Friday 11 May 2012

Bila Lagi Mereka Yang Dalam Gambar Ini Akan Ditangkap Oleh Polis?

Bila lagi mereka ini akan ditangkap?



4 lagi peserta perhimpunan ditahan - Sinaran Hairan

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lagi peserta perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang, yang gambar mereka disiarkan di dalam media menjadikan jumlah keseluruhan 16 yang ditahan sehingga awal pagi ini.

Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz ketika dihubungi Bernama berkata empat peserta yang ditahan masing-masing berusia antara 20 dan 50 tahun.

"Keempat-empat mereka ditahan di lokasi berasingan antaranya di Pulau Pinang, Seremban, dan Batu Pahat," katanya.

Beliau berkata keempat-empat peserta perhimpunan itu ditahan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit dalam insiden kekacauan pada 28 April lepas.

Sebelum ini, media melaporkan daripada 141 gambar yang disiarkan dalam media, hanya 12 ditahan dan daripada 12 orang itu, lapan telah didakwa sementara empat lagi dibebaskan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut. - Bernama


P/s: Simpati kepada peserta BERSIH 3.0

Turun ke jalan niat baik menuntut pilihanraya yang adil dan bersih

Najib pula kata nak gulingkan kerajaan

Kena tibai dengan polis pula

Sampai ada yang cedera berdarah-darah

Sekarang kena tangkap pula

Mereka yang tibai peserta BERSIH 3.0 ini bila pula nak kena tangkap?

Mari Kita Turun Demo Lagi!!!







No comments: