Wednesday 18 January 2012

Jangan Jadi Mahasiswa "Tiang Bendera"!

Sinaran Hairan: Isu Auku: Pas hanya cakap kosong, kata SMM

KUALA LUMPUR – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyuarakan tidak puas hati mereka terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dikatakan sudah berlanjutan hampir dua tahun.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Mohd Safwan Anang berkata, janji Pas bersama rakan komponen parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini yang kononnya mendesak Putrajaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) hanyalah janji kosong semata-mata.

“Kami dah tidak mahu menyerahkan memorandum lagi kerana sudah terlalu banyak memo yang diberikan, justeru sekarang kami mendesak pihak Pas untuk campur tangan isu Kuin kerana sampai sekarang tiada kenyataan rasmi yang mewakili kerajaan Kedah.

“Di mana pendirian Pas Kedah yang juga mewakili PR yang selama ini dicanang-canang konon mahukan kebebasan akademik dan tidak guna pakai Auku, tapi apa yang berlaku sangat bertentangan,” katanya pada sidang media.

Lima penuntut Kuin yang didakwa di bawah kesalahan Auku itu dikatakan melakukan kesalahan menyertai demonstrasi dan memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, kelima-lima mahasiswa itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian.Empat mahasiswa digantung satu semester sementara seorang lagi dua semester bermula Jun tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abd Razab menegaskan, penggantungan lima mahasiswa itu disifatkan beliau sebagai diskriminasi terhadap kebebasan akademik.

“Kebebasan mahasiswa bersuara semakin ditindas, semalam 'road show' kami di Kuin juga dihalang daripada masuk ke dalam kolej, kami hanya boleh berjumpa di luar kolej saja, ini sangat bertentangan dengan hak kebabasan akademik," katanya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat Pas sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.


P/s: Salut kepada mahasiswa kerana memilih untuk terus melawan!

Lawan dan terus lawan hingga dunia ini menjadi milik kamu!

Tidak kira parti apa pun yang berkuasa, perjuangan mesti diteruskan!

Kerana itu mahasiswa mesti bersama dengan masyarakat dan tidak menjadi "tiang bendera" mana-mana parti politik!

Sekarang mahasiswa ini telah membuktikan mereka bukan kuda tunggangan mana-mana parti politik!

Anak-anak muda mesti sahut perjuangan mahasiswa ini!

Buktikan pada sang penguasa bahawa mahasiswa dan anak-anak muda juga punya kuasa!

Mahasiswa dan anak-anak muda ada kuasa menentukan hala tuju negara!

Ini adalah soal negara, akademik dan mahasiswa, bukan soal survive mana-mana parti politik!

Ingat, jangan jadi mahasiswa tiang bendera!


Jadi mahasiswa seperti Adam Adli yang menurunkan bendera muka Najib takpe!


Hahahahahaha!!


Bangkit Mahasiswa & Anak-anak Muda!


No comments: