Kepada semua siswa dan siswi
Ku sangkakan panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Hahaha!!!
Tak mengapa
Tak kira Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa
Pastikan siswa dan siswi undi Pakatan Rakyat!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, 2 October 2012
Adakah Bajet 2013 Meliputi Tentang Isu Ini?
Memang bahaya
Sangat-sangat bahaya
BTJ doakan semoga anak-anak kepada ibu di dalam gambar itu suatu hari nanti akan menjadi pemimpin negara
Pemimpin yang akan membela nasib ibu dan anak-anak seperti di dalam gambar
Pemimpin negara sekarang yang terdiri daripada golongan elit tidak pernah merasai semua ini
Mereka hidup senang dari kecil hingga dewasa
Kemudian mahu bercakap soal kesusahan rakyat
BTJ kata kepada mereka ini, BOLEH BLAH!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sangat-sangat bahaya
BTJ doakan semoga anak-anak kepada ibu di dalam gambar itu suatu hari nanti akan menjadi pemimpin negara
Pemimpin yang akan membela nasib ibu dan anak-anak seperti di dalam gambar
Pemimpin negara sekarang yang terdiri daripada golongan elit tidak pernah merasai semua ini
Mereka hidup senang dari kecil hingga dewasa
Kemudian mahu bercakap soal kesusahan rakyat
BTJ kata kepada mereka ini, BOLEH BLAH!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Kerajaan UmnoBN Akan Kata Hutang Wajib Dibayar
Seperti isu hutang PTPTN
Apabila mahasiswa menuntut hutang PTPTN dilupuskan
Kemudia beri pendidikan percuma
Kerajaan UmnoBN jawab hutang wajib dibayar
Pendidikan percuma akan menjadikan negara bankrap
Untuk isu hutang rumah PKNS ini
PKNS boleh jawab hutang wajib dibayar
Pandai berhutang pandai la membayar
Jawapan ini akan digunakan PKNS jika UmnoBN yang memerintah negeri Selangor
Kerajaan PR mungkin akan jawab ada syarat-syaratnya
Hahaha!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Apabila mahasiswa menuntut hutang PTPTN dilupuskan
Kemudia beri pendidikan percuma
Kerajaan UmnoBN jawab hutang wajib dibayar
Pendidikan percuma akan menjadikan negara bankrap
Untuk isu hutang rumah PKNS ini
PKNS boleh jawab hutang wajib dibayar
Pandai berhutang pandai la membayar
Jawapan ini akan digunakan PKNS jika UmnoBN yang memerintah negeri Selangor
Kerajaan PR mungkin akan jawab ada syarat-syaratnya
Hahaha!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, 1 October 2012
Di Manakah PM Malaysia Ketika Bajet 2013 Di Bahaskan?
Anwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran Najib - Sinar Harian
JAMILAH HAMZAH
1 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.
Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.
P/s: PM penat kerana menghadiri Karnival Janji Ditepati kot..hahaha!!!
Kantoi!!! Lagi Bukti SPR Tidak Telus!!!
Kenyataan Media
1 Oktober 2012
Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?
Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'. Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN. Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil?
Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?
Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini.
Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?
Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.
SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar.
SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.
"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com
Sumber: http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/10/gempar-warga-asing-beli-kad-pengenalan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29
Subscribe to:
Posts (Atom)



