Showing posts with label Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Perkasa. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

Wajah-wajah Penyerang Masjid Pumpong Yang Dikehendaki

Bila pihak berkuasa hendak menyiasat kes ini?
Atau mungkin akan dibiarkan sahaja?
Tak mengapa
Rakyat Malaysia diajar untuk berdikari
Tidak meminta-minta
Jadi rakyat telah bertindak atas inisiatif sendiri
Kes membuntut gambar orang juga yang menjadi keutamaan
Sila kenalpasti wajah-wajah ini


P/s: Inilah cara mereka mahu mengimarahkan masjid
Hahahaha!!!

Sunday, 18 December 2011

Panas!!!!! Gambar Sang Panglima & Ratu


BTJ sangat terkejut, terpegun dan geli hati dengan video ini. BTJ tak tahu Raja mana yang lantik mereka ni jadi panglima. Hahahahahahahahaha!!

Harap-harap panglima ini semuanya ada tauliah oleh JAIS! Hahahahahahahahahaha!!

Siap penutup dengan takbir tu. Hahahahahahahahahaha!!

Panglima yang pakai baju hitam berbunga duduk sebelah ketua panglima tu kenapa diam je? Panglima Hang Diam ke? Hahahahahahahahahahaha!!

Ini pula gambar Ketua Panglima dengan ratunya. Cun dan seksi tu. Masa ni ingat nak takbir tak wahai panglima? Hahahahahahahahahaha!!


Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=154672017972927&set=pu.128727520567377&type=1&theater

Thursday, 1 December 2011

Ayuh Bersama Penduduk kampung Matau Untuk Melawan!

Sebuah perhimpunan bagi membantah perobohan rumah penduduk asal Kampung Matau, Bandar Tun Razak Jengka (Bandar Pusat Jengka) Pahang akan diadakan. Perhimpunan ini memerlukan sokongan ramai dari pelbagai pihak dalam masyarakat supaya perobohan rumah mereka ini akan mendapat pembelaan. 

Tempat tinggal mereka sekian lama bakal dirobohkan. Butiran perhimpunan adalah seperti berikut:-

Tarikh: 2hb 12 2011 (Jumaat)
Masa: 2.30 petang (selepas solat Jumaat)
Lokasi Berhimpun: Pintu Masuk Kampung Matau

Serba sedikit yang BTJ tahu mengenai isu ini. Matau merupakan sebuah kampung yang diwujudkan sekitar tahun 50-an oleh pekerja-pekerja yang menerangkan tanah hutan Jengka (sebelum dijadikan Felda). Mereka membina kampung ini dan terus bermastautin di sana. Melalui info yang BTJ perolehi, tanah kampung ini adalah milik kerajaan. Ya, benar ia milik kerajaan tetapi wajarkah menghalau penduduk kampung ini tanpa memberi sebarang pampasan? Di mana tempat mereka akan tinggal dan berteduh?

Kampung ini dianggarkan didiami kurang lebih 200 keluarga yang terdiri dari 100% orang Melayu. Tanah kampung Matau ini akan dimajukan oleh Majlis Daerah Maran untuk tujuan pembangunan iaitu mendirikan bangunan kedai. Tujuannya baik untuk ekonomi tetapi di mana rasa perikemanusiaan Majlis daerah Maran yang mahu meroboh rumah mereka tanpa sebarang timbal balik yang menguntungkan kedua-kedua belah pihak. Kita boleh kata itu tanah kerajaan dan ia hak mutlak kerajaan kerana mereka ini bukan dari kalangan keluarga kita. Bagaimana jika mereka ini adalah sanak saudara kita? Sanggupkah kita biarkan mereka merempat?

Sekarang ada beberapa individu dan pihak walaupun tidak ramai yang sudi menghulurkan bantuan. Saudara Ahmad Nizam Hamid, seorang peguam di Temerloh akan mengfailkan injuksi bagi menghalang operasi merobohkan rumah penduduk kampung Matau ini. Namun, mereka yang prihatin dan simpati ini perlukan juga sokongan dari seluruh masyarakat sekitar Jengka atau seluruh Malaysia untuk memberi kekuatan mental, fizikal dan kewangan bagi mendapatkan jaminan bahawa nasib penduduk kampung ini terbela. 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Ahmad Nizam Hamid di nombor 019-9554246.





Sekali lagi BTJ menyeru kepada masyarakat di luar sana yang punya rasa kemanusiaan supaya ikut serta atau bersama dalam himpunan pada pada tarikh, masa dan lokasi yang dinyatakan di atas.

Harapan BTJ semoga penduduk kampung Matau akan mendapat pembelaan yang setimpal. Akhir kata BTJ lontarkan persoalan, di mana parti Melayu dan NGO-NGO Melayu di kala mereka (penduduk kampung Matau - 100% Melayu) berhadapan dengan kesulitan sebegini?


Beberapa sumber rujukan untuk lebih jelas tentang isu Kampung Matau ini. Sila klik link di bawah.


http://reformismuda.blogspot.com/2008/11/isu-matau-satu-catatan-dari-universiti.html

Tuesday, 29 November 2011

Salah Wartawan TV3 Tak Pandai Kira Atau Ahli Perkasa Memang Tak Ramai?

Laporan Buletin TV3 mengatakan ahli Perkasa yang datang mungkin dengan tujuan menyaingi perarakan peguam yang diberi nama Walk 4 Freedom itu adalah seramai lebih dari 500 orang. Bagi BTJ ini memang lawak gila!

BTJ tidak la ke sana bersama-sama dengan barisan peguam untuk berarak kerana kekangan tugas. Namun, BTJ dapat sumber yang menjadi bukti bahawa kehadiran ahli Perkasa itu mungkin hanya sekitar 100 orang sahaja. Gambar ini BTJ perolehi di laman sosial facebook ini.

Mari kita lihat gambarnya.


Wartawan TV3 tidak pandai mengira atau ikut telunjuk "pihak atasan" untuk bagi berita jadi gempak?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!