Sunday 22 January 2012

Ucapan Gong Xi Fa Cai Dari Krew Blogger BTJ

Marilah kita membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki bangsanya yang tersendiri iaitu bangsa Malaysia.

Sambutan pelbagai perayaan bukanlah faktor penghalang bagi mewujudkan sebuah bangsa di negara Malaysia ini tetapi kepelbagaian ini adalah sebuah keunikan yang patut kita dan rakyat negara luar hayati dan fahami bahawa perbezaan itu pasti akan mencari persamaan untuk hidup bersama.

Jadi, marilah kita mencari persamaan ini agar kita dapat hidup bersama dan bersatu di negara Malaysia yang bertuah ini.

Di kesempatan ini, krew blogger Batu Tepi Jalan mengucapkan Gong Xi Fa Cai atau Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Malaysia.

Sekian.
Krew Blogger Batu Tepi Jalan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: