Wednesday, 9 January 2013

Terkini!!!: Mahkamah Tinggi KL Isytihar Keahlian Isa Samad Dalam KPF Batal & Tidak Sah

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah - Mkini


Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.

Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF.

KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.

Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.

P/s: Elok la mahkamah batalkan
Isytihar tak sah
Buat apa nak simpan musang dalam reban ayam
Kan? Kan? Kan?
Hahaha!!!

Tidak batal dan sah
Sabtu ini sejuta rakyat turun #KL112!!!

No comments: