Monday 2 January 2012

Umno: Mahasiswa Tidak Boleh Tapi Budak Sekolah Boleh?

BTJ masih kurang pasti dengan dasar negara ini yang menghalang mahasiswa/i untuk melibatkan diri dalam politik. Baiklah, jika tidak benarkan mereka terlibat dengan politik, maka bebaskanlah mereka dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan atau aktivisme yang mereka mahu dan minat. Biarkan mahasiswa/i terlibat dengan NGO tidak kira apa matlamat dan objektif NGO tersebut.

BTJ pelik, jika mahasiswa/i tidak sehaluan dengan kerajaan, maka akan dilabel mereka sebagai agen atau tunggangan pembangkang. Jika mahasiswa/i yang menyokong kerajaan UmnoBN, maka mereka juga boleh dilabel sebagai agen atau tunggangan UmnoBN?

Ini lagi satu dan kerap berlaku di kawasan luar bandar iaitu penglibatan budak bawah umur atau budak sekolah dengan program anjuran Umno. Kadang-kadang BTJ lihat ia proram awam tetapi mengapa perlu dikibarkan bendera parti dalam program tersebut sedangkan peruntukkan program sudah tentu wang rakyat dan sama sekali bukan wang Umno.

Cuba lihat gambar di bawah ini sebagai bukti.


Anak panah merah itu menunjuk ke arah beberapa orang budak yang secara fizikalnya dilihat pasti budak yang masih bersekolah. Motosikal yang punya dipasang dengan bendera Umno dan BN itu adalah milik budak-budak itu. Jadi, adakah ini tidak menjadi satu kesalahan?

Buat pengetahuan semua, lokasi gambar ini dirakam adalah di Felda Tembangau 1, Bera, Pahang iaitu di SMK Tembangau 1. Nama program yang diadakan ini BTJ tidak pasti akan namanya. Kejadian ini bertarikh 31 Disember 2011 iaitu pada hari Sabtu sekitar jam 12 tengahari. Orang kenamaan yang hadir ke program ini pula ialah MB Pahang iaitu Adnan Yaakob, Ismail Sabri (Parlimen Bera), YB Fathil (Adun Kemayan) dan YB Norol Azali (Adun Guai).

P/s: Jika mahasiswa/i yang tidak menyokong kerajaan UmnoBN itu doikatakan agen atau tunggangan pembangkang, adakah UmnoBN menjadikan budak-budak ini sebagai agen atau tunggangan?

No comments: