Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Wednesday, 23 November 2011

Ibrahim Ali Kemaruk Undi Tentera?

Mkini: Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut
China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertahanan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene.

P/s: Ceh..BTJ ingatkan Pak Berahim nak jadi tentera..rupanya kemaruk undi tentera! HAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Kesian Pak Berahim, agak-agak nak bertanding atas tiket Umno ke? Dapat ke? HAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Nampak sangat cuak sebab PRU-13 dah dekat..takut takde orang nak undi ke? Tentera pun belum tentu nak undi Pak Berahim kot? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Kapal selam beli juta-juta tapi tak boleh tenggelam, kalau tak percaya boleh tanya askar TLDM! Mereka mesti tak tipu sebab UmnoBN je yang suka putar dan tipu! HAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Pak Berahim nak bagi ceramah atas scorpene yang tak tenggelam, takde siapa pun yang nak tengok dan takjub! Kalau bagi ceramah atas scorpene yang tenggelam mungkin satu dunia takjub tapi masalahnya scorpene tak boleh tenggelam! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Awas rakyat Kelantan yang cintakan keadilan dan ketelusan, ini ada niat yang tersembunyi, tentera akan dikerahkan untuk undi Pak Berahim! Tapi Pak Berahim bertanding atas tiket parti apa? Parti K***K?

HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Ayuh Tentera bersama Sokong BERSIH 3.0!







Tuesday, 22 November 2011

Bila MB Pahang Akan Akui Lynas Bahaya?

Berita Tak Hairan: Nik Aziz akui air Kelantan kotor

Gagal sekat pembangunan tak terancang dikenal pasti punca pencemaran

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui laporan media bahawa air di Kelantan tercemar dengan logam berat serta bakteria E-coli yang boleh menjejas serta membahayakan kesihatan penduduk negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga mengakui gagal menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, sekali gus menjejaskan kualiti bekalan air.
Namun, Nik Aziz tetap menyalahkan media yang didakwa mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu berkenaan dengan niat memburukkan Kelantan.

“Saya akui benda itu (pencemaran) berlaku, namun tidaklah seperti yang dibesarkan (akhbar perdana). Memang di Kelantan ada ‘orang terliur’ semuanya. Tapi kena ingat, selain Sungai Kelantan, sungai di negeri lain kotor juga. Namun begitu, operasi AKSB kini semakin baik dan akan melakukan migrasi (naik taraf) apabila menerima bantuan kewangan nanti,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar kelmarin mengenai ujian makmal Kementerian Kesihatan terhadap sampel air di Kelantan mendapati ia mengandungi logam berat serta bakteria berbahaya seperti E-coli. Laporan Bilangan dan Peratusan E-coli dan Logam Berat Bagi Air terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 itu mengesan E-coli dalam sampel air yang diuji dari 2008 hingga 2010.

E-coli memberi kesan kepada kesihatan pengguna yang menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah serta dehidrasi yang boleh membawa maut.
Sepanjang tahun lalu, 11 kes pencemaran E-coli direkodkan di Tanah Merah, lapan kes di Jeli dan masing-masing tujuh di Pasir Puteh dan Kuala Krai. Laporan itu mendapati bagi kes bandingan E-coli dalam air mentah pada 2010, Pasir Puteh mencatat peratusan tertinggi iaitu 17.13 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Berhubung kegagalan kerajaan negeri menyekat pembangunan di Hulu Kelantan, terutama di Lojing sehingga menyebabkan pencemaran Sungai Kelantan, Nik Aziz berkata, ia tidak dapat dilakukan kerana negeri ini memerlukan pembangunan.

“Tidak ada sungai di Malaysia (yang bersih), semuanya keruh serta kotor dan di Kelantan kejadian ini berlaku disebabkan pembangunan di Hulu Kelantan terutama di Lojing, banyak kegiatan berlaku di situ.

“Walaupun kita membuat kawalan, namun ada saja pengusaha kebun sayur yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata yang mampu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasi isu itu adalah menasihati mereka selain memanggil serta menegur syarikat yang terbabit dalam kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

P/s: Betul kata Nik Aziz, sungai di negeri lain juga kotor.

Sungai Langat di Selangor sangat kotor! Masa BN perintah hingga PR perintah tetap juga kotor!

Sungai Pahang pun kotor! Dulu-dulu jernih dan banyak ikan, sekarang? MB Pahang boleh jawab?

MB Pahang dengan projek Lynas-nya bakal mencemarkan alam di Kuantan tidak pula mahu dilaporkan!

Dilaporkan kononnya Lynas baik untuk ekonomi negeri Pahang! Boleh Blah!

Cerita tentang sungai tercemar di Kelantan, kurang-kurang Nik Aziz mengaku!

Cerita tentang keburukan Lynas mengapa MB Pahang tak nak ngaku?!

BIla Lynas dah beroperasi dan ada kesan buruk bagi alam dan penduduk sekitar, kita pakat ramai-ramai cari MB Pahang!

Tidak lupa cari Karim Singh Walia sekali! Kasi hamtam sama mereka!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

BTJ Bantah Projek Lynas!