Saturday 21 January 2012

Panas!!!: Bangga Dapat Gelaran "First Lady Of Shopping" Kahkahkah

Mkini: Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'


Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australia

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.


Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM).

Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu.

P/s: Habis duit rakyat perempuan di belasah!

Bila dah belasah duti rakyat, dapat la nama baru gelaran dari oversea tu..Kahkahkah..aku nak tambah..

First Lady Of Malaysia kaki rembat duit rakyat..kahkahkah

Ini bukti ekonomi negara kukuh sebab tu bini PM boleh belanja besar..

Rakyat bagi ciput je..dapat RM500 seorang tu pun dah bersyukur sangat..kahkahkah

FLOS ni boleh buat negara bankrap!

Mari tolak FLOS!
Kasi BERSIH FLOS dari Malaysia!


No comments: