Wednesday, 9 January 2013

Jika UmnoBN Bangkit, Rakyat Juga Bangkit Jatuhkan UmnoBN

PRU13: BN akan bangkit, kata Muhyiddin - Sinar Harian


SEREMBAN - Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam.


Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

"Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk," katanya.

Berucap di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

"Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

"Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.


"Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang. 

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum. - Bernama

P/s: Bangkit la UmnoBN oiiii
Takde siapa pun yang nak halang
Opsss..kenapa plak UmnoBN nak kena bangkit?
Dah jatuh ke?
Dah tersungkur ke?
Sebelum UmnoBN bangkit
Rakyat sudah lama bangkit
Oleh kerana rakyat sudah bangkit
Maka UmnoBN telah jatuh dan tersungkur serta tertiarap
Hahaha!!!

Sabtu ini demo kebangkitan rakyat
Menjatuhkan UmnoBN
Hahaha!!!

No comments: