Tuesday 10 January 2012

Salut Buat Anak Muda Ini

UPSI telah menjatuhkan hukuman ke atas seorang mahasiswa atau anak muda yang berani ini. Anak muda yang berani ini didakwa kerana mencemarkan nama universiti. BTJ tidak sangka bahawa seorang mahasiswa yang berani itu akan mencemarkan nama universiti sedangkan tindakannya menurunkan bendera gambar Najib bukanlah satu tindakan tidak bermoral. Tindakan yang dilakukan juga dalam keadaan yang baik di mana bendera gambar Najib itu dinaikkan semula.

Jika ketika bendera gambar Najib itu diturunkan dan ia dipijak atau sebagainya, maka BTJ juga tidak setuju dengan tindakan sebegitu.

Walaubagaimanapun, BTJ sentiasa menyokong dan bersama dengan anak muda mahasiswa yang berani ini.




Ayuh bangkit anak muda!
Dunia ini semakin hampir menjadi milik kamu semua!


No comments: