia
Tentang apa penyakitnya BTJ agak kurang jelas
Takziah kepada beliau
Petang semalam BTJ sempat melawat jenazah hingga selesai proses pengkebumian
Almarhumah masih muda dan meninggalkan seorang anak lelaki yang berumur dalam linkungan setahun
Al-Fatehah kepada almarhumah
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
Dalam kesedihan ini
BTJ tetap teruja menanti hari esok
Ya, hari yang akan mencipta sejarahnya yang tersendiri
Hari yang akan menghimpunkan sejuta rakyat Malaysia
Sejuta rakyat yang sukarela
Tanpa diberi wang poket atau baju
Tiada sebarang kemudahan yang disediakan
Tetapi sejuta rakyat yang marah ini akan tetap turun
Akan tetap berjalan bersama-sama
Berjalan demi keadilan
Turun demi membebaskan negara
Dari belengu pemerintah!
Stadium Merdeka menjadi lokasi berhimpun
Sangat simbolik
Kerana selama ini rakyat masih belum merdeka sepenuhnya
Kerana masih dijajah pemerintah
BTJ yang umur menjangkau 30-an
Menjadi rakyat merdeka sejak lahir
Dan esok adalah hari yang penuh bermakna
Kali pertama akan menjejakkan kaki di stadium bersejarah itu
Gembira dan lebih teruja
Kerana menjejakkan kaki bukan dalan suasana melancong
Tetapi dalam sebuah himpunan besar
Himpunan yang pasti membuatkan pemerintah negara resah
Ya, inilah Himpunan Kebangkitan Sejuta Rakyat #KL112
InsyaAllah
Kita jumpa esok
Jadilah salah seorang dari sejuta rakyat Malaysia itu!
No comments:
Post a Comment