Thursday 5 January 2012

Kenyataan Akhbar oleh Ahli Parlimen Kuantan: Lynas akhirnya mengaku, sisa buangannya adalah radioaktif



Jan 2012 : Lynas akhirnya mengaku, sisa buangannya adalah radioaktif; namun, di manakah Pelan Pengurusan Sisa Buangan Untuk Jangka Masa Panjang? Semua ingat MALAYSIA ingin menjadi tempat buangan sisa RADIOAKTIF ke ??

Kenyataan Akhbar oleh Ahli Parlimen Kuantan
4 Januari 2012

Lynas akhirnya mengaku, sisa buangannya adalah radioaktif; namun, TIADA Pelan Pengurusan Sisa Buangan Untuk Jangka Masa Panjang?

Sejak dari penyerahan awal, bermula dari pengemukaan pertama, Lynas telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan dalam sistem yang sedia ada. Lynas telah menafikan bahawa sisa buangan dari LAMP adalah radioaktif semenjak tahun 2008; bahawa sisa buangannya adalah diklasifikasikan sebagai sisa industri jenis - (Normal Occurring Radioactive Material - NORM). Rangka pemikiran Lynas ini dicerminkan dalam 3 pengemukaan rancangan pengurusan sisa buangan sebelum ini - (bertarikh 22 April 2011, 18 Julai 2011 dan 3 Nov 2011) - semua pengemukaan ini mengambil jalan mudah dengan menggunakan tajuk 'Rancangan Pengurusan Sisa Buangan' dan memansuhkan perkataan 'radioaktif'. Saya difahamkan bahawa ketiga-tiga pengemukaan ini telah ditolak oleh AELB.

Sehinggalah ke pengemukaan yang ke-4 bagi rancangan pengurusan sisa buangan (bertarikh 30hb Disember 2011), Lynas akhirnya mengalah dan mengakui bahawa sisa buangannya adalah diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif. Tajuk bagi pengemukaan rancangan tersebut telah menyatakan perkataan radioaktif – “Radioactive Waste Management Plan Rev4 – 30th Dec 2011”

Walaubagaimanapun, hari ini, setelah meluangkan sedikit masa untuk meneliti dokumen yang dipaparkan di ibu pejabat AELB, kesimpulannya ialah, Lynas masih cuba sebaik mungkin untuk melepaskan diri daripada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Caranya ialah, Lynas mengisytiharkan bahawa sisa pepejal WLPnya tidak termasuk dalam mana-mana 5 kelas di bawah penjadualan klasifikasi sisa buangan radioaktif dalam Peraturan Pengurusan Sisa Buangan Radioaktif (2011), yang mana, mengikut klasifikasi Malaysia, sisa pepejal WLP Lynas sepatutnya termasuk dalam kategori Sisa Buangan Tahap Rendah – Jangka Hayat Panjang (Low Level Waste – Long Live (LLW-LL)) (MS 36 di dalam rancangan pengurusan sisa buangan),

Peraturan Malaysia kami tidak mempunyai kategori Sisa Buangan Tahap Sangat Rendah – Jangka Hayat Panjang (Very Low Level Waste – Long Live (VLLW-LL)). Oleh itu. Lynas menggunakan piawaian IAEA (IAEA 2009, IAEA 2011b) dan menyatakan bahawa sisa buangan mereka mengandungi kandungan radioaktif yang sangat rendah yang mana ia sepatutnya diklasifikasikan sebagai VLLW-LL, secara tidak langsung akan memberikan kebenaran untuk sisa buangan radioaktif tersebut dibuang menggunakan kemudahan tapak pelupusan seperti yang dinyatakan dalam piawaian IAEA.

Di dalam muka surat 36 dalam pengemukaan rancangan mereka, Lynas mengambil petikan: "Sisa Buangan Tahap Sangat Rendah ditakrifkan sebagai - sisa yang tidak semestinya memenuhi kriteria sisa buangan yang dikecualikan, tetapi tidak memerlukan tahap pembendungan dan pengasingan yang tinggi. Sesuai untuk jenis pelupusan di tapak pelupusan berhampiran dengan tapak permukaan".

Walaubagaimanapun, mengikut klasifikasi Malaysia yang mengandungi pelbagai kelas sisa buangan radioaktif, sisa pepejal WLP daripada LAMP yang diklasifikasikan sebagai LLW-LL akan memerlukan sisa buangan tersebut ditanam di bawah tanah, menghampiri permukaan tanah, sebagai cara untuk tujuan pelupusan. Sudah tentu satu zon tertentu perlu dipertimbangkan, di suatu kawasan yang tidak mempunyai air bawah tanah.

Walaupun Lynas menunjukkan gambar rajah kemudahan pelupusan kekal (Permanent Disposal Facility – PDF) yang dicadangkan sebagai sebahagian daripada dokumen langkah keselamatan, kini, adalah sangat jelas bahawa Lynas merancang untuk menyimpan sisa buangan hasil dari pengoperasiannya di Kemudahan Simpanan Sisa RSF (Residue Storage Facility RSF) untuk selamanya, dengan penyataan bahawa RSFnya boleh menampung sisa buangannya sehingga mencecah 20 tahun. Lynas juga menyatakan bahawa mereka boleh bertahan sehingga ke tahun pengoperasian ke-14 bagi mengenalpasti tapak untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (Permanent Disposal Facility).

Pengemukaan cadangan oleh Lynas ini tidak boleh diterima sama sekali, kerana kita tahu bahawa LAMP di Gebeng dibina di atas tanah gambut dengan paras air bawah tanah kurang daripada 1 meter, dan kandungan pengaliran daripada WLP RSF boleh menembusi ke air bawah tanah kita dengan mudah, serta mengalir ke Sungai Balok atau ke Laut China Selatan. Sebarang kebocoran di dalam pair pengaliran mungkin berlaku dan pencemaran tanah yang akan berlaku itu tidak akan dapat dielakkan serta sangat berbahaya kepada alam bumi kita.

Dengan itu, saya menggesa pihak berkuasa Malaysia, MOSTI, dan AELB khususnya, untuk berjaga-jaga dengan taktik licik Lynas dan bersatu untuk mempertahankan rakyat Kuantan. Lynas semestinya tidak boleh diberikan Lesen Pra-Pengoperasian Sementara atau sebarang jenis lesen pengoperasian kerana LAMP tidak sepatutnya berada di tanah Gebeng mahupun Malaysia.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan, Malaysia.

No comments: