Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

Dari Lembu Kepada Benz Dan Tanah

Mikini: PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.

P/s: Hah, nampaknya Shahrizat masih boleh senyum ke? 

Hah, nampaknya kain shahrizat memang dah kena selak!

Hati-hati YB Zuraida..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Apa la Rafizi ni..Shahrizat dah tak larat nak menjawab pendedahan korang.

Nanti Shahrizat nangis siapa yang nak pujuk?

BTJ tahu..lembu la yang kena pujuk!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Kita mesti fikir! Kita mesti Prihatin! Kita mesti ambil tahu! RM250 juta wang rakyat telah dirembat!

Demi negara! BERSIH 3.0!

Tuesday, 29 November 2011

Salah Wartawan TV3 Tak Pandai Kira Atau Ahli Perkasa Memang Tak Ramai?

Laporan Buletin TV3 mengatakan ahli Perkasa yang datang mungkin dengan tujuan menyaingi perarakan peguam yang diberi nama Walk 4 Freedom itu adalah seramai lebih dari 500 orang. Bagi BTJ ini memang lawak gila!

BTJ tidak la ke sana bersama-sama dengan barisan peguam untuk berarak kerana kekangan tugas. Namun, BTJ dapat sumber yang menjadi bukti bahawa kehadiran ahli Perkasa itu mungkin hanya sekitar 100 orang sahaja. Gambar ini BTJ perolehi di laman sosial facebook ini.

Mari kita lihat gambarnya.


Wartawan TV3 tidak pandai mengira atau ikut telunjuk "pihak atasan" untuk bagi berita jadi gempak?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!





Rang Undang-udang Perhimpunan Aman Lulus - Tahniah BN!

Mkini: Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

Selain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Jumaah lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

P/s: Akhirnya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan tanpa undi dari pihak parti pembangkang. Lulus hanya kerana undi dari pihak BN! PM patut rasa malu! Yang Dipertua Dewan Rakyat juga patut malu! 

Kamu semua dibayar gaji menggunakan wang rakyat! Tak sedar diri!

Lepas ni hanya lembu-lembu sahaja yang dapat kebenaran berhimpun!

Lepas ni hanya katak-katak sahaja yang dapat kebenaran berhimpun!

Di sebuah negara yang mengangkat semangat demokrasi tetapi mengenakan syarat-syarat dan prosedur yang ketat untuk berhimpun secara aman, itulah negara Malaysia!

BERSIH 3.0 Tetap Ke Jalan!

Ayuh Anak-anak Muda - Occupy Bakal Menawan Bangunan Parlimen

Mkini: Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, esok

Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.

Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

"Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.

"Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini."

Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.

Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.

Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.

P/s: Inilah fenomena yang paling menakutkan Mahathir!

Inilah fenomena yang sangat menyeramkan Mahathir!

Inilah fenomena yang sedang menghantui Najib dan konco-konconya!

Demonstrasi telah jadi budaya kita!

Berhimpun di jalan raya dan berarak dah jadi budaya kita!

Ayuh hari esok sama-sama kita berhimpun dan berarak!

Biar seluruh Malaysia dan dunia lihat!

Ini bukti rakyat Malaysia prihatin dan ambil berat terhadap nasib negara!

Bukan macam Rosmah yang prihatin tentang beg tangan, cincin dan gelang!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

BERSIH 3.0 Juga Bakal Menakluk Bangunan Parlimen!













Demonstrasi Budaya Anda Tapi Bukan Saya!















HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!