Showing posts with label Free Ahmad Abdul Jalil. Show all posts
Showing posts with label Free Ahmad Abdul Jalil. Show all posts

Tuesday, 6 November 2012

Bila Polis Buat Laporan Polis

Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider - Mkini


Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.

"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan." 

Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.


Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam  artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.

Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencaribeberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.

Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya.



P/s: Bila polis buat laporan polis
Maka rakyat lah yang akan menjadi penangkapnya
Maka rakyat lah yang akan menjadi penyiasatnya
Maka rakyat lah yang akan menjadi hakimnya
Hahaha!!!

Ahmad Ditangkap Polis Semula Kerana Mendapatkan Khidmat Peguam?

Tangkap Ahmad semula satu 'salahguna proses mahkamah' - Mkini

Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.

Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan penyalahgunaan proses mahkamah".

Beliau berkata Ahmad pada mulanya dihadapkan ke mahkamah majistret Johor Baru selepas ditahan reman selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.

Ahmad (kiri) ditangkap pada kali pertama berikutan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya di Johor.Fadiah berkata, Ahmad akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini oleh polis yang telah memohon untuk menahan remannya di bawah pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau menambah bahawa polis didakwa memberitahu keluarganya bahawa Ahmad ditangkap semula kerana mereka telah mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes tersebut.

"Ini benar-benar satu bentuk ugutan dan pelanggaran perlembagaan persekutuan," katanya.

"Hak untuk mendapatkan khidmat peguam dijamin di bawah Perkara 5 (3) Perlembagaan. Adakah ini sebuah negara polis sehingga orang ditangkap kerana mendapatkan khidmat peguam?" soalnya.

P/s: Sudah dibebaskan
Kemudian tangkap semula
Alasan tangkapan kedua sangat pelik
Adakah mendapatkan khidmat peguam merupakan satu kesalahan?
Setakat ini butir-butir dalam facebook yang mengatakan Ahmad Abd Jalil menghina Sultan Johor masih tidak didedahkan
Hina pemerintah sampai dua kali tangkap
Hina agama Islam langsung tiada tangkapan!



Malam Ini

Disember nanti