Wednesday 25 July 2012

Blogger Umno Berbayar Rupanya

Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas - Sinar Harian

BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

“Kalau benar dia sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.

P/s: Banyaknya duit Umno Melaka ni siap boleh upah blogger dengan gaji RM 3 ribu sebulan
Dari mana Umno Melaka ni dapat duit?
Persoalan ini hanya Umno Melaka yang dapat jawab
Hahahahahahaha!!!

Pakatan Rakyat wajib cari dan bantu blogger Umno yang teraniaya tu
Lagi terbaik bawa naik di pentas ceramah Pakatan Rakyat
Pasti Umno akan kecut
Hahahahahahaha!!!


3 comments:

adios said...

kayalah blogger gitu...dah la tulis ntoh benda-benda je...mengarut je lebih

Anonymous said...

Mane boleh nk g pggl blogger tu nek atas pentas wat ceramah.. Die dah biasa mkn byk duit setakat taip merepek2 kat blog... Kang nek pentas sah2 mintak gaji untok ceramah!!! Hahahaha

Anonymous said...

dia tak pulang barang2 tu pun dah kira salah besar...

kita tak patut melupakan kesalahan seseorang hanya kerana sumbangannya dalam menumbangkan umno.