Wednesday 18 January 2012

Kaum Pekerja Sudah Mula Bangkit

Sinaran Hairan: Akta Kerja: MTUC mahu piket setiap bulan

SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan yang dilihat sebagai kata dua kepada kerajaan - menarik balik Akta Kerja (Pindaan) 2011, yang diluluskan Parlimen akhir tahun lalu.


Majlis Am badan induk yang mengadakan mesyuarat majlis am selama enam jam di sini, mengambil pendirian akan mengadakan piket pada minggu ketiga setiap bulan sehingga undang-undang yang membawa pindaan kontroversi ditarik balik.

Selain itu majlis am juga memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang perundingan dan perbincangan dengan kerajaan.

"Pendirian yang diputuskan oleh majlis am hari ini ialah kita mahu Akta Kerja ini ditarik, apa sahaja pindaan dalam akta ini mesti ditarik.

"Majlis am mengambil pendirian tegas tidak perlu mengadakan perbincangan lagi dengan Kementerian Sumber Manusia, termasuk berkenaan soal peraturan - peraturan pelaksanaan Akta Kerja ini.

"Kami akan mengadakan piket sehingga pilihan raya umum, sehingga Akta Kerja ini ditarik balik," kata Presiden MTUC, Khalid Atan ketika ditemui di akhir mesyuarat majlis am di sini petang ini.

MTUC memprotes Rang Undang-undang Kerja khususnya peruntukan yang berkaitan dengan sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

Meskipun dibantah badan induk kesatuan sekerja itu, Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada sesi persidangan yang lalu.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu – tiga hari selepas MTUC mengadakan piket di pekarangan bangunan Parlimen.

MTUC mengadakan piket kebangsaan pada 3 November dan perhimpunan peringkat Selangor-Wilayah Persekutuan, 2 Disember lalu.

Dewan Negara pula meluluskannya pada pertengahan Disember.

Khalid berkata, pihaknya menyerahkan kepada MTUC Bahagian Selangor-Wilayah Persekutuan untuk menganjurkan piket bulanan.

"Mungkin kita akan mengadakan mulai minggu depan (minggu ketiga bulan Januari)," kata beliau ketika ditanya bila tindakan itu akan diadakan.

"Kita akan mengadakan pada petang hari Jumaat sebagaimana diadakan awal Disember lalu," katanya lagi.

P/s: Lihatlah kebangkitan kaum pekerja ini!

Kaum pekerja adalah nadi pembangunan dan penggerak sesebuah negara.

Kaum pekerja merupakan golongan yang penting dalam menggerakkan ekonomi negara.

Ayuh bangkit kaum pekerja!

Bersatulah kaum pekerja di Malaysia!

Kaum Pekerja Sokong ABU!

No comments: